Jom Jalan-Jalan 4 : Perniagaan Lama

Gambar ini diambil di satu petang sekitar Lebuh Chulia, Pulau Pinang pada bulan lepas.  Sempat merakamkan beberapa perniagaan lama yang menjadi nadi kehidupan di ceruk kota Georgetown ini.

Memang banyak perniagaan dan perusahaan dilakukan sekitar sini daripada perniagaan barang-barang terpakai hinggalah ke jentera atau mesin industri.  Kadang-kadang tu terlintas juga di fikiran, ada lagi ke orang yang menggunakan benda seperti ini lagi.

Kawasan ini juga merupakan kawasan tumpuan pelancong ” Mat Saleh” yang melancong dengan bajet yang kecil.  Banyak bar-bar dan kafe internet di kawasan ini untuk kemudahan pelancong asing.  Sekali pandang dah macam dekat Phuket pulak.

Di satu lorong sempit di belakang sebuah bangunan syarikat penerbangan,  dikatakan sebagai perniagaan paling tua yang pernah wujud di muka bumi ini.  Inilah perniagaan lama, perniagaan memperdagangkan tubuh badan untuk ‘nikmat’ pada orang lain.

Ketika gambar wanita ini dirakamkan, wanita ini sempat menjerit dan ketawa kepadaku supaya aku rapat kepada dia.  Sambil membetulkan ‘tube’ yang dipakainya, wanita ini melambai-lambaikan tangannya ke arahku.

Masa inilah, shutter kamera yang ditekan tak boleh nak snap.  Detik yang ingin dirakamkan berlalu begitu sahaja.  Titik fokus pada ‘target’ sudah tak berapa kena.  Masakan mahu kena, tangan aku ni tiba-tiba menjadi gubra.  Hehe . .

Tak sangka pula nak berjumpa dengan keadaan seperti ini.

Bila mana aku masih lagi tidak tertarik dengan ajakan dia, apa lagi sehelai tube yang menutupi tubuhnya dilondehkan dan dilucutkan lalu menampakkan segala isi tubuhnya.

Lagi sekali kamera aku aku tak boleh nak snap, tangan aku buat hal lagiiiii !!! Haihhh …

Walaupun wanita ini tidak secantik mana, namun di ceruk hiruk pikuk kota ini, mereka inilah yang menjadi ” makanan” kepada pengayuh beca atau apek lanca, peminta sedekah kaki lima, ‘homeless’ , pelancong asing dan kepada mereka-mereka lain yang mempunyai bajet ‘ngam ngam’ saja disebalik nafsu besar mereka.

Namun disebalik hilai tawa wanita ini bersama rakan-rakannya, siapa tahu jauh di sudut hatinya sedang menangis.  Di bulan Ramadhan ini, kala Aidilfitri semakin menghampiri siapalah yang tidak teringatkan ibu dan ayah, adik, abang dan kakak.

Siapa yang tidak teringatkan kampung halaman? Dia yang bergelar seorang pelacur ini juga seorang manusia.

Seperti kita . . .

Relaxjom

Sunday – 4.29 pm

Advertisements

~ by razifembi on September 6, 2009.

26 Responses to “Jom Jalan-Jalan 4 : Perniagaan Lama”

  1. Fotonya lawa! Haih…gambar yang akhir sekali bisa buat pahala puasa berkurang. Bagusla, rajin promosi P.Pinang =). Mungkin nanti nak jalan-jalan sekitar kawasan ini.

  2. cantik2 foto tu. Kakpah bila ke penang rajin juga meronda-ronda melihat kedai2 lama dan menyoping di kedai baru.
    camanalah boleh terserempak dengan perempuan tu. ish.. kureng pahala puasa..

  3. Salam bro,

    Alahai…gambar last tu buat spoil la. Gambar-gambar atas dah cun. Ala-ala nostalgia gitu.

    Kureng pahala puasa penulis dan para pembaca hari ni. Hikss..

  4. penang mmg banyak barang2 lama. antara tmpt terawal yg di jajah lah katakan.

  5. salam singgah. salam kenal. nak berbual tak ada ruang borak. apapun,inilah kunjung balas.

  6. cantik gambar yang diambil…lawat

  7. Pada pendapat peribadi aku dan pergaulan dengan orang-orang lama, ‘perniagaan lama’ tu mungkin dah berjaya menghasilkan rumah serta kereta besar dan juga menghantar anak masing-masing ke luar negeri. Nampak je macam tak maju, otai tuu…

  8. Selamat bersyahurrrr… Jangan makan lebih-lebih ekk

  9. Dengar, dengar, patuh, patuh, jangan makan sampai jatuh.. 😀

  10. di sebalik kesenangan orang lain adakala ianya dari titisan airmata orang lain

  11. kt kg saya dulu pun, byk kedai2 oldskool. tp bila owner kedai dh tk ade, anaknya yg ganti, abis ilang smua ciri-ciri oldskool tu.
    mujur gmba last tu, tgn abg buat hal. klau tk, jenuhla nk bjawab dgn bini.
    huhuu

  12. cantik kedai lama – lama tu.. masih ada lagi di pulau pinang. penuh nostalgia

  13. bukan senang nak dapat gambar yg last tu.kita taktau apa yg tersimpan dlm lubuk hatinya,nampak dia tersenyum lebar, tak pasti adakah itu senyum pura2 semata2 utk menarik perhatian pelanggan.Hebat bro foto2 tu.

  14. Bro, satu je wa boleh ckp. Blog lu memang best. Actuly aku pun suka gak memerhatikan gelagat orang, tempat org dan sebagainya. Dan sebab tu la, aku boleh je balik dari KL ke kedah ikut jalan lama. N aku akan singgah mana2 town or gerai.(bertolak kul 7 pagi sampai Aloq Staq kul 7 8 mlm.) Semata2 nak tgk suasana dan tempat org. N yg pasti mesti singgah makan char koew tew kat Bukit Mertajam Penang. 😀

  15. saje je tu xnk snap…kedekut a~~ kui3 😀

  16. Tak dak rezeki En. Jambu …

  17. How 2 loan money

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: