Hamba Rokok

Hamba Rokok

Akulah hamba rokok yang mana pada satu ketika dahulu aku pernah dikenali dengan nama gelaran ” Si Penunu Bunsen “, dan “Enchek Naga”.  Ketika bersembang, kala habis sebatang rokok  aku sambung cucuh sebatang rokok lagi.

Samalah juga kalau selepas selesai makan, inilah antara masa-masa paling enak untuk merokok.  Tak tau nak cakap macam mana nikmatnya menghisap rokok selepas makan ni.

Kira rokok ini macam makanan ‘pencuci mulut’ lah selepas makan.  Tak lengkap kalau tidak pekena sebatang dua rokok.

Sejarah

Sejarah aku menghisap rokok bermula ketika aku di penghujung Tingkatan 5 tahun 1997 ketika menunggu SPM.  Masa nak study mesti mengantok sampailah satu hari aku dipertemukan dengan rokok.

Kali pertama aku hisap, aku hisap rokok Dunhill, lepas tu aku terbaring atas katil.  Hanya mampu melihat kipas berpusing . . .

Kepala aku sakit dan tak mampu aku nak berdiri.

Selepas itu, selama lebih kurang lebih 8 tahun aku menjadi HAMBA ROKOK.  Ribuan ringgit aku bakar demi untuk sekepul asapnya.

8 tahun menjadi hamba rokok … ishhkkk!

Niat Nak Berhenti

Ini baru penangan rokok, belum lagi penangan ganja, syabu, heroin dan lain-lain dadah moden sekarang ni.  Bukan tiada niat dan usaha untuk berhenti tapi tiap kali aku berusaha nak berhenti tiap kali itulah aku tewas!!

Memang aku di antara jutaan umat Malaysia yang gagal berhenti merokok dahulu.

Pernah satu ketika dahulu sebelum berkahwin, memang pantang isteriku kalau aku merokok.  Sampai jadi isu jugaklah..

Bukan aku tak mau berhenti.  Tapi aku tak boleh ….

Apa Rokok Boleh Buat

Abang aku kata, kalau seseorang itu sedang murung dan dia duduk keseorangan termenung, pasti orang ramai akan kata dia ada problem.  Tapi jika dia duduk keseorangan sambil menghisap rokok, tidaklah orang mengata dia ada masalah.  Habis-habis pun orang akan kata dia sedang relax …

Memang rokok dengan segala tar-nya dan ubat tikusnya akan menghantar isyarat kepada otak untuk bertenang.

Tak percaya, orang perempuan khususnya boleh mencuba menghisap rokok. hehehe … Ada berani?

Entah Macam Mana . . .

Pada penghujung tahun 2004 iaitu selepas 8 tahun aku menjadi hamba rokok.  Akhirnya aku bebas dan tidak lagi merokok.  Alhamdulillah sampai sekarang.

Walaupun kini selepas 5 tahun aku berhenti menghisap rokok, kadang-kadang aku rasa bau asap rokok ini busuk tapi kadang-kadang bau asap rokok ini menagihkan aku semula.  Terasa getarnyaaa …

Memang kalau sekali pernah menjadi perokok, asap rokok itu pasti akan bersemadi dalam darah daging kita.  Itulah sebabnya merokok payah hendak berhenti.  Sudah menjadi darah daging.

Bagaimana Aku Berhenti Merokok

Setelah aku sedar, terjaga aku dari lena yang panjang.  Sedar-sedar aku sudah berada di atas katil Hospital Kuala Terengganu.

Aku dan kawan aku terlibat dalam satu kemalangan.

” Hang minum arak ka ? ” tanya abang aku bila aku sedar dari tidur.  Teringat sampai sekarang.  Sampai hati abang aku tuduh aku ‘minum’.  kikiki …

Akibatnya telinga kiriku sehingga kini sentiasa berdesing setiap masa.  Akibat hentakkan di bahagian sebelah kiri kepalaku, kadang-kadang kala percakapan aku tergagap-gagap.

Dan yang paling terkesan di hati, terdapat beberapa peristiwa yang aku tak dapat ingat.  Sungguh !

Aku kemalangan dengan apa pun aku tak tahu.  Begitu juga dengan kawanku.  Sehingga kini !!  Akibat daripada kemalangan itu juga aku menjadi lupa bagaimana menghisap rokok.

Setelah aku sihat sedikit, aku mencuba untuk menghisap rokok kembali.  Aku masih ingat lagi di dalam toilet rumah sewa, aku buang rokok yang baru dihisap dan Alhamdulillah sampai sekarang aku bebas.

Itulah kalau orang bertanya macam mana aku berhenti merokok aku akan katakan …

Hang kena excident dulu, baru boleh berhenti !! ” hehe ….

Advertisements

~ by razifembi on August 25, 2009.

16 Responses to “Hamba Rokok”

  1. pehhh, memang dasat! Hehehehe..

    sama la kita, ni dah dekat 7-8 tahun berkecimpung dan dengan habiskan membakar ‘ringgit’ ini, saya dapat control saya punya asthma.. tak percaya? Mungkin bagi penghidap yang lain, ia akan lebih teruk, tapi serius, bila nak datang sakit (orang asthma tau bila dia nak kena attack), saya memang mencari kretek gudang garam.

    semua kahak kat dada akan cair dan terus boleh bernafas seperti biasa 😀 asthma kan disebabkan ruang pernafasan terganggu oleh habuk2, gelema, kahak dsb..

    ramadhan lepas, 3 hari puasa, hari ke-empat ‘check-in’ hospital..mungkin sebab kekurangan tar @ nikotin..untuk ramadhan kali ni (beberapa hari), Alhamdulillah..masih dapat bertahan..

    hari pertama, seram sejuk, takdak selera makan..berbuka dengan cekodok ja..nasik sebutir pun tak masuk

    sahur kedua, saket dada yang teramat sangat, makan cekodok 3-4 bijik..

    puasa ketiga, demam teruk..dgn selsema sekali..tapi masih dapat bertahan..

    dan semoga hari-hari berikutnya dapat bertahan..walaupun tak boleh berenti, dapat kurang pun jadi la..sebab kalau berenti, confirm asthma tu datang balik..

    adi pernah skali saja bertahan 3 minggu, lepas tu nazak, badan tak boleh bangun, lembik habis, nak makan pun member suapkan, dalam otak pikir, ajal dah sampai..then, lecturer hantar gi spital, lepak 4-5 jam..kena oksigen dorang 3-4 kali..balik tu, isap rokok balik..dan terus normal 😀

    apa kena mengena asthma dengan rokok saya pun tak tau..yang penting, itulah racun dan itulah madu.. 😀

    sekian untuk bebelan kali ini..
    untuk sapa2 yang boleh berenti, berenti la..
    untuk sapa2 yang tak boleh berenti @ sama keadaan macam aku..aku simpati..
    untuk sapa2 yang berjaya, Alhamdulillah..

    • Hadi … aku pun teringat balik …

      aku pun setuju dengan hang.

      Bila aku berhenti merokok secara tetiba …

      macam2 aku rasa.

      dari sakit kepala hingga ke mimpi yang pelik2 … sakit badan…

      macam2 ..sampai adakala aku ingat aku ada kena gangguan setan..hehhe

      tapi lama2 baru ok … badan aku dapat terima diri tanpa kehadiran nikotin dan tar …

      syukur …

      aku xmau soh hang berhenti sebab aku tau bukan hang xmau …

      • btui..rasanya, setiap kali tahun baru + maal hijrah, memang tu la azam..tapi, sekurang-kurangnya dapat kurang macam sekarang pun ok la..pelan2..kalau dulu masa dekat IKM agak teruk jugak la..20 siang, 20 malam..winston..hehe, bila berenti tu yg macam-macam tu..lani, 14 tu, sehari setengah la..

    • hadi hang takpala, itu madu dan itulah racun. nak taknak isapla jugak. hmm..

  2. adoi…klo syarat nk berenti tu mesti kne langgor dulu…alamat penuh a wad hospital…hahaha

  3. Salam bro,

    Ala…kadang-kadang tu psikologi. Bukannya tak boleh berhenti. Tapi hati tu belum betul-betul tekad nak berhenti. Tak ada benda yg impossible. Diri kita sendiri yg asyik cakap tak boleh…tak boleh…tak boleh. Then, sampai bila tu tak boleh? Cuba katakan boleh, then insyaALLAH boleh. ALLAH akan tolong kalau kita niat nak buat benda baik, insyaALLAH.. 🙂

    • Entahlah … mungkin dari 100 orang … seorang yang akan berjaya.

      Kalau rasa2 boleh berhenti dengan spirit yang kental…kalau Insyirah percaya boleh berhenti …

      silakan sahut cabaran ini

      Silakan merokok kemudian berhenti …hehhee

  4. bukan senang nak berhenti dr merokok.
    siapa yg berjaya..mmg respek lh

  5. En Aim baru setahun dapat lesen hisap rokok depan Bapak dia….selama ni hisap sembunyik2….kekkeke
    tapi kalau depan Abah saya…mereka adalah kawan yg paling baik diajak hisap rokok…kekekekke

  6. excident baru bley berenti smoke? hehe
    that’s a good one..
    hopefully, boleh sedar lepas excident tu then quite smoking.. 🙂

  7. tak akan pernah terhenti…

  8. Salam , saya nak tanya kawan kawan kat sini simptom lepas berhenti merokok. ada tak rasa macam mulut jadi kebas kebas sikit atapun macam semut-semut.harap ada yang bagi respon. terima kasih

  9. Salam , saya nak tanya kawan kawan kat sini simptom lepas berhenti merokok. ada tak rasa macam mulut jadi kebas kebas sikit atapun macam semut-semut.harap ada yang bagi respon. saya dah berhenti dekat 4 minggu ..selalu jugak pening kepala,kebas kebas di kawasan mulut,.badan lesu..terima kasih

    • Tahniah….

      Simptom berhenti merokok ni macam2. Tabahlah kawan ku….

      Ada yang kesan berhenti merokok tu, sampai macam ada rasa gangguan setan sama….haha. Tapi mungkin sebenarnya perubahan kepada fisiologi tubuh badan kita.

      Semoga Allah SWT membantu saudara…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: