Dia Yang Tidak Pernah Ku Temui

Ishak : Dia penting bagiku.  Kami tidak pernah bertemu muka sungguhpun aku berjalan-jalan dan tidur dengannya selama lapan bulan.

Kua : ( Hairan ) Jadi dia ini orang haluskah?  Tuan hamba berjalan dengan dia, tapi tak pernah bertemu dengannya.

Aku sekadar memetik dialog di antara Ishak dan Kua di dalam buku Pendekar Kundur.  Inilah kisah tentang permata hati kami yang sedang menunggu detik untuk lahir ke dunia ini.  Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan kami.  InsyaAllah.

Segalanya bermula pada 14 Februari yang lalu, aku tak mampu berkata-kata, tanpa reaksi, tanpa jeritan kegembiraan tapi aku tahu ketika itu akulah merupakan antara insan-insan yang paling gembira bila isteriku memberitahu pusingan haidnya sudah beberapa hari lewat.

Malam itu aku tidur dengan hati yang paling tenang . . . sekurang-kurangnya dengan senyuman tak terluah.

Esoknya dengan dengan satu alat ujian pregnancy yang dibeli di farmasi dan dua kali ujian di klinik.  Sah ! Isteri aku mengandung . . . Anak sulung.   Balik rumah buat sembahyang sunat syukur …

Orang kata mengandung ni macam boleh berjangkit . . . Tak lama selepas tu, tiga orang rakan ku memberi khabar yang sama.  Due date pun dekat-dekat juga.  Bulan lepas, seorang teman yang sudah lama berkahwin tetapi tidak dikurniakan cahaya mata pun dikurniakan khabar gembira.  Alhamdulillah !

Gambar Kepala Bayi : Doktor mengambil ukuran kepala bayi.  Doktor akan melihat jantung, buah pinggang dan kedudukan bayi serta plasentanya dan mengambil bacaan kepala dan peha untuk melihat perkembangan bayi.  Selain daripada itu berat bayi juga boleh dianggar.

Inilah wajah scan bakal cahaya mata kami, InsyaAllah.  Inilah ‘dia’ yang selalu berjalan dengan aku, tidur bersamaku, dan mendengar aku bercakap.

Hah … ni nampak ni … inilah ‘burung’ dia . . . ” tunjuk doktor gambar scan jantina bayi kami nanti.  InsyaAllah … will be a babyboy!  Jenuh la nanti aku nak ligan dia lari . . . hehehe!!

Namanya?  Semalam dah bermesyuarat dengan wife, tapi belum finalized kan lagi.  Ingat-ingat nak letak nama salah seorang cucunda Nabi S.A.W, Muhamad Hasan atau Ahmad Hasan.  Aku merasakan nama ini sesuai dan terbaik untuk cahaya mata kami nanti.

Aku berharap ‘dia’ kelak lahir ke dunia kelak menjadi insan yang ‘humble’, merendah diri dan tidak menyombong diri.  Namun namanya akan ditetapkan kemudian bersama wife nanti.

Hampir dua, tiga hari tidak menulis, isteriku kurang sihat.  Aku pun susah hati juga . . . Dugaan yang datang semoga aku tabah dan ditunjukkan jalan keluar serta diberikan rahmat-Nya kepada kami.

Ibunya bakal bergelar mama.  Aku ?? bapak … ke … ayah ?? ishkk …

*  Kepada teman-teman yang sudi kiranya mendoakan agar isteriku sembuh segera.  Semoga Allah membalas perbuatan baik kamu.  Amin !

Advertisements

~ by razifembi on September 8, 2009.

41 Responses to “Dia Yang Tidak Pernah Ku Temui”

  1. semoga ibu dan baby…berada dlm keadaan yg sihat sejahtera…

    amin.

    sy suka baca perihal ibu yg mengandung dan gambar scan macam ni, happy rasa hati….sendiri, belum ada rezeki lagi…

  2. Salam.
    Whoaaa. Selamat menjadi Ayah!
    14 15 tahun nnt dpt la wishes ke gift ke.. father’s day.. hehe..

    Semoga ibu dan bakal anak sihat2 selalu. Amin

  3. Bang… Tahniah!! Tahniah!!

    14 Februari hari berkasih sayang tuh.. hehe..

    Semoga Isteri abang berada dalam keadaan sihat sejahtera dan keluarga abang sentiasa dalam rahmat Tuhan..

    Aminn

  4. Tahniah bang! Awat tak bubuh Muhamad Hadi ka..hehehe

    http://bloggerspenang.blogspot.com/2009/09/majlis-berbuka-puasa-bloggers-penang.html

  5. Tahnia Razif dan isteri…..mesti tak sabaq nk tunggu baby lahir kan? nanti jaga baby n isteri elok2, jgn sia2kan mereka….itulah syurga Razif…

    akak? sedih dan pilu tak terkata……

  6. Salam bro,

    Tahniah! Wahhh.. sukanya dengar berita best. Semoga zaujahmu akan sembuh seperti sediakala. Moga semuanya berjalan dgn lancar nanti. Jangan risau sgt ya. Moga ALLAH permudahkan semuannya nanti…Amin.

    Semoga mendapat anak yg soleh dan taat kepada kedua ibubapanya..Amin.. 🙂

  7. hadiah yang tidak ternilai bagi sepasang suami isteri. Anak kakpah mendapat khabar gembira seperti ini setelah enam tahun berkahwin. Kami menatang bayi yang sudah berumur empat bulan itu seperti menatang minyak yang penuh.
    Tahniah. Jadilah bapa yang baik kepada anak yang soleh. Kpah doakan ibu sehat dan senang melahirkan. Jangan lupa gambarnya nanti…

  8. tahniah..selamat semuanya..semoga cahaya mata akan memberikan sejuta kebahagian buat awak dan isteri. Dah bersedia ker jadi ayah mithali? hehe

  9. Salam kunjungan pertama…

    Tahniah untuk anda dan isteri. Semoga ‘dia’ akan menjadi anak yang soleh suatu hari nanti…

    Sayu saya tengok gambar scan tu…Keajaiban Tuhan yang tak pernah terjangkau dek fikiran…

  10. aku pulak tgh tunggu yang no 2..(anak la)..

  11. Salam
    Semoga diberkati sentiasa

  12. aku doakan wife hang sihat seperti biasa…
    aku paham sgt dgn perasaan hang masa ni…
    how I wish aku pon ada perasaan mcm hang ni…
    semoga Allah memelihara hang & wife..
    kalo free baca laa entri lama aku ni..
    http://akupunyalife.blogspot.com/2008/06/happy-fathers-day.html

  13. semoga anda berdua beroleh keberkatan dan kebahagian terutamanya di bulan ramadan ini.

  14. wagh!!! beshnye!!!

    tingin nak timang baby..
    haizzz…(tpi lambat lg…)

    ape2 pun bro…

    tahniah… smoga org umah n anak bro sihat2…

    beshnye….

  15. 😀 Agak dah mesti ada hal blog sunyi je. Selamat bergelar seorang ayah,papa,walid,abah, atau yang sewaktu dengannya. Tanggung jawab baru bakal menanti. Semoga isterinya sihat.

  16. fuhh~ tahniah a bro. makin berat tanggungjawab nti…;)

  17. saya doakan mereka selamat.:)
    tahniah ye

  18. semoga semua berjalan dengan lancar…baby dan ibu harap2 sihat selalu…

  19. congrats bang, bakal menjadi ayah.
    ayah, bapak, papa, baba??
    em, abg sndri yg dcide.

    saya doakan mereka sentiasa sehat walafiat.
    dan smua perkara berjalan dengan lancar.

  20. alhamdulillah..
    all the best bro!

  21. apsal aku tak nmpk ek??
    cm blur2 je mate aku…

    ape2pun congrats jip…!

  22. congrats bro!!
    Wah u dah ups lagi satu level^^

  23. Alhamdulillah.. perkara ini memang sangat dinanti2kan bagi mereka yang dah berkeluarga.. saya tumpang gembira juga.. tahniah incek razif dan isteri.. semoga smuanya sentiasa dalam keadaan baik.. inshaAllah.. (^__^).. bile ‘dia’ nak jumpe mama n papa dia?

  24. wau… bestnye…. alhamdulillah..
    tahniah Tuan!!
    moga bertambah-tambahnya rezki buat tuan sekeluarga

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: