Ibarat Hakikat Bumi Dan Bulan

Bila tiba di pertengahan bulan kalendar Islam, si cantik manis akan menyinarkan cahayanya ke pelusuk daerah.  Si cantik manis inilah yang dipanggil sebagai Qamariah.  Seolah-olah nama seorang wanita hendaknya.

Memang mengasyikkan ketika Si Qamariah ini mengembang penuh, terang benderang kawasan jalan kampung dan rumah kita seolah-olah ada cahaya lampu besar  yang bersinar-sinar.

Bagi yang bercinta pastilah kecantikan dan keindahan Qamariah ini akan menjadi perbandingan kecantikan si gadis yang dipuja dan digilai oleh pasangannya.  Selalu diungkap di dalam lagu seperti ” Engkau laksana bulan” nyanyian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Bukan setakat sastera Melayu yang mendambakan keindahan Qamariah ini tapi sastera Inggeris juga dilihat turut mengagung-agungkan Qamariah.

Memang mengasyikkan . . . patutlah engkau dipuja !

Tapi setelah manusia berjaya ke angkasa lepas pada tahun 60-an.  Tambah-tambah apabila manusia telah menjejakkan kaki ke bulan.  Banyak gambar-gambar bumi dari angkasa telah diambil.

Wajah bumi disinari suria pagi seolah-olah sebentuk cincin berlian yang memantulkan kilauan gemilaunya yang amat memukau mata ketika itu.

Inilah gambar bumi yang diambil dari bulan yang tandus, bulan yang menjadi pujaan jutaan insan yang memuji ‘kecantikannya’ tanpa mengetahui hakikatnya yang sebenar dahulu.

Begitulah juga dengan hakikat perbandingan bumi dan bulan ini dengan  kehidupan kita yang selalu tersalah menilai akan sesuatu perkara.

Barang kali apa yang nampak baik belum tentu lagi baik dan

barang kali juga apa yang kelihatan buruk belum tentu lagi buruk.

Dan barang kali juga kita selalu melihat tapi tak selalu memerhati dan mahu berfikir . . .

Beginilah hakikat perbezaan di antara bumi dan bulan dari sudut yang lain pula.  Bumi dengan cahaya kebiru-biruannya dan bulan dengan wajah yang kusam ditambah dengan lubang-lubang kawah.

Nyata apabila kita berdiri dan melihat bulan, kita merasakan betapa begitu  indahnya bulan tanpa bersyukur dan menghargai di mana kita berpijak.

Apabila kita berada jauh di angkasa raya, dengan bantuan sut angkasawan dan bantuan oksigen yang terhad, ketika itulah baru kita sedar bahawa bumi yang selalu kita pijak ini lebih indah daripada bulan.

Ramadhan sudah melewati hari ke 20, semoga kita ketemu dengan satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Advertisements

~ by razifembi on September 10, 2009.

13 Responses to “Ibarat Hakikat Bumi Dan Bulan”

  1. benarkah manusia dah pijak bulan? ada yang mempertikaikan

  2. Selamat meraikan malam penuh berkat, semoga kita bertemu dengannya – Lailatul Qadar

  3. kita akan dapat tgk anak bulan syawal tak lama lagi, rasa baru semalam dgr peristiharan anak bulan ramadan.

  4. Salam bro,

    Mudah-mudahan kita memanfaatkan sepenuhnya 10 malam terakhir bulan Ramadhan ini, Amin.. 🙂

    p/s: Sudah jumpa cerita sebenar? Kalau tak jumpa, kena korek lagi historynya.. 🙂

  5. Salam bro,

    First time singgah di rumah baru ini. Semuga kita semua dapat bejumpa degan malam yang lebih baik dari seribu bulan.

  6. salam perkenalan

  7. Did we really land on the moon?? ada yg cakap… conspiracy theory.. mcm yg FOX siarkan tu.. ntah la…

    • Ada juga orang Elvis Presley, Adolf Hitler masih hidup,

      Lepas ni mungkin ada orang kata MJ masih hidup.

      Saya pun kurang pasti sama ada land on the moon tu benar atau tipu. Tapi segala persoalan tentangnya pernah dijawab dalam Mythbuster.

      Terbukti semua persoalan itu logik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: