Datuk Man Kidal

Gambar Man Kidal dari akaun FB nya

Setelah hampir 30 tahun berkecimpung di dalam bidang seni hiburan, siapa yang tidak kenal dengan Man Kidal, bekas pemain gitar kumpulan Lefhanded.  Seorang pemain gitar yang bermain dengan tangan kirinya, dan kadang-kadang dengan menggunakan giginya.

Nama kumpulan yang ditubuhkannya pun dah nama ” Tangan Kiri ” – Lefthanded.

Ketika satu rancangan tv Anak-anak Ramadhan ke udara, kelihatan seorang budak bernama Daniel memegang tangan seorang lelaki berkaca mata hitam dan berambut kerinting panjang mencecah belakang badan.

Memang rock bebbb!!  Tapi yang spoil tu dan ‘potong stimm‘ tu, bila si budak Daniel tu memanggil si lelaki tu Atok.  Huhhh tak sangka pulak dengan gaya seorang rockernya, mamat nih dah menjadi seorang datuk.

Itulah kisah Man Kidal ketika mengambil pulang cucunya, Daniel dari sekolah.  Kelakar pun ada jugak bila Man Kidal dipanggil Atok.  Walaupun beliau seorang rocker yang nampak macam ganas, tutur kata beliau agak sopan, ‘slow’ dan tampak lebih selesa untuk berdiam diri dari banyak bercakap.

Aku rasa inilah zaman di mana rocker-rocker rock kapak kita akan bergelar Atok.  Siapa sangka kan?

Rahsia Menjadi Datuk

Man Kidal telah dikurniakan 3 orang anak dan 3 orang cucu hasil perkahwinannya dengan Nurlaila Yusuf.  Pada tahun 1980, Man Kidal telah berkahwin ketika usia beliau baru mencecah 17 tahun.  Memang gempakkk . . . .

Dan ketika umur beliau mencecah 37 Tahun, beliau telah menjadi datuk !!  Diulangi 37 tahun makcik-macik, akak-akak dan tuan-tuan sekalian.

Jadi pada sapa-sapa yang berumur 30-an ketika ini, anda-anda semua tidak terasa tercabarkah … hehhe.   Bak kata orang, rock . . . rock jugakkk …. hidup mau ‘gereekkkk

Bila ditanya apa ertinya gitar dan isterinya, Man Kidal tersenyum, jawabnya: “Itu dua perkara yang tak boleh dibandingkan. Dua-dua itu nyawa hidup saya.”

Apa pun aku respek dengan Man Kidal ni, walaupun beliau seorang rockers tidaklah pula beliau merepek tidak tentu arah.  Walaupun berambut panjang, tidaklah beliau mewarnakan rambut dengan warna yang pelik-pelik dan tidaklah pula Man Kidal bertindik telinga, bibir atau kening.

Orang kata dapat cucu lagi best dari dapat anak,

Kata Tokwan dalam sebuah sajaknya,

Kalau ingin cucu,

kawen-kawenkanlah anak . . .

* Sempena artikel tentang ‘datuk’ ni, aku mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjadi datuk dan nenek kepada blogger yang telah mendapat ‘pangkat’ datuk dan nenek . . .

Advertisements

~ by razifembi on August 29, 2009.

14 Responses to “Datuk Man Kidal”

  1. Uhuu Lefthanded memang best! Rock habis. Kumpulan rock dulu lagi best dari yang sekarang. Tapi…imej rambut panjang tu tetap tak suka w/pun tu imej orang rock.

  2. atuk rock yg cool. kahwin muda. anak perempuan dia pun kahwin muda

  3. rock macam mana pun jangan tindik telinga.. penyanyi rock yang tindik telinga aku gelarkan bangang

  4. Salam bro,

    Hahaha. Kalau macam tu, saya terlalu muda utk membaca entri ni. Kekeke.

    But, serious…saya memang tak tahu sgt pasal org-org dalam bidang hiburan. Huhuhu..

  5. Saya merasai zaman kegemilangan rock dulu . Time tuh saya di form 5. wahh memang besh .. kump. lefhanded antara lagu kesukaan saya ketika itu Ku Dihalaman Rindu . sampai sekarang tetap segar dingatan ..

  6. cucu dia seriusss comelll!

  7. hghghghghg

  8. hey brada,aku nak cabar goreng gitar sma lu..boleh?

  9. balas wal ne

  10. come on datuk

  11. Caya la bro lu yngwie malmsteen malaysia

  12. aku rasa keluarga man kidal smua akan memjadi pemain gitar yg terkenal pnya

  13. CAYA LAH MAN KIDAL…

    AQ CAYA YG SUATU HARI
    NANTI MAN KIDAL AKAN
    TERKNAL DI SELURUH DUNIA
    KERANA MEMPUNYA
    KELEBIHAN YG SNGAT
    UNIT IAITU BERMAIN
    GITAR MENGGUNAKAN
    TANGAN KIDAL NYA ITU….

    #AQ SNGAT MNAT KAT MAN KIDAL#

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: