Menguji Pengetahuan Am : Idris Jala

Tahniah kepada Datuk Seri Idris Jala kerana telah dilantik sebagai Menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri.

Di kala syarikat penerbangan MAS mengalami kerugian sembilan berturut-turut iaitu sebanyak lebih 400 juta US dolar, DS Idris Jala telah menerima perlantikan jawatan sebagai CEO MAS pada Disember 2005.

Pada tahun 2007, DS Idris Jala telah meletakkan MAS kembali di persada persaingan dengan mengunjurkan keuntungan sebanyak  RM 851 juta.  Keuntungan besar ini ialah merupakan keuntungan terbesar yang pernah di capai oleh MAS sepanjang 60 tahun sejarahnya.

You must have a spirit of competition and you must outdo your competitors and never be afraid of failure, to conquer the fear of failure ”    nasihat Idris Jala bila ditanya rahsia kejayaan beliau.

DS Idris Jala ini bukan sekali pandang, malah dah berkali-kali aku pandang, tetap akan aku katakan dia sebagai orang Melayu.  Dengan kulit sawo matangnya, iras-iras macam penyanyi 80-an pun ada jugak menyebabkan sampai ke hari ini aku mengangapnya sebagai orang melayu.

Tapi tahukah kita bahawa DS Idris Jala ini merupakan CEO pertama yang bukan Melayu di syarikat gergasi milik kerajaan (GLC).  Itula mana nak disangka, cempedak menjadi nangka.

Nama beliau ‘ Idris Jala ‘ yang macam nama orang Melayu Islam lansung tak terlintas di hati untuk mengatakan beliau bukan seorang Melayu Islam.  Tersenyum sendirian …

Idris Jala ini merupakan orang Kelabit di Sarawak.  DS Idris Jala juga merupakan penganut agama Kristian.  Jadi bulan-bulan puasa ni, kalau ada ternampak DS Idris Jala sedang makan hatta sekalipun sedang pekena bir, janganlah kita terburu-buru membuat andaian yang membuta tuli.  Silap-silap boleh jadi berita fitnah yang kita usahakan.  Wakaka …

Satu kisah yang sering terjadi pada diriku …

anlai women yiding yao rang alantan shuode dui! ni yiding yao gei alantan kankan nage ”    cakap seorang uncle kat aku.

sorry uncle, wa Melayu bukan Cina ” balas aku ….

” Oo Sorry hahh … sorry hahhh … Wa ingat lu Cina ” balas uncle tu balik

Aku garu kepala yang tak gatal …

~ by razifembi on August 27, 2009.

25 Responses to “Menguji Pengetahuan Am : Idris Jala”

  1. saya pun ingat DS idris jala ni melayu islam hehehe..rupanya bukan..

  2. Salam bro,

    Saya sedang mengkaji ayat cina yg bro tulis kat atas ni. Tapi masih tak faham. Nampaknya, balik nnt saya kena mantapkan bahasa cina lagi. Kekeke.

    • Kaji jangan tak kaji … aku copy and paste jerr tulisan cina kat tenet …

      kalau da dapat silakan bagitau ..hehhehe

      aku manalah tau cakap cina

  3. sungguh aku ingat dia melayu Islam. Muka tak nampak macam org Sarawak langsung. Lenkali kalo nampak muka cam melayu dok makan kedai cina bulan2 poser ni pulak harus aku kena dendiam je,:D

  4. ooo baru paham ekekek

  5. Ada juga orang nama melayu dan memang kompon beragama Islam tapi tak mengamalkan ajaran Islam. Ramai dah kat Malaysia ni……

  6. Apa pun tahniah. Dari CEO kepada Menteri

  7. salam.. uikss nama dah cam islam.. rupa2nya bukan.. apepun tahniahlah buat beliau..

    wah..ada keturunan cina ke incek razif?

  8. Aku kagum dengan kejayaaan DSIJ; Gaya, sikap dan perawakan seperti beliau ingin aku ikuti dan contohi. Satu kemenangan bagi kita atas lantikan beliau utk menaikkan KPI dalam pentadbiran…

  9. salam singgah juga…

  10. salam singgah lagi..
    incek razif kena tag dengan saya.. kalau sudi sila2 la jawab.. jka tidak abaikan aje yer.. (^__^)

  11. laaaa.siyes ingat DS Idris Jala ni melayu. huhu.

  12. OOOoooo aku ingatkan dia Melayu! Bab orang cakap Cina, sama macam aku. Memang selalu Cina ingat aku Cina. Sekarang kurang banyak la pasal aku simpan janggut.

  13. “orang jujur memperkembangkan kota”

  14. Salam..
    Siri perdebatan Syeikh Ahmad Deedat dengan Mubalig kristen subtitle bahasa Malaysia/Indonesia. sila kunjungi
    http://www.youtube.com/user/mnoors9
    T Kasih

  15. saya org sarawak…haiyyaaa…itu muka org kelabit la…dkt swak..org melanau lagi mcm muka org muslim

  16. kat swak…kalau bln puasa…hanya org sarawak sendiri jer yg tau siapa christian siapa muslim…kita xpernah confius coz kita mhormati agama masing2…ehehe…blessed Sarawak!!

  17. kite tengah cari info about Idris Jala, tersembam di blog encik ajip. Thank you so much. Baru kutahu ya rupanya beliau non muslim, tapi pernah juga terfikir Islam kah tidak sbb ada satu rancgn khas pasal dia time sekolah di sarawak dulu, edisi Hari Guru tahun bila entah. One of the best student dulu-dulu. Asal dia orang pedalaman sarawak tau. Now, one of his friend guru besar di sekolah rendah beliau, tu yg dia cerita sekali pasal kawan dia yg telah berjaya ni.

    Encik……………… saya ni cikgu bahasa inggeris, kalau kecil hati maafkan dulu ;( terbaca “Known as razifembi™ in many online forums. I’m took photography as much as my hobby and doing part time of it. All pictures are the copyright of razifembi™. please Contact ME.

    I think encik kena betulkan… i’m took kepada i took sahaja… huhu…… can’t help it. i just cant ignore that error. i hope u faham jiwa seorang pendidik. thnks for understanding n sorry for short form i used. nk cepat, nk siap2 gi skul. tata n tq

  18. that ‘profit’ came from the selling of assets and retrenchment of workers. he was merely trying to make mas asset-light and to streamline its operations by cutting off unprofitable routes. that contributed to the ‘profits’ as one-off items only. sales were drastically down and there was no way mas can return into the black unless airasia backs off, and he managed to take up the minister’s post before his image gets tarnished by “heading a loss-making government-linked company”.

    he’s not great, he’s just an opportunist, famous for crushing workers’ unions.

  19. Saya orang Iban yang menuntut di USM pun orang ingat saya Melayu. Time puasa orang tegur saya sebab makan..hehhe…keunikan Malaysia berbilang kaum

Leave a reply to razifembi Cancel reply