Pinjamkan Aku Duit . . .

Siapa yang tidak pernah menjadi penghutang dan siapa yang tak pernah menjadi pemiutang.  Siapa yang pernah menjadi pemiutang atau penghutang akan tahulah bagaimana peritnya dan bagaimana pahitnya menjadi kedua-duanya.

Si pemiutang, resah akan pulangan kembali wang yang dipinjam, manakala si peminjam pula merasa segala kesulitan dan kepayahan untuk membayar kembali hutang-hutangnya miskipun adakalanya berkemampuan.

Dua-dua memeningkan kepala bukan? Jadi pilihan terletak pada diri anda samaada memilih untuk menjadi pemiutang atau sebagai penghutang.

Tetapi pengalaman mengajar aku bahawa menjadi pemiutang lebih memeningkan daripada penghutang.  Apabila si peminjam liat membayar hutang, dan tika itu juga aku memerlukan duit.  Bermula episod drama cerita yang amat meloyakan. Tambah-tambah yang meminjam itu dari pada sahabat handai dan saudara mara. . .

Inilah saat yang kamu akan kenangkan sepanjang hayat kamu, kerana inilah kisah yang menjadi duri dalam daging.  Saat di mana kamu kehilangan duit kamu dan juga kehilangan rakan-rakan dan saudara mara.

Kamu kehilangan kedua-duanya kerana apa …???  Kerana pilihan yang telah kamu pilih di atas sebentar tadi.

Kedua-dua pilihan yang mungkin kamu pilih salah satunya merupakan pilihan yang bukan salah tapi keputusan yang silap yang dilakukan kamu.

Sesungguhnya di zaman ini, di mana helaian kertas menjadi raja, sekeping kertas yang membuatkan manusia menjadi keras hatinya.

Aku tak mahu nyatakan berapa jumlah wang, sama ada besar atau ciput bukan terletak pada nilai wang itu sendiri tetapi terletak dalam diri kita sendiri.  Mungkin RM 10, RM 100, RM 10, 000 itu nilai wang yang kecil bagi sesetengah orang dan mungkin tidak bagi orang yang lain.

Jadi apa yang harus kamu dan aku lakukan jika ada rakan atau saudara yang datang ingin meminjam wang?  Tidak susah-susah, kamu hulurkan sahaja borang ‘personal loan’ Bank Rakyat atau bank lain-lain kepada rakan atau sedara kamu.  Lebih baik dan bermakna, kamu tolong isikan sekali borang tersebut baginya.  Hehhehee !!!  Jangan marah ya …!

Yob, sorry Yob, mak aku tak bagi aku pinjam wang kat kamu.  Tapi takpa, jangan sedey jom kita pi makan.  Aku belanja.  OK?

Advertisements

~ by razifembi on September 2, 2009.

34 Responses to “Pinjamkan Aku Duit . . .”

  1. Wang hari ini sememangnya mempunyai kuasa yang besar tambahan lagi sistem ekonomi kita berasaskan kapitalisme. Wang adalah segalanya. Disebabkan wang adik-beradik jadi musuh, sanggup membunuh. Kata ayah ” tanpa wang, orang tak pandang kita”. Kuasa wang sangat tinggi.

    Oleh sebab keluarga saya datang daripada latar belakang perniagaan, maka saya dapat melihat dengan jelas siapa yang mempunyai wang yang banyak mampunyai membuat apa saja dan tentunya dapat mendominasi sesuatu secara keseluruhan.

    Like my mum usually to said ” No money, no talk! “

  2. Jangan jadi hamba duit, biar duit jadi hamba kita. Kebebasan kewangan adalah bebas daripada hutang.

  3. Bro, ada sorang pompuan yang penah aku sayang sound kat aku.. “Love is About Money”, dan sampai bila-bila aku takkan maafkan dia..wahahaha, sanggup keja kapal arang batu semata-mata untuk buktikan wang bukan ukuran, tapi kaseh sayang..tapi dia tak dapat terima.

    Aku banyak habiskan wang ringgit untuk sahabat, tapi tak kisah pun sebab depa sentiasa ada dengan aku walaupun aku tak ber’wang ringgit. Duit bukanlah segalanya, tapi segalanya memerlukan duit.

  4. Wah~
    Duit2~
    Mau duit~
    Yummy untuk duit~

  5. Salam bro,

    Kalau cerita pasal duit, very the sensitive neh Saya ni, kalau terdesak sgt, biasanya loan dgn ayah aje. Senang. Kadang-kadang tu siap boleh diskaun lagi. Hikhikhik. (baik minta terus kan?) Wakaka..

    Tapi saya ni memang jenis tak berapa suka cerita pasal duit. Even dgn orang yg paling rapat dgn saya, contohnya family. Apatah lagi dgn org yg jauh-jauh kan. Huhuhu.

  6. orang yang suka berhutang ni memang keje dia berhutang je. Kalau dah bagi jangan harap 100persen dia akan bayar balik. 20persen dah cukup bagus. dah tu pulak, dia akan ketageh berhutang sampai hutang jadi bertepek2. macamana nak bayar.
    akak taulah.. sebab yang nak minjam duwet ni ramai. bila dah pinjam dia buat derk je. kita nak mintak malu. macam kita pulak yang berhutang.
    Sakit..sakit..
    Cubalah cari macam2 alasan supaya kita tak bagi dia duwet.

    • Orang jenis mcm ni mmg jenis hutang tak reti nak bayar.

      Tapi ada juga orang yang berhutang dengan niat nak bayar tapi tak dapat bayar kerana tersepit dengan masalah2 lain.

  7. zaman sekrang ni semua orang memandang kehidupan dari segi material dan wang ringgit, harga diri seseorang tu pun kadang kala dinilai dengan wang ringgit. semoga kita bersyukur dengan apa yg ada..dan tidak meletakkan material ditempat yg teratas dalam kehidupan.

  8. nak bagi pinjam kena tgk org juga sebab ada penghutang yg sgt baik membayar hutangnya walaupun lambat.setakat bagi pinjam dua tiga puluh buleh la, kalo banyak2 tu aku pun takde gak,hehehe.

  9. Nak duit banyak bela ‘toyol’ makcik dengar toyol ni menurut perintah tuannya.

    Pengalaman makcik memberi orang pinjam duit ini, rasanya sama dengan yang lain2. Kenapa manusia peminjam ini sanggup melupakan saja hutang mereka?

    Tapi pengalaman makcik kehilangan duit tanpa dikesan ini sungguh menyeksakan. Bukan sekali, malah beratus kali. Baru setengah jam kira duit berniaga untuk disimpan ke dalam bank, ssampai bank bila nak bank in… duit kurang Rm50.00. Sampai naik malu dg pegawai bank tu. Tiap kali nak bank ini, kurang RM50.00. Pelik tapi itulah yang berlaku.

    • tanda kita dah semakin berusia agaknya … Puan.

      Lain dari itu, entahlah mungkin Puan tersilap kira barang kali.

      Kalau bab2 setan ni … pun mungkin jugak … kan

  10. kalau ada duit pun susah, tkde duit pun susah.
    bila ada duit, org nk meminjam.
    bila tkda duit, kne pinjm kt org.

  11. Ya, amat benar apa yg Razif luahkan itu. Saya dah berhenti memberi pinjam pada orang. Bila meminjam, janjinya amat manis sekali. Bila dituntut, kita pula dijerkah, konon kita pulak yg nak meminjam. Hutang kwn2 dan sedara2 mara kat saya, kalau dikutip boleh dapat buat dua buah banglo lagi. Hutang perniagaan usah nak kata lah. Kerja mereka kita buat percuma je sudahnya. Bila dah lama sangat tak mereka bayar, saya niat sedekah aje. Semoga Allah pulangkan dengan memberi rezeki yang lebih lagi kepada kita.

    Tapi sekarang saya tengah amat tertekan. Pun fasal hutang. Kakitangan kerajaan buat kertas kerja lambat sangat. Tak larat nak naik turun KL dah, ligan depa. Projek dah siap lama (4 bulan lalu) tapi bayaran masih tertunggak dekat setengah juta. Dahlah projek tu projek rugi sebab kenaikan harga barang yang menggila tempoh hari. Saya hutang kat subcon dan pembekal pun seratus ribu lebih lagi. Sampai dah kena ugut dan hampir kena baling cat. Kalau tak beriman, rasa nak terjun Penang Bridge je. Nasib baik ini bulan Ramadhan yg penuh barakah dan iman ni masih kuat.

    Apapun, berhentilah memberi hutang kat orang. Majoritinya, kita kehilangan kawan dan saudara kerana wang. Dulu abang kandung saya tidak balik ke kampung jika saya ada di kampung sebab dia pinjam wang saya. Perkara ini berlarutan hingga 5 tahun. Saya tak pula perasan. Hinggalah anaknya bagitau, yang kalau saya ada, ayahnya takkan balik kampung. Terus saya telefon bagitau abang, nilai persaudaraan kita lebih bernilai dari wang ringgit. Lupakan saja hutang itu. Alhamdullilah, skrg dah ok.

    • mak datokk … Puan bagi pinjam kat orang dah sampai boleh buat 2 buah rumah banglo tu.

      Tu la lebih jangan bagi pinjam … nanti pening kepala.

      Kerana duit , adik beradik pun tak boleh percaya …

  12. duit..duit…duit
    waa zaman skang mmg amat2 pentingkan duit ni
    mcm cik Peipan kata, ‘no money no talks’
    betullah tu, perlukan sesuatu jaminan tuk terus hidup
    padaku,
    cukuplah skadar memadai dgn keperluan
    xmau miskin sgt, dan xmau terlalu kaya
    kalau kaya sgt pun hati xsenang xguna juga
    dan kalau miskin pula hingga menyusahkn org lain pun xleh
    bersederhana yg plg baik =)

  13. byk duit sebenarnye cik razif kita ni…kui3 😛

  14. takde duit, diri tersepit….
    sebagai manusia yg berakal, kena la bijak menguruskannya tapi ramai org lupa diri bila banyak duit….

  15. sebab hutang la aku dah tak kawan dengan sorang budak tu…

  16. Orang kata….. banyak duit banyaklah saudara mara mengaku. banyak hutang, saudara mara pun lari. Betul kot….

  17. Masa nak pinjam duit, lembut lidah daripada gigi…
    Dah dapat duit, cabut lari.
    Silap2 bila jumpa, dia pandang kita macam kita pulak yang berhutang dengan dia.
    Ragam manusia…

    • Pernah mencari penghutang, siap dia tak balik rumah dia lagi takut jumpa saya.

      Rupanya dia bukan sekadar penghutang tetapi penipu juga… abes member2 kena tipu.

  18. Hello, this is my first time i visit here. I found so many interesting in your blog mainly on this topic. Continue the good posting.

  19. Various fields of our life take a lot of efforts, so why must we expend life time for term research paper accomplishing? This would be smart to use a classification essay writing service to order the critical essay at, I think so.

  20. aku teringin nak join..aku ni jenis tak suka berhutang..tapi aku tersilap langkah percaya kat seseorg dan aku dh bt loan untuk mamat ni 30k..kad kredit aku die pakai samapi licin..kalu ikut die utg aku dlm 40k ada kot…skarang aku jadi penghutang di bank2..kete aku 2 bulan tak byr…kad kredit 4 bulan tak bayar..makan n isi minyak pun takda duit…tapi aku still tak sampai hati nk berhutang ngan member2..nk mtk duit kat family lagi malu…ape yang aku pelajari stelah aku susah sgt skrg ni jgn mudah percaya kat laki…kalu aku diisytihar muflis aku dh ready sbb tu suma salah aku…aku rasa mamat yg aku kenal tu nk gunakan aku aje..die mmg kaki utang…aku mmg tak boleh ckp ape sbb nasi dh jd bubur…hnya tuhan yg dapat memblsnya…so,jangan mudah percaya dengan kata2 org2 yg nk pinjam duit kite walaupun dh kenal lm walhal pakwe or makwe kite…kadang2 suami sendri pun tak leh pecaya…sbb member aku dh kena…knp ek ada org jahat mcm ni kat dunia ni..kadang2 aku terpk knp tuhan temukan aku ngan lelaki mcm ni…mungkin ada hikmahnya..

    • Ada orang jahat dalam dunia ini diciptakan Allah untuk membalas kembali perbuatan kita yang salah, silap dan mungkin juga jahat dahulu . . .

      Kita tak bayar zakat, Allah beri jalan kepada orang jahat untuk mencuri duit kita … atau dengan berbagai cara yang lain …

      Tadi aku baru dengar sorang kawan bocor cerita yang dia punya personal loan dalam 110k … terkejut aku dengar … yang lagi best duit pinjaman tu ‘ghaib’ entah ke mana …

      Sabarlah Cik … Betullah kata Cik ..ada hikmah disebalik apa yang terjadi … just let the time erase your problem slowly …InsyaAllah …

      Next time jangan mudah percaya dengan kawan2 terutama bab duit …

      and … pls be sincere and ask yourself about your relationship with your friend … it’s you and your friend are sincere to make a good relationship …

      Dont think twice to say babaiii to your friend if you can smell something fishy about him ..

  21. hutang….setakat nie nk kata kwn yg hutang duit kt aq, soma nya byar blik..xde g arg kes2 yg x byr nie///
    hehehhehe….syukurla dpt pghutang yg mcm nie, senang keja, x ye nk tagih kt diorang, diorang sendri ada sedar and ingt utang msing2.~~*

  22. berpada2 la kalau berhutang atau memberi hutang…
    mari kita renung2 bersama

    Sabda Baginda RASULULLAH SAW :
    Maksudnya: “Seorang muslim adalah saudara bagi muslim. Dia tidak boleh menganiaya saudaranya dan tidak boleh pula membiarkan saudaranya teraniaya oleh orang lain. Dan barangsiapa yang membantu (mencukupkan) keperluan atau hajat saudaranya, maka Allah Ta‘ala membantunya pula (mencukupkan) keperluan atau hajatnya. Dan barangsiapa yang melapangkan kesulitan seorang muslim, maka Allah Ta‘ala melapangkan kesulitannya kelak di Hari Kiamat. Dan barangsiapa yang menutup aurat (keburukan) orang muslim, maka Allah menutupi pula keburukannya kelak di Hari Kiamat.”
    (Hadis riwayat Bukhari)

  23. I guess there’s always a better way

  24. baru2 ni ada kawan ku nak pinjam dalam jumlah yang agak besar RM13,000 yang peliknya gaji dia bulan2 mmg habis joli…siap nak tapau kita sekali… dia siap arahkan aku lagi kuarkan simpanan aku atau gadaikan je emas2 yang aku simpan…. aku ni laki tapi mmg minat gak la emas….tapi lepas aku fikri 3-4 kali n selidik dia ni mmg kaki hutang habis kawan2 aku dia minta pinjam ada yang dia x bayar pun balik hutang dia… so aku wat keputusan x bagi dengan dia selamat duit ku… dia skrg kena kejar dgn along… simpati tapi itulah balasan klu suka berhutang…sekian cerita aku…

  25. Mcm mn nk pinjaman kn ku duit

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: