Buku Pendekar Kundur – Sebuah Drama Sejarah

Pendekar Kundur

Daripada seorang pemuda kampung, melangkah menjadi Ketua Perompak, kemudiannya menjadi ayam tarungan di istana dan akhirnya menjadi Penghulu Kampung Kundur.  Sebuah drama sejarah yang bertempat Kampung Kundur, Melaka.  Menceritakan kejadian rompakan di Kampung Kundur yang kerap terjadi, namun ada sang kelibat pemuda berpakaian hitam dan menutup muka yang turut membantu orang-orang kampung melawan penjahat-penjahat.

Akhirnya kelibat pemuda berpakaian hitam yang selalu membantu dalam pergelutan menentang perompak terbongkar.  Dialah pemuda yang bernama Ishak.

Ishak, seorang pemuda kampung yang dipandang rendah kerana tidak pandai  bersilat.  Di siang hari ke sana sini dengan burung tekukurnya dan seorang  yang membuat perahu serta kerja-kerja kampung.  Namun senyap-senyap berlatih silat tanpa pengetahuan bapanya.

Puas Mencari

Buku ini pernah saya baca satu ketika dahulu dalam tahun 1994, pernah didramakan satu ketika dahulu dan dilakonkan oleh Eman Manan.

Selepas 15 tahun, puas mencari di kedai-kedai buku akhirnya buku ini berjaya aku dapatkan di dawama.com.  Seperti satu kepuasan amat sangat bila buku ini berjaya aku temui semula.  Macam terjumpa kembali barang-barang kesayangan yang hilang.

Antara Petikan-petikan cerita . . .

————————

Petikan 1

————————

Pak Ali sedang memandikan kerbau jantannya.  Awang menggerak-gerakkan ekornya ke kiri dan ke kanan.  Ia nampak sungguh seronok dimandikan.

PAK ALI :  Diam Awang, dia!  Aku nak gosok kau.  Kau kalau tak mandi sehari, busuk sekampung macam kerbau.  ( Pak Ali mengambil tempurung dan menggosok tempurung itu ke atas Awang.  Awang mengangkat-angkat ekornya tanda suka ).

PAK ALI :  Seronok Awang?  Aku pun, kalau ada orang gosok macam ni, suka juga.

————————

Petikan 2

————————

PAK ALI : Jika kerbau ni dapat anak, anak tu jadi hak siapa?

AISHAH : Hak Chahlah.  Kerana kerbau betina hak Cah.

PAK ALI : Tak adil!  Tak adil!  Jadi kau ni anak mak kau sajalah.  Bukan anak aku juga?

————————

Petikan 3

————————

ISHAK : Kau angkuh sulung, Sulung.  Orang angkuh, ilmunya tidak mujarab.

15 tahun mencari, apa yang nak saya katakan di sini  ialah buku ini memang amat berbaloi.  Rentak bahasanya yang bersahaja dan disulami dengan usikkan jenaka-jenaka orang-orang tua.  Pastinya anda tersenyum sendiri jika membacanya …

Pendekar Kundur bukan sekadar buku tetapi pengisian ilmu dan sejarah di dalam cerita. 

Advertisements

~ by razifembi on August 13, 2009.

24 Responses to “Buku Pendekar Kundur – Sebuah Drama Sejarah”

  1. saya dah dapat Sukma angin.. ada kat jualan DBP di UKM Bangi sehingga 20hb ni.. RM9 sahaja… teruja!!

  2. tahu tentangnya sebab didramakan

  3. insyaAllah try cari kart tempat yg sama… Thanks..

  4. ASSALAMUALAIKUM.

    BAGAIMANA & ADA TAK CARANYA SAYA NAK MENDAPATKAN SALINAN DRAMA PENDEKAR KUNDUR LAKONAN EMAN MANAN?

  5. winsome answers i like it

  6. buku ada didawama tapi dramanya tak de didawama kat mana leh saya dapatkan salinn video drama pendekar kundur & keris hitam bersepuh emas??? Ada sesapa tau??

  7. Ha ah…. saya pun puas mencari video Pendekar Kundur dan Keris Hitam Bersepuh Emas… Ada sesiapa yang tau dimana saya boleh dapatkan salinan video-video ini!!!!

  8. juga mencari video pendekar kundur. ada sapa2 tau mana boleh dapat?

  9. saya pun lama cari salina video pendekar kundur….kalau ad sesiapa tahu….boleh lah berkongsi sama…mane nak dapt video tu

  10. sape2 yg berkwn dgn bdk2 RTM suh la diaorg tlg copykn..jual kt kedai2 gerenti lakunye..ms ni la nk idupkn kembali drama zmn persilatan yg dh lm terkubur ni..

  11. saya pun minat dengan cerita pendekar kundur…. harap2 dapat jumpa benda2 lama ni semula…

  12. saya nak sangat dapat buku ini.. tapi kena bayar pakai maybank account.. saya tiada account itu….
    sapa2 yg boleh dapatkan buku ni… ?? saya akan bayar alik harga nya… saya nak hadiah kan kepada ayah saya kerana dia mencari buku ni sekian lama…. TOLONG!!!!!!!!! pls….

  13. salam..sesapa yg ingin buku ini boleh email pd saya.

  14. Saya beli kat Dewan Bahasa Dan Pustaka siang tadi (13/06/11 ) pada harga RM3 ajer. Ada lagi dalam 10-15 buah. Buku pun dah nampak kusam dari luar, tapi kertas dalam masih elok.

  15. Salam…Saya pun dah 15 tahun cari buku ni…camne saya nak dapatkan ye…

  16. salam. sila email saya untuk mendapatkan video2 pendekar kundur. jailani2000@gmail.com

  17. terimah kasih pendekar kundur

  18. Alhamdulillah…martabat bangsa melayu masih diangkat dan di julang

  19. cmne nk beli buku ni ye?

  20. saya mencari buku ini, dimana lagi ada? di dawama dah tiada.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: