Kartika : Jalan Yang Semakin Suram

Setelah puas dengan retorik dan polemik politik akhirnya hukuman 6 sebatan ke atas Kartika ditangguhkan sehingga ke satu masa.  Media CNN yang turut menyiarkan kes ini, seperti biasalah laungan hak asasi dilaungkan untuk mempertahankan hak individu untuk ‘melantak’ arak.

Ramailah yang mempertikaikan keputusan sebatan tersebut tanpa mengetahui secara mendalam bagaimana sebatan itu akan dilakukan.  Daripada Tun Mahathir, Shahrizat, DS Najib, Peguam Negara dan hinggalah kepada majlis peguam turut mempersoalkan hukuman ini.

Mungkin ada atau pasti ada tekanan dari luar negara khususnya yang mendesak agar hukuman ini ditarik balik.  Sebagai negara yang berdaulat buat apa kita tunduk atas desakan-desakan yang tidak menghormati undang-undang negara kita.  Hatta sekalipun atas tuduhan dan desakan yang remeh pun, kerajaan kita kerap melatah.

Hukuman ini sebenarnya, seperti yang dijelaskan hanyalah satu hukuman mendidik bukan satu hukuman yang menyeksakan seperti hukuman sebatan bagi pesalah merogol dan sebagainya.

Aku ‘tabik springg‘ dengan Kartika Sari Dewi Shukarnor yang tidak akan membuat sebarang rayuan terhadap keputusan mahkamah terhadap dirinya.

Kes ini seumpama satu kisah di zaman Nabi S.A.W, di mana seorang wanita yang sedang mengandung telah mengaku melakukan zina di hadapan Nabi S.A.W.  Wanita itu di suruh pulang berkali-kali sehingga selepas anaknya dilahirkan dan bila dia tetap dengan keputusannya barulah Nabi S.A.W melaksanakan hukumannya.

Memetik kata-kata beliau di dalam berita Kosmo :

Bagi saya, usaha untuk ‘merayu’ sebenarnya sudah berakhir iaitu selepas Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus memukul tukul di mahkamah dan menjatuhkan hukuman terhadap saya.  Sejak saat itulah saya sudah nekad dan bersedia menerima hukuman (enam sebatan) itu,”  katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Jawang di sini petang semalam.

Walaupun kes Kartika ini seakan-akan sama dengan kes di zaman Nabi S.A.W dahulu, yang buat aku ‘didih’ sebab kenyataan-kenyataan memprotes hukuman sebatan lebih kepada tidak setujunya mereka dengan hukuman syariah.  Mereka tidak pula membantah keputusan sebatan ini atas alasan tarbiyah kerana Kartika telah pun insaf.

Membantah lebih kepada hukuman sebat yang dikenakan, bukan kerana keinsafan Kartika.

Ada pulak yang alim ulama yang mengatakan kita tangguhkan dahulu hukuman sebat ini kerana menghormati bulan Ramadhan.  Aku nasihatkan dia supaya mengeluarkan kenyataan berdasarkan pengetahuan bukan daripada pendapat yang tidak ketahuan punca.

Aku kesal kerana ramai orang membantah hukuman sebatan ini kerana atas ‘niat-niat yang jahat’.  Bukan kerana untuk kebaikan.

Perjalanan bermula dengan selangkah,

Mana mungkin hendak melangkah jika kaki ditambat

*  Allah jamin andaikata undang-undangNya menjadi panduan, maka Dia-lah yang melindungi dan menjaga kita.  Tidakkah itu sebaik-baik jaminan di dunia ini.

Advertisements

~ by razifembi on August 26, 2009.

13 Responses to “Kartika : Jalan Yang Semakin Suram”

  1. setuju. atleast orang Islam yang lain takuk nak minum arak.
    -Allah jamin andaikata undang-undangNya menjadi panduan, maka Dia-lah yang melindungi dan menjaga kita. Tidakkah itu sebaik-baik jaminan di dunia ini.

  2. Salam bro,

    Sesiapa yg membantah dan melarang hukuman ini dijalankan, yakni dia bersubahat dlm kesalahan ini. Jangan sesekali menidakkan undang-undang-Nya. Kita tunggu dan lihat apa yg akan terjadi nanti WALAUPUN ‘mereka-mereka’ tu menangguh hukuman sebatan ke atas Kartika. Jangan terkejut kalau esok-esok nanti hukuman ke atas Kartika ini dibatalkan kerana desakan pihak lain. Huhuhu.

    Wallahua’lam.

  3. slh satu sbb kenapa xsuke politik sbb yg inilah
    napa perlu mencampuradukkan tiap aturan agama itu dgn politik
    mengangkat undang2 dunia yg konon2nya adil & saksama
    ngee~i’m really hate politics!

  4. tu baru hukuman kat dunia
    kat akhirat lum tentu leh merayu ke tidak..hahhah

  5. mcm2 hal ye skg ni..
    ape pon ikut panduan yg islam da tetap kn.

  6. assalamualaikum,
    just another view on this: http://art-harun.blogspot.com/2009/08/legality-of-caning-kartika.html

  7. Semua benda orang politik nak masuk campur. Bila mereka masuk campur semua benda jadi porak peranda. Contoh, sukan kita yg semakin menjunam prestasinya dan sistem pendidikan yg dibuat sesuka hati setiap kali menterinya bertukar. Patutnya biarlah yang arif dlm bidangnya yg membuat keputusan, engkau si Menteri bermuzakarahlah dulu dgn yg arif ini, jika nak buat keputusan atau press statement pun… Ni, bila wartawan tanya, ikut sedap mulut je bercakap…jika masih tak tau cerita sebenar, kata je, Saya akan menyiasat perkara ini dahulu, nanti saya akan buat sidang akhbar…. Masing2 takut dikatakan tidak up to date maka bila ditanya wartawan, dan-dan jawap, maka sudahnya, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya… Apa gunanya bijak pandai dalam kerajaan itu, jika tidak digunakan…menteri bukannya bijak sangat atau arif dalam semua perkara…

  8. Yea Menteri bukannya perlu ‘terlampau bijak’ untuk jadi ariff dalam semua perkara. Serahkan saja kepada yang ariff …ada penasihat, ada pakar, dengarlah pandangan mereka.

    Jangan buat kenyataan semborono jahh ..!!

    Memang habisss … sukan, pelajaran, kehakiman, termasuklah sistem politik …. sekarang dalam keadaan nazak ….

    Dulu kecik-kecik tengok badminton … rasa bersemangat betul.

    Apa lagi yang nak di kata …

    Malaysia Boleh

  9. yang kelakar tu, sibuk suruh org merayu, padahal kartika sendiri pun dah sanggup. tah pape tah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: