Jom Makan : Mee ‘Pata’ Hameed Padang Kota

Kalau sembang pasal makan mee goreng mamak ker, mee rebus mamak … memang aku tak dapat lari teringatkan satu kedai mamak yang orang panggil Mee Hameed yang terletak di Medan Selera Padang Kota yang bersebelahan dengan padang tu.

Tak terlintas lansung di fikiran aku untuk mencuba mee-mee goreng dan rebus kat restoran-restoran nasi kandar biasa seperti Subaidah, Pelita, Kayu dan lain-lain lagi.  Dah tahu rasanya mesti tak sama dengan mee goreng otai yang kedainya tak secantik kedai nasi kandar pekan ni.  Memang heritage dan authentic lahh… tambah lagi sikit..original flavour …hehehe.  Sungguh!!

Jangan silap medan selera sebab kat Padang Kota ini ada dua medan selera, satu yang kat tepi laut dan satu lagi yang kat tepi padang.  Kalau silap kedai, bukan saja tak sedap … kena ‘katok’ lagi ada.

Hari ini hari Sabtu bolehlah aku mencuba merasakan kepedasan mee Hameed.  Sabtu memang kurang customer yang datang, jadi taklah lama sangat menunggu.  Hari-hari kerja Isnin sampai Jumaat, kalau perut tu kosong, lapar sangat jangan beranganlah nak datang makan kat sini.  Jenuhla menunggu!!  Ramaiiii . . . melayu, cina, omputih …

Kalau pergi Ahad memang lansung tak sibuk … sebab kedai tutup.  Wakakaka!!

Ok, nilah chef kita … Hameed tu sebenarnya nama bapak dia.  Ni anak dia.  Arwah bapak aku kata dia ni dulu pun belajar pandai sampai buat ijazah.  Memang hebatlah kalau di zaman 80-an dah ijazah.  Cuma dia memilih untuk meneruskan perniagaan ayahnya.

Memang aku respek kat brother ni, mee goreng tu, kalau dia goreng untuk sorang makan ka, 3 orang makan ka, 10 orang makan ka, rasanya tetap sama.  Jadi customer tak perlu risau akan ‘kestabilan’ kesedapan Mee Hameed ni…haha!

Yang ini mee goreng wife aku punya.  Aku order mee rebus.  Seperti dijangka, kalau hari Sabtu memang mudah dan cepat sikit pesanan kita sampai.  Sekarang ni jarang nak lihat pinggan besi kat kedai mamak.  Semua pinggan plastik, jatuh tak berderai!

Mee Hameed ni yang istimewanya diletakkan sambal sotong kembangnya yang memang sedap dan pedas.  Mee nya ada rasa masam-masam, cukup rasa.  Puasssss … Berasap-asap mee yang sampai …

Yang ni mee rebus …

Mee goreng ke, mee rebus ke semua ada sotong tumis.  Harga RM 3.50 yang biasa.  Kalau yang special tu harganya RM 5.00, lebih kat sotong.

Makan saja kalau takdak minuman boleh terjelir lidah bang, fuhhhh ….  Pedassssss !!  Kat sebelah tu ada gerai air.  Mula2 pesan ayaq nyokkk tapi habis.  Aku bantai ais kacang…. Kalau tak cukup juga minta air kosong … percuma jer dalam botol mineral.

Yang Tak Bestnya

Bagi orang yang perutnya tak berapa tahan pedas dan mudah pedih-pedih perut memang kalau makan mee hameed ni akan jadi bermasalah nanti.  Sebab banyak cuka yang digunakan dan lagi pun dalam mee memang banyak guna air abu.

Dan aku termasuklah dalam golongan yang mudah pedih perut dengan cuka dan air abu ni.  Sampai-sampai rumah terus tak cakap banyak pergi ke toilet . . . Harga yang perlu dibayar untuk sepinggan mee rebus …

Eh … lupa, bukan mee rebus ja, last minit aku tibai order sepinggan lagi mee goreng plak … hakhakhak!

patotla mulut kata masuk …. perot kata keluar

Advertisements

~ by razifembi on August 15, 2009.

9 Responses to “Jom Makan : Mee ‘Pata’ Hameed Padang Kota”

  1. mat!! nice n3..
    mmg tliur tgk gmbar nih..
    huu..
    tp,ni btOl2 ke??
    orr.indah rupe,dr rse??
    ngee

  2. salam. thanx singgah umah birU. nice blog. N3 yg menarik. teruskan okay. i like =)

  3. Hish, awatlah saya tak pernah pi sana ye… hubby org penang pun tak pernah rekomen. Nak kena pi try sekali lah. Medan selera yg kat Fort Cornalis ka, atau yg baru tepi laut tu?

  4. akak suka baca blog ni sb mengimbau kenangan manis masa remaja tinggal di sini….best sgt…
    bab mee goreng tu….mamak punya semua sedap, betul ke? itu kenyataan…kaum lain tak boleh jelous.

  5. Sedap memang sedap, rated best in msia.

  6. mmggg terbaikkk laaa sedappppp sgt.. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: