Berbuat Baik Sesama Manusia

gambar hiasan

Hari ini dilaporkan bahawa Taufan Morakot telah melanda Pantai Timur China yang mengakibatkan sejuta orang terpaksa berpindah.  Taufan ini yang terlebih dahulu telah melanda Taiwan merupakan taufan yang terburuk sejak 50 tahun lalu sebelum sampai ke China.

Gambar satelit kawasan ribut Morakot

Beberapa minggu lalu kita digemparkan dengan berita-berita kejam Kerajaan China terhadap kaum Islam Uighur di daerah Xinjiang.  Penduduk-penduduknya ditindas, dibunuh dan diculik sedangkan mereka merupakan penduduk awal di sana.

Berita Uighur ini tidak dilaporkan secara meluas oleh akhbar-akhbar  mungkin ingin menjaga hubungan dua hala.  Tmbah-tambah PM Najib baru sahaja pulang dari lawatan ke China.

Dulu penduduk Uighur dihalau, hari ini 1 000 000 penduduk Fujian pula lari meninggalkan rumah…

Seorang penduduk Palestin memegang kunci rumah mereka walaupun rumah mereka telah dimusnahkan.  Mereka akan berazam akan pulang ke rumah mereka pada satu hari nanti.

Di mana-mana saja penduduk-penduduk Islam di seluruh dunia ditindas.  Semenjak dahulu lagi masyarakat Islam tidak lepas daripada penindasan.  Tetapi begitu jika melihatkan semangat yang mereka tunjukkan walaupun fizikal, mental, anak pinak , saudara mara malahan harta benda, diganyang dikoyak dan dihancurkan seluluh-luluhnya.

Namun mereka tidak pernah berputus asa dari pertolongan Allah.  Berkali-kali dizalimi pun mereka tetap dengan rintihan kepada Illahi.  Tidak sesekali meminta pada yang lain.

Nilai pandangan mata kita, mereka disiksa dan dizalimi namun pada sisi Allah merekalah jua insan-insan yang mulia lagi bersabar.

gambar hiasan

Tuhan itu tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-hambanya.  Yang ada ialah manusia-manusia di antara kita yang suka menzalimi manusia lain dan paling yang teruk ialah manusia yang menzalimi mereka sendiri.  Tidak kiralah apa jua fahaman, pegangan dan agama kita, yang penting berbuat baiklah sesama manusia.

Bukan ingin mengaitkan Taufan Morakot dengan peristiwa di Xinjing . . .

sekadar teringat akan doa-doa orang yang terkena zalim…

Relaxjom

10.47 pm

Artikel-artikel terdahulu

Selamat Datang Ke Rumah Baru

Advertisements

~ by razifembi on August 9, 2009.

One Response to “Berbuat Baik Sesama Manusia”

  1. Kesiannya nyeer!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: