Jawapan Kepada Tun Mahathir

Aku mengucapkan terima kasih kepada UZAR atau yang dikenali sebagai Ustaz Zaharuddin Abd Rahman kerana telah menjelaskan kekeliruan yang timbul akibat isu sebatan terhadap Kartika kerana kesalahan meminum arak.

Sungguhpun jasa dan bakti Tun tidak dinafikan, aku amat hargai.  Namun jika hukum Allah dipersoalkan dan dipertikaikan, jasa dan bakti Tun pasti akan hilang umpama debu ditiup angin . . .

Di sini aku tepekkan kesimpulan yang telah dibuat oleh UZAR terhadap soalan Tun Matathir di dalam blognya.  Aku harap Tun Mahathir baca penjelasan yang dibuat oleh UZAR.  Semoga Allah memberi hidayah kepada Tun untuk mengubah pemikiran Tun terhadap Islam.

Jawapan UZAR terhadap soalan Tun Mahathir :

DR. M : Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak?

Ye, benar, bukti-bukti berkenaan wujudnya hukuman ini bersumberkan hadis-hadis yang sohih.

DR. M : Apakah ada larangan dalam Islam untuk mengkanunkan undang-undang syariah?

Di dalam Islam, tiada larangan sama sekali, malah digalakkan bagi mencapai keseragaman dalam keputusan hakim.

————————————————————————————————————————————

Untuk mendapat lebih lanjut sila rujuk laman web UZAR di sini

Advertisements

~ by razifembi on August 27, 2009.

7 Responses to “Jawapan Kepada Tun Mahathir”

  1. saya sangat percaya hukum Allah sangat relevan pada bila bila masa, pada bila-bila keadaan, pada apa jua zaman.. yang ini saya tidak setuju dengan ayahanda Tun Dr M…

  2. Salam bro,

    Ada je orang yg mempertikaikan. Dah tulis terang-terang dalam hadis, apa lagi yg mereka tidak faham.

  3. salam..
    mungkin Tun Dr. M lebih kepada ‘forgiveness’ dan ‘compassion’.
    tapi, sy berpendapat, hukuman itu perlu diteruskan. cuma, harapan, kes kartika ni tidak berhenti di sini sahaja.. ramai melayu di luar sana yang megah meminum arak…

    • Kes kat luar tu …. vvip, anak2 menteri ..berlambak … semoga hukuman sebatan ni dapat mengurangkan orang minum arak secara terangan….

      Tun M itu … banyak sangat songehhnya bila cakap bab-bab agama ni..

  4. Nak tau sebab apa? Mai saya cerita. Dulu 1987, Boston University buat twinning program kat Malaysia. BU pun buat la satu majlis menyambut pelancaran twinning program tu, di Boston. Kami budak2 Malaysia dijemput sama. Dalam majlis tu ada dihidangkan arak penuh satu meja di satu sudut. Di sudut lain, soda. Kami yg kampung2 ni, di sudut soda. Anak2 VIP, VVIP, dan perasan VIP, di sudut satu lagi…termasuklah…(teka2 dlm hati je lah, tak tergamak pulak nak tulis di sini)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: