Kedai Buku Online

Lama jugaklah aku tak berjumpa dengan rakan sekampung aku ni.  Sejak-sejak sudah berkahwin jarang pulak aku keluar malam lepak minum bersama kawan-kawan.  Aku pun tak pasti kenapa, cuma pesan abang aku dulu, ” hang kalau dah kahwin, kawan kemana, member pun kemana ” .  Bukan apa, dulu muda-muda masa belajar memang jarang nak lekat kat rumah walaupun USM dekat jer dengan rumah.

Sekarang aku menghadapinya.  Bukan ada sengketa, tapi terjadi begitu … nak terang pun tak reti !

Member aku, saudara Kamarul akhir-akhir ini telah mengusahakan satu laman web iaitu BUKU MALAYSIA untuk menjual buku-buku secara online yang kebanyakkan diterbitkan oleh pihak Penerbit USM.  Usaha ini masih lagi boleh dikatakan di peringkat permulaan dan dari masa ke masa bilangan buku-buku akan ditambah.

Diantara sebahagian buku yang ditawarkan

Apa yang membanggakan ialah walaupun masih baru lagi mengusahakan penjualan ini, telah ada permintaan yang datang dari seluruh dunia seperti Jerman, Rusia dan Amerika dan juga dari dalam negara.

Harga buku yang dipaparkan ialah dalam mata wang asing.  Sila klik di bahagian atas kanan web BUKU MALAYSIA untuk menukar mata wang kepada RM.

Semoga kehadiran kedai buku online ini memeriahkan lagi budaya membaca buku dalam kalangan kita.

Sebelum ini juga member aku ini juga terlibat dalam bidang pengiklanan, banner, cetakan, dan penghasilan logo bagi sesuatu produk.  Kisah ini pernah aku tulis di dalam blog lama relaxjom

Sila Klik

WEB BUKU MALAYSIA

WEB PENGIKLANAN DAN PENCETAKKAN

*  Dalam diam tak diam, aku dok kempunan satu buku yang berjudul Pengembaraan Ibnu Battuta tapi harganya, mak aiii boleh nangesss beb !!! RM 200.00 … Pernah difilemkan juga dalam filem 13th Warrior lakonan Antonio Banderas kalau sesapa ingat.

Kalau sapa-sapa nak bagi kerja part time untuk aku cari RM 200.00 sila bagi tau aku …. Arrgghhh awat mahal sgtt!!

Advertisements

~ by razifembi on August 18, 2009.

3 Responses to “Kedai Buku Online”

  1. oh ok so kalo ada kesempatan lalu laa sana sungai manik chndrong balaiteluk intan…tapi now ambe duk kl keja sini…just sebulan sekali balik sana tgk kebun,,,

  2. ini sudah bagus~~
    de choice baru~~

  3. Haih…….buku Ibn Battuta tu memang dh lama cr.
    Tapi cetakan terhad sangat. Kita kempunan buku yang sama!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: