Jalan-jalan 3 : Restoran Hameediyah

Restoran Hameediyah

Dah puas berjalan, rasa penat?  Dan bila kaki kata berhentiiiiii . . . perut pula menjeritttt laparr.

Ada sebuah restoran mamak Hameediyah yang terletak di lorong Jalan Campbell berhampiran jugaklah dengan nasi kandar beratur yang terkenal tu dan kedai nasi kandar Line Clear.

Restoran ini kiranya boleh dimasukkan dalam kategori restoran-restoran nasi kandar lama di Pulau Pinang.  Rasanya memang jauh berbeza dengan restoran nasi kandar bandar sekarang ini.

” Mamak …. order !! ” panggil aku.

Bukan sahaja kedai ini yang lama . . . tapi orang-orang yang kerja dalam restoran ni pun boleh ditakrifkan sebagai ‘lama’ jugaklah.  Kalau dah ‘lama’ atau ‘set-set lam’, faham-fahamlah adakalanya servisnya juga pun slow sikitlah.

Harap bersabar …

” Mamak … tolong lap meja ” ujarku lagi.

Menu yang selalu dipesan ketika bertandang ke Hameediyah ialah set beriyani, dalca kosong, ayam ros dan juga air oren.  Ayam rosnya memang “doooonia” ….  siap kuahnya memang aku boleh hiruppp … penuh dengan rasa rempah!!

Sedap ….  sedap …  sedap …. ” macam lagak Upin dan Ipin bercakap.

Antara lain menu yang best kat Hameediyah ialah set ayam tandoorinya.   Memang memberi cabaran yang sengit kepada set tandoori di restoran Kapitan.

Tak lama kemudian, semerbak bau harum rempah menusuk dua lubang hidung aku ini.  Sampailah set tandoori untuk isteri aku ….. walaupun ini order isteri aku, tapi kebiasaanya, akulah yang lebihh ‘share’ nya …hihi

Isi ayam tandoorinya memang lembut dan kaya dengan rasa rempah perapan tandoori.  Lagi pulak isinya dengan tulang macam tak lekat, mudah betul nak ratah …

Sos madu yang disediakan juga memang sedap.

Yang Tak Bestnya

Murtabak jangan pesan.  Nampak memang best, tebal, berminyak, lembut tapi rasanya ‘kureng’ sikit.

Sejarah aku dengan Hameediyah ini, bukan tak pernah aku merajuk dan ‘ban’ Hameediyah beberapa tahun lalu angkara satu peristiwa di situ.

” aikk abang, kata tak mau pi dah Hameediyah ” tegur isteriku dulu.

Aku jawab ” Tak tahan da …. teringin “

Kerana rempah aku tewas …. arghhhhhh!!!!Hehehe …

* Dulu pun kayanya Melaka kerana rempah . . . sekarang kayanya Mamak kerana rempah . . .

Advertisements

~ by razifembi on August 24, 2009.

19 Responses to “Jalan-jalan 3 : Restoran Hameediyah”

  1. gurlppp

    sedapnye..terliur dh nie

  2. aku suke naan tandori kat kapitan…
    layan….
    aku suke chutney dier…masam2 pedas…

  3. * Dulu pun kayanya Melaka kerana rempah . . . sekarang kayanya Mamak kerana rempah . . .* best.

  4. Tertarik dekat ” Nota Pada Diri” ‘Kalau Takut Di Landa Tamak Jangan Hidup Ini Memandai-mandai’

    ‘Hina Besi Kerana Karat Hina Melayu Kerana Khianat’ – Nice one!

  5. puasa weiii! puasa!!! 😛

  6. Salam bro,

    Saya pernah dengar nama restoran ni. Sgt famous ya? Erm, apa peristiwa yg membuatkan bro pernah ‘ban’ restoran ni? Share la skit. Kut la esok-esok saya tersampai ke sana. At least saya tahu apa yg tak baik tentang restoran ni. Precaution. Hehe.

    Seingat saya, saya pernah dapat email, katanya restoran ni sgt mahal. Betul ke?

    pssst:bro, saya bukanlah tak minat langsung kacang rebus dan jeruk. Cuma ia bukanlah favourite saya 🙂

  7. wooo.. sedap nampak.. aku pernah rasa nasi kandaq kat belah sp.. kat jalan nagasari.. lupa nama kedai.. sedap jugak

  8. untungnya duk kat penang… macam-macam ada….

  9. ape nih?kenapa oorg masuk blog waktu2 lunch…..
    nk jadi hulk….

    huiii…sabar jelah…

    masuk pejabat saya..amik WARNING LETTER…kkekekeekke

  10. aduih…. tak tahan baca entry nih… meleleh air liuq…..

  11. adehh!! ayam die…
    dala tgh lapo nie… hehehe…

    bro razi bile nak blane bukak pose bersame?..uhurk3!!

  12. laparnya tgk gmbr2 ni… lagi2 bila tgh puasa… bernafsu sungguh… kat belah2 mana tmpat ni?…

    p/s: wah! aktif sungguh berblogging razif la ni… tak sempat nak follow…

  13. Terkenang pulak masa jadi warga penang time study dulu…
    Tapi dulu makan selalu pergi Caravan.

  14. selamat berpuasa=)

  15. salam razif…lama tak jengok blog adik ni…mklum la, keje org perempuan ni…tak abis smpai mlm.
    terliur akak tgk gmbr2 tu…mendera minda akak ni..dah la dok Sabah, tak sabar nak balik hujung tahun, nak masuk semua kedai mkn yg ditinggalkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: