Bila Di Sana Sini Mati . . .

Hari ini aku terbaca satu komen dari seorang doktor yang mendapat tahu jika keadaan begini berlarutan 28, 000 akan mati dalam tempoh 2 tahun.  Fuh!! angka 28, 000 tu bukannya kecil.

Tadi mak aku cakap, semalam anak jiran aku Anis, yang bersekolah rendah terkena demam panas melampau.  Dirujuk ke GH selepas hospital swasta tidak terima kes demam sekarang.  Hari ini telah keluar hospital.  Mungkin demam panas biasa sahaja.

Membaca pengalaman salah seorang blogger yang pakciknya telah terkena H1N1, menggerunkan kerana kesakitan diserang virus influenza A ini amat sengsara sehingga dikemuncak serangan, pakciknya sanggup mati daripada terus menanggung sakit.  Mujurlah dengan ubat antiviral, bekalan oksigen dan air mencukupi pakcik ini telah sembuh semula.

Seorang lagi yang memberi komen bahawa ada pesakit yang demam namun tidak dilakukan ujian saringan kerana kos membuat saringan sangat tinggi iaitu kira-kira RM 800.00.  Katanya lagi kalau 24 juta rakyat Malaysia membuat ujian saringan ini akan membabitkan kos lebih kurang Rm 1.92 billion.

Bagi aku jumlah RM 1.92 billion itu memang besar, tapi kalau dah itu membabitkan nyawa manusia, dan bukan nyawa babi kerajaan sewajarnya tidak tertangguh dalam meluluskan peruntukan ini.  Itupun kalau semua 24 juta rakyat Malaysia yang kena!

Kementerian Kesihatan di kala ini aku lihat agak ketinggalan jika dibandingkan dengan cepatnya wabak ini menjalar.  Diperingkat sekolah-sekolah, IPT, pejabat kerajaan tiada peraturan wajib memakai penutup muka.  Sepatutnya tidak bertangguh lagi tindakan mewajibkan pemakaian penutup muka ini untuk mengurangkan merebaknya jangkitan H1N1 ini.

gambar BH

Kalau pula di lapangan terbang Bayan Lepas tempoh hari aku tengok tiada lansung kelibat pegawai kesihatan yang memantau keluar masuk penumpang kapal terbang.  Walaupun ada alasan imbasan ini tidak dapat mengesan tanda simptom awal pembawa virus ini, namun sekurang-kurangnya penumpang yang telah serius dijangkiti dapat dikesan.

Aku merayu kepada pihak kerajaaan agar memberi sepenuh perhatian kepada penyakit ini.

Walaupun hangatnya bahang pilihanraya kecil di Permatang Pasir kelak, aku rasa panas lagi kaki aku hendak melangkah ke tempat kerja esok.  Argghhhhh …. kalau teringat wife yang sedang pregnant lagi aku berpeluh dingin … HAihhhh!!

Di sana sini orang sedang sengsara dan ada yang mati, janganlah lagi kita bergaduh-gaduh sesama sendiri.  Kerajaan dan pembangkang umpama abang dan adik di dalam keluarga besar yang bernama Malaysia.  Tuduh menuduh, maki hamun dan perbalahan tidak akan menyelesaikan apa jua masalah.

Yang Pembangkang jadilah pembangkang yang disegani . . . jangan dicop BENGKIANG !

Yang Kerajaan, betulkan apa yang selama ini tersilap . . .  kelak dikatakan KERA-jaaan !

* Jgn nanti ada yg mengambil kesempatan dan untung atas kesengsaraan dan kematian orang lain.

Advertisements

~ by razifembi on August 13, 2009.

2 Responses to “Bila Di Sana Sini Mati . . .”

  1. Betul tu Razif…diorang asyik bertelagah berebut nak jadi pemerintah..rakyat sakit macam diorang tak peduli aje padahal kita yang dok bayar income tax tiap2 tahun untuk mendapatkan kemudahan termasuklah kemudahan dari segi kesihatan. Lepas ni kalau kita liat nak bayar segala macam cukai tu..jangan salahkan kita pulak sebab diorang pun liat nak ambil tahu hal rakyat..

    • Kak Tirana,

      harapnya, janganlah sampai begitu sekali. Kang teruk dikejar LHDN plak…hehehe

      yang salah diperbetulkan…

      yang betul … diteruskan …

      kalau ikut mcm mereka, kita pun sama mcm mereka tiada beza…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: