Selamat Hari Kebangsaan

Selalunya ketika hari menghampiri hari kemerdekaan, arwah bapakku tidak ketinggalan bersama-sama akan mengibarkan bendera Malaysia.  Jika kamu berumur 23 tahun, atau kakak kamu berumur 30 tahun atau abang kamu ada yang berumur 40 tahun, dan negara ini yang bernama Malaysia baru saja mencapai umurnya 52 tahun.

Ingatlah tuan-tuan dan puan-puan sekalian, apalah sangat usia kemerdekaan negara kita yang baru mencecah 52 tahun berbanding dengan tempoh selama 446 tahun tempoh kita dijajah.

Dapatkah kita membayangkan nenek moyang kita dulu-dulu dizalimi, diperas dengan segala cukai kepala hingga diri diperhambakan, diperlakukan sehina-hinanya oleh bangsa lain.  Menangislah ibu bangsa seesak-esaknya hingga kering air mata bertukar darah mengenang nasib diri.  Tapi siapa yang peduli . . .

Kini, negara inilah yang kita sanjung dan megah atau bagi sesetengah orang yang lain pula, negara ini yang selalu dikeluhkan kekurangannya.

Dikala detik kemerdekaan ini, marilah kita kibarkan bendera Malaysia, letakkanlah segala perbezaan fahaman politik kita, simpanlah bendera-bendera yang menjadi punca kita bermusuhan. . . bersengketa.  Bersengketa sesama saudara.  Kemuncaknya ialah pembalasan azab Tuhan baik di pihak yang di sana atau yang di sini.

Negaraku, Tanah tumpahnya darahku  . . . tanah tumpahnya DARAHku

نڬاراكو
تانه تومڤهڽ دارهكو
رعيت هيدوڤ
برساتو دان ماجو

رحمة بهاڬيا
توهن كورنياكن
راج كيت
سلامت برتختا

رحمة بهاڬيا
توهن كورنياكن
راج كيت

Advertisements

~ by razifembi on August 30, 2009.

11 Responses to “Selamat Hari Kebangsaan”

  1. MERDEKA!!

  2. Salam Merdeka. Merdekakah kita sepenuhnya?

  3. Salam merdeka bro!
    merdekakan hati & minda
    MALAYSIA tanah tumpahku!

  4. selamat hari merdeka Razif….
    merdekakan diri kita dari hutang piutang!!

  5. Bersyukur kerana kita dilahirkan sebagai anak merdeka.
    Selamat Meraikan Hari Kebangsaan Ke-52.

  6. Salam merdeka bro.. 🙂

    Moga kita semua merdeka dari segala peyakit, alam bencana, maksiat dan sebagainya. (kalau nak sebut satu-satu, banyak lagi yg tak merdeka sebenarnya). Huhuhu.

    Tapi saya tetap bersyukur dgn kemerdekaan negara kita, alhamdulilah.. 🙂

  7. Merdekakan minda, merdekakan jiwa, merdekalah kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: