Jalan-jalan 2 : Lubuk Jeruk Dan Kacang

Penat-penat ronda-ronda kat bahagian kedai-kedai buku terpakai, jangan lupa pula singgah kat kedai jeruk buah yang hanya terletak di bahagian bawah kedai buku ini sahaja.  Memang Chowrasta ni memang terkenal dengan jeruk buahnya . . .

Sebelum nak beli jeruk tu, jangan lupa rasa dulu jeruk tu . . . dan kalau dah pasti nak beli jeruk, jangan lupa minta tawarkan harganya.

Koman-koman pun kalau dah kedekut sangat Tauke Cina tu, minta ja dia taruk lebih jeruk tu.

Abang aku kata, kebanyakkan peniaga kalau diminta tawar harga, memang dia berat sedikit nak kurangkan, tapi kalau minta tambah ekstra sikit, mungkin tidak menjadi masalah.  Mungkin ini adalah satu cara dan skill untuk para perniaga-peniaga.

Berjalan keluar dari bangunan Chowrasta yang sesak dengan bau jeruk yang memedihkan hidung aku, ada satu lagi ‘lubuk’ makanan yang selalu aku singgah ialah kereta tolak kat betul-betul depan Chowrasta ni saja.

Gerai kereta tolak ini menjual jagung rebus, kacang tanah rebus dan 2,3 jenis kacang yang aku dah lupa.  Seperti biasa jagung dan kacang memang menjadi habuan . . .

Kalau makan di dalam kereta, wife aku lah yang tolong kopekkan kacang . . .  Rasanya memang sedap.  Penuh dengan jusss rebusan kacang.  Lemak-lemak masin … ( diam seketika, tetiba teringat balik ).

Itulah untungnya bila dah berkahwin ni . . .

Ada lagi satu kereta tolak yang menjual buah berangan yang berwarna hitam, kulitnya keras tapi isinya lemak manis, gebu.  Buah ini digoreng bersama bijih besi untuk memastikan buah berangan ini masak.  Buah berangan ini datangnya dari China. Memang sedap, tambah-tambah bila masih panas lagi …

Patutla diberi nama buah berangan …. sapa-sapa yang memakannya, bila isinya yang gebu dan berlemak ini berada di dalam mulut, pasti otak kita sedang menumpukan perhatian kepada kenikmatan buah berangan tersebut . . .

hingga kadang-kadang tu sampai tak perasan buah berangan dah habis kena kopek … hihihi.

Nyammm … Nyammm ..!!

* Ramadhan ini, mohon maaf kepada sesiapa yang terganggu dengan artikel kali ini.  Harap-harap tidaklah sampai begitu sekali.  Selamat menyambut Ramadhan dan selamat menjalani ibadah berpuasa dari aku dan isteri.

Advertisements

~ by razifembi on August 22, 2009.

14 Responses to “Jalan-jalan 2 : Lubuk Jeruk Dan Kacang”

  1. Pergghhh mantap jeruk-jeruk semua tu, wife aku pantang tengok, mesti sangkut sepeket dua. Aku masa kecik-kecik memang suka makan asam, tapi bila dah dewasa… tak ada nafsu tengok jeruk.

  2. mmg terganggu. haha…xaci a cmni cik razif. dah kawin ad bini tlg kupas kcg…klo yg blom kawin mcm saya ni cmna? 😛

  3. Tu la, djambu, rugi tak kahwin…

  4. Alahai~
    nampak sedap sangat tu bang~

    yummy~

  5. Salam ziarah kembali..

    Nasib baik saya tak berapa suka jeruk, kacang-kacang rebus dan buah berangan. Jadi, tak terkesanlah saya baca entri ni. Hehe.

    pssst: Terima kasih sudi singgah “rumah” saya. Dan terima kasih di atas komen. Alhamdulilah 🙂

    Salam Ukhwahfillah..

  6. huish.jeruk..dh meleleh air liur..

  7. org kata makan jeruk bnyk tak elok tau…kacang pun sama, boleh mendatangkan angin…(ni ckp org cemburu sb tak dpt makan)

    lama tak makan sebab dinasihatkan jgn mkn tp kalau ada dpn mata, bedal jugak la…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: