Dulu, Bapakku Seorang Pejuang

Inilah arwah bapakku di sebelah kanan gambar bersama arwah Fadzil di Kem Setapak, Kuala Lumpur pada satu tarikh yang tidak dinyatakan.  Dua-dua insan sama-sama sudah ke rahmahtullah.

Bapak semasa hidup pernah menceritakan bagaimana tembakan-tembakan peluru komunis yang melintasi kepala umpama hujan.  Itu kisah di hutan, manakala di kampung mak ku pernah menceritakan bagaimana getirnya kehidupan ketika komunis bermaharajalela.

Masalah ketiadaan beras untuk dimakan, ubi kayu menjadi makanan ruji.  Angkara khianat, saudara sekampung diheret ke hutan oleh komunis, entah kemana hingga kini akibat menjadi mangsa fitnah.

Orang kampung semua, jangan keluar rumah, kalau tidak kami tembak ” jerit askar Gurkha ketika zaman darurat dulu.  “Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah mengarahkan sesiapa yang melanggar peraturan curfew ditembak”  cerita mak pula satu ketika dahulu.

Ini pula gambar arwah bapakku (paling kiri ) bersama rakan-rakan yang lain ketika berada di Pusat Latihan Polis Kuantan pada tahun 1952.  Cantik dan bergaya siap bersamping serta songkok ‘senget’ berkeronsang.

Bukanlah suka-suka arwah bapakku ‘landing’ atas rumput ini.  Sebenarnya ini adalah gambar arwah bapak ketika  berada di Hospital Bentong, Pahang.  Kaki arwah bapak patah setelah jatuh gaung ketika dalam perjalanan pulang setelah 8 bulan berada di dalam hutan menentang komunis.

Arwah bapak telah dijadikan ‘anak angkat’ oleh satu keluarga Pak Aji yang mana salah seorang anak perempuannya bekerja sebagai jururawat di hospital tersebut.  Mereka inilah yang menjaga arwah bapak di sana.  Jalinan persaudaraan masih kekal hingga kini.  Alhamdulillah …

Darah ‘polis’ bapak kekal hingga ke akhir hayat.  Bapak menerima pencen sebanyak RM 28 pada awalnya, meningkat RM 80, RM 120 dan akhir sekali RM 170 di penghujung hayatnya.

Tak cukup dengan wang pencen bapak, mak pula bangun seawal jam 3 pagi untuk membuat kuih dan menggoreng mee untuk diletakkan di kantin-kantin sekolah dan sebahagiannya lagi diletakkan kat mamak kereta tolak.

Kuih cara, cucur badak, kuih kapas, cucur udang, kuih apom, mee dan bihun pernah menjadi juadah jualan mak.  Bermula dengan dapur minyak tanah yang mana minyak tanah perlu dipam dari tong ke balang kaca hingga ke dapur gas sekarang.  Itulah sumber rezeki, pendapatan keluarga disamping wang pencen bapak.

Pernah sekali, masa aku mengaji darjah 3, aku tengok cucur udang mak aku, banyak yang masih tidak terjual pada hari itu di kantin sekolah.  Oleh kerana kesian kat mak aku, tak mau dia susah hati, aku yang masik kecik, tak tahu apa sangat lagi ni pun beli la banyak-banyak cucur udang dengan segala duit yang ada kat aku. . .

Selepas bersara menjadi polis, bapak kerap sakit teruk hinggalah ke akhir hayatnya.  Setahun bekerja setahun sakit.  Itulah perumpamaan yang dapat diberikan.  Semoga Allah memberikan kesenangan kepada arwah bapak atas penderitaanya di dunia.

Tahun 1995, mak berhenti menjual kuih kerana semua anak-anaknya telah bekerja dan mampu menyara mak pulak.  Alhamdulillah, walaupun mak aku tidak mengaji tinggi, tapi tangan yang membuat kuih inilah yang berjaya mendidik anak hingga ada yang bergelar Profesor.

*  Ketika aku di tadika, dekat-dekat nak raya beginilah, cikgu bertanya semua murid-murid kuih raya apa yang mak  kamu buat sempena raya nanti.  Ada budak yang menjawab cornflek, tart nanas, kuih kapit … aku sorang ja jawab mak saya buat kuih cucur badak untuk raya nanti . . . ‘blank’ cikgu aku tu

Selamat Hari Kebangsaan kepada semua terutamanya kepada pejuang yang tidak dijulang mempertahankan tanah air. Tolong katakan TIDAK SAMA SEKALI kepada Chin Peng dan orang-orang yang ingin membawanya pulang ke Malaysia

Advertisements

~ by razifembi on August 30, 2009.

12 Responses to “Dulu, Bapakku Seorang Pejuang”

  1. besar nye jasa mereka…
    semoga mereka tenang di sana…amiin…

    alfatihah buat wira2 negara nih…

  2. Salam kemerdekaan ..

    Omak saya merasai zaman darurat dahulu, ketika itu beliau berusia 12 thn. kehidupan memang perit, makanan dicatu dan pergerakkan terhad . Makanya Kemerdekaan sangat besar pada dirinya .

    Saya anak merdeka tidak merasai keperitan itu, tetapi menyusuri sejarah perjuangan, telah menginsafkkan bahawa sangat penting untuk mempertahankan Kemerdekaan ( termasuk di jiwa dan di minda ).

    Tahniah kepada arwah bapak ( al~fatihah) dan juga kepada Ibu anda yang bersama berjuang menentang zaman kesusahan hingga melahirkan anak2 yang bijak .

    • al fatihah …

      Saya pun anak merdeka tidak pernah merasai keperitan silam. Sekadar pandai bercakap tentang kesengsaraan dulu.

      Semoga terkesan dihati

  3. Salam bro,

    Erm, saya selalu dengar nenek saya cerita tentang zaman penjajahan Jepun, Komunis and British. Cerita bagaimana kehidupan mereka masa tu, kekejaman tentera-tentera Jepun dan Komunis, dan sebagainya. Such a very sad and tough experiences. Memang membuatkan saya bersyukur sgt2 kerana dilahirkan selepas zaman kemerdekaan.

  4. Mak akak pun selalu cerita zaman2 darurat dulu, masa tu dia kecil lagi tapi masih ingat. Perit betul kisah hidup mereka tak macam kita skarang, semua ada depan mata. Bersyukurlah mereka yang lahir selepas merdeka.

  5. Emak saya dulu kena menyorok dalam lubang jamban (yang dibuat istimewa untuk dia oleh datuk, seorang guru besar) setiap kali Jepun masuk kampung. Masa tu, arwah emak berumur 14 tahun. Dia sememangnya gadis yang cantik. Untuk mengelakkan perkara tak elok, cepat2 dia dikahwinkan. Tapi masih kena menyorok juga…

  6. syukur ejam hidup dlm zaman sekarang…

  7. Al-fatihah untuk pejuang-pejuang kemerdekaan yang gugur dalam mencari kebebasan daripada penjajah. Syukur kerna perit getir mereka, kita merasai nikmatnya sekarang. Cuma sayangnya anak-anak era merdeka, minda mereka dijajah dalam diam.

    p/s – sayu aku baca kuih raya ‘cucur badak’

  8. Kita masih belum merdeka, minda kita, jiwa kita kebanyakkan masih dijajah.

    Itu peng, kasi tetak saja, baru bawak dia masuk.

    Sejarah kehidupan kita adalah cikgu yang paling baikkan bro..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: