Hujan Ramadhan

Menikmati salah satu rahmat Tuhan … hujan yang berlarutan sejak dari semalam menyebabkan suasana sejuk, aman dan tenteram.

Amat tenteram . . .

Hujan yang turun tak berhenti-henti, mujurlah tak disulami dengan dentuman guruh yang menggentarkan jiwa.  Bunyi rintik-rintik hujan yang turun seumpama irama yang tidak putus-putus bermain di telingaku.

Teringat satu lagu kanak-kanak . . .

Hujan rintik-rintik,

Air bergelombang . . .

Tapi sayang setakat itu saja yang aku ingat . . .hehehe

Suasana yang agak sejuk, membuatkan puasa pada hari ini kurang getirnya.

Seni Titisan Air Hujan . . .

Mendamaikan hati . . . bila kita melihat ciptaan Allah!

Hati yang bergelora seperti titisan air hujan ini juga boleh ditenteramkan jika kita meluangkan masa bersama alam

Air bila kecil menjadi kawan . . . bila besar menjadi lawan.  Perumpamaan manusia dalam kehidupan.

Walaupun sekadar air hujan, kemilauan cahayanya tetap menyerikan sesiapa yang memandangnya.  Tiada pilih kasih.

Terus menitis, rahmat Allah kepada manusia

* Sekitar jam 4.20pm, barulah hujan akhirnya berhenti memberi laluan kepada sinaran matahari buat seketika.

Advertisements

~ by razifembi on August 23, 2009.

14 Responses to “Hujan Ramadhan”

  1. subhanallah. cantik nya rahmah Allah. 🙂

  2. Di sini pun hujan pada 1 Ramadhan.
    Cantiknya foto-foto itu.
    Memang indahnya segala ciptaan Allah!

  3. Hujan juga di sini pada 1 Ramadhan.
    Hujan Rahmat kiranya ya?
    Cantiknya gambar-gambar itu.

  4. Nice pix. Penang memang tengah hujan je. Aman damai bulan puasa ni tak panas terik sangat.

  5. i love hujan! suka sgt.rasa nyaman n calm… cozy n sleepy.. rasa didodoi2 je.. nways 2 thumbs up for d photos! c=

  6. Memang rahmat ALLAH di awal Ramadhan.. Cun bro pic taken..

  7. katak_ayu suka baca blog awak nie…katak-ayu dah private kan blog..if u wanna read mine, send me ur email at katak_78 at yahoo dot com

  8. terbaik bro gambar2…
    macro lense ke?..
    hurmmm..

    minat gambar candid 1#…
    ngan gambar macro 7#…
    timing cantik….

    btw, yeah…syukur hujan bulan pose nie… kalu panas terik…wow…mcm d gurun sahara…

    btw lg, salam ramadan jgk bro…
    slamat berpose…

  9. fuihhh~ mmg ada skil a cik razif tgkp gambo air menitik2 tu. gambo org bwh payung pn ok gak, tp kita x tau apa yg ditunggunya dlm hujan tu…

  10. Salam bro,

    Gambar-gambar di atas sgt cantik. Suka tengok. I love photography.
    Suka ambil gambar, tapi tak suka bergambar 🙂

  11. Chantek… kamu dan lansa bijak capture senario indah anugerah Allah itu.

  12. Subhanallah…

    hujan memang indah…

    (baru terbangun saat melihat indahnya karya Para Pencinta Hujan)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: