Jom Movie : The Bucket List

Aku menulis di keheningan malam Ramadhan . . . Tiada lagi irama hujan yang turun lebat seperti malam semalam.  Irama lagu air hujan jatuh menghempas tanah.  Semalam sempat aku melayan satu filem yang menarik untuk dikongsi bersama.

Bagaimana perasaan anda apabila doktor memberitahu anda, bahawa anda mempunyai masa lebih kurang 6 bulan lagi untuk hidup??

Kisah dua orang ‘stranger’ terlantar sakit di sebuah bilik hospital yang sama.  Apabila diberitahu masa hidup mereka cuma ada lebih kurang untuk hidup.  Mereka telah mencatat segala harapan mereka pada sekeping kertas ” Bucket List “.  Akhirnya impian menjadi kenyataan, apabila mereka mengambil keputusan untuk mengembara melihat dan menikmati kehidupan sebelum ajal.

Ini bukanlah kisah kematian . . . tapi inilah kisah hidup, sebuah kisah tentang bagaimana kita harus menghargai sebuah kehidupan.  Nanti dulu, jangan anda bersedih dan bermuram lagi, kerana anda akan dihiburkan dengan keletah lucu Jack Nicholson dan Morgan Freeman di awal cerita sebelum perasaan anda dicuit sedikit demi sedikit.

Tika di Ramadhan yang mulia ini, andai kata jiwa kita masih lagi kosong, terbuai-buai dalam mencari erti kehidupan inilah antara filem terbaik untuk ‘mencuit’ kembali nilai yang amat bermakna untuk apa kita hidup di dunia.  Atau lebih tepat lagi aku katakan bahawa adakah kehidupan kita membawa erti atau makna bagi diri orang lain.

Mengikut cerita Carter (Morgan Freeman) tentang kepercayaan orang Mesir lama, apabila sampai di pintu syurga kita akan ditanya sebelum dibenarkan memasuki syurga.  Yang pertamanya adakah anda telah berjaya menggembirakan diri anda selama anda hidup dan soalan yang kedua ialah adakah anda telah berjaya menggembirakan orang lain?

Ada peluang, jangan lepaskan filem ini.  Lihat bagaimana dua sahabat ini mencapai cita-cita mereka di dalam ” The Bucket List ” yang mana mungkin ada diantaranya tidak terlintas di fikiran kita tentang impian mereka.

Selamat bersahur.  Pagi-pagi begini mendengar lagu-lagu lama Jamal Abdillah dan Ramli Sarip memang membangkitkan kembali nostalgia.

Advertisements

~ by razifembi on September 1, 2009.

13 Responses to “Jom Movie : The Bucket List”

  1. .. teruja aku nak cari cerita ni.

  2. kalau enam bulan sempat la lagi nak bertobat. tapi kalau doktor kata anytime je, hehe.. tak gelabah ke.

    Sebab tu kita kena sentiasa bersedia untuk mati. mana tau entah2 ajal kita lagi dua tiga menet.

  3. Salam bro,

    Itu orang kafir. Mereka ada impian tersendiri utk dilaksanakan sebelum menutup mata. Kalau orang Islam, bila dah tahu sakit..doktor kata bleh hidup sekian-sekian lama lagi..agak-agak apa impian yg mereka nak tunaikan? Huhu. Rasanya baru kelam kabut nak bertaubat kut. Masa tu dah tak sempat dah kut nak fikir hal duniawi.

  4. kena tunggu weekend sajok baru buleh tengok, tu pun kalo takde keje lain nak buat,:p

  5. kalau saya dapat tahu hidup tak lama..saya akan bersegerakan taubat..buat amal banyak2..tapi memang benar, kita jarang sekali menghargai apa yg kita miliki..bila kehilangan..atau hampir2 kehilangan..barulah kita terasa betapa besar maknya kehiudpan. kehidupan adalah sementara je..jadi kenalah hargainya.

    • Dengan cara apa yang Intan akan hargai???

      Saksikan filem andai berkesempatan. Ini bukan kisah tentang kematian…ini kisah bagaimana seharusnya kita patut menikmati hidup sebelum mati.

  6. Mesti best ni.. Morgan Freeman ngan Jack Nicholson. mungkin byk ayat2 puitis dlm citer ni

    • Ada wish list dia ,

      kissing the most beautiful girl in the world …

      saksikan bagaimana mereka mencapai impian mereka ini….Mungkin apa yg kita bayangkan lain dgn apa yg akan kita lihat..

  7. nampak sangat menarik bang~

  8. dah tengok dah 🙂 memang best 🙂 lepas tengok citer ni tahun lepas terus aku buat bucket list aku hehee

  9. Oittt Encik Panjang,

    Lama tak dengar cerita. Ada orait ka ….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: