Jom Movie : Slumdog Millionaire

Satu lagi filem hebat yang ingin dikongsi.  Sekian lama terperap di susunan paling bawah DVD, akhirnya terbuka hati untuk menonton cerita ini.  Nyata tidak menghampakan!

Inilah cerita tentang tiga sekawan, Jamal Malik, Salim dan Latika yang menempuh kehidupan yang sukar dari zaman kanak-kanak hingga dewasa.

Aku tak boleh lupa pada satu babak dalam filem ini.

Babak di mana dan bagaimana Jamal Malik melompat ke bawah, ke dalam dasar lubang najis semata-mata untuk mendapatkan tandatangan pelakon Amitabh Bachchan memang membuatkan aku geleng kepala dan ketawa besar.

Jamal Malik di dalam sebuah jamban orang ramai di pinggir kota sebelum ketibaan Amitabh Bachchan

Bagi aku inilah sebuah filem yang betul-betul dan ikhlas memaparkan kehidupan rakyat India.  Tidak rugi rasanya jika menonton filem yang hebat ini.  Banyak kejujuran dalam kehidupan dipaparkan.

Sebenarnya filem ini mengisahkan pencarian Jamal untuk mencari buah hatinya Latika dengan memasuki rancangan Who Wants To Be A Millionaire agar Latika tahu di mana dia berada.

Kisah seorang budak pengangkat air yang tidak pernah bersekolah, Jamal bukanlah seorang yang bijak apabila dia mendapat menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh Anil Kapoor (Pengacara WWTBAM).

Sebenarnya Jamal telah dididik oleh guru yang terbaik bernama “Pengalaman” dan telah belajar di sekolah terbaik,  iaitu “Sekolah Kehidupan”.  Guru dan sekolah terbaik itulah yang membawanya memenangi rancangan WWTBAM.

Filem ini dimulakan dengan satu persoalan untuk para penonton.

Jamal Malik tinggal selangkah lagi meraih 20 juta rupee. Bagaimana ia melakukannya?

A. Dia curang B. Dia beruntung C. Dia seorang yang bijak D. Itu takdirnya.

Diadaptasikan daripada sebuah novel Q & A oleh seorang diplomat/novelis, Vikas Swarup seorang diplomat India ke Afrika Selatan dan diarahkan oleh Danny Boyle.  Filem yang menggondol lapan daripada sepuluh anugerah Academy Award 2009.

Saksikan bagaimana kisah Jamal dapat menjawab setiap soalan sebelum ke soalan terakhir.

Advertisements

~ by razifembi on September 12, 2009.

17 Responses to “Jom Movie : Slumdog Millionaire”

  1. Salam bro,

    Yup, a very nice story..

  2. salam..
    baru tgk ke…?
    mmg best citer ni..
    pengalaman hidup menjadikan dia seorg yg luar biasa…

  3. ade menari nari sambil tuar tukar baju tak?

  4. erm…
    aku pun dh tgk dah…
    lame dah…

    tapi unsur ke-hindustan-an dia mmg tak hilang…

    menari2, nyanyi2 mmg takleh hilang…
    haha

    but, cerite yg bagus..
    sgt India…

  5. err.. takde masa plak nak tengok.

  6. saya dah menontonnya, memang menarik ceritanya. Mungkin memberi gambaran sebenar India terutama ketika kisah Jamal ketika kecil.

  7. wah.. layan muvie jer ko sekarang ni yek razif.. aku tak tgk lagi.. tp rata-rata org kata best.. buat aku teruja nak menontonnyer.. hehee lama tak tgk citer hindustan sejak byk sgt babak lucah sampai naik muak.. tgk review ko cam clean jer citer ni.. orait la nnt layannnn

  8. citer nie memamng best. Memaparkan cara hidup dan taraf hidup masyarakat bawahan. Dalam citer ni juga memaparkan masyarakat Islam ditindas oleh penganut fanatik hindu. 😀

  9. Cter tentang kehidupan.. Sangat realistik dan jujur..

  10. lambat la lu bro…org dah setahun lebih dah~~ 😛

  11. I love this movie. Kengkadang kita tak perasan pun sesuatu yang kita lalui dalam hidup akan membantu kita pada masa akan datang. Tapi masa part dia terjun dari lubang tandas tu…uwek! Adegan yang tak sanggup akak tengok….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: