Jom Buku : 13 Mei Sebelum Dan Selepas

Aku baru sahaja selesai membaca sebuah buku 13 Mei Sebelum Dan Selepas yang dikarang oleh Tengku Abdul Rahman ( TAR ), Perdana Menteri kita yang pertama.

Walaupun bulan Mei sudah pun berlalu dan aku tidak sempat di dalamnya memperkatakan satu kisah hitam yang melanda negara pada 13 Mei 1969.  Satu tarikh kepada episod  hitam yang sentiasa segar dalam ingatan kita.  Kisah hitam yang ‘hijau’ atau ‘evergreen’.

Inilah buku yang menyatakan pandangan beliau terhadap apa yang berlaku.  Buku yang menyatakan perasaan kecewanya atas apa yang berlaku.

Kekecewaannya pada gerakan komunis, parti pembangkang GERAKAN, DAP dan PAS serta tidak kurangnya pada golongan ‘pelampau‘ atau ‘ultra‘ dalam UMNO sendiri khususnya kepada Dr. Mahathir ketika itu.

Pada bulan April 1969, seorang petugas pilihanraya UMNO, En. Kassim Bin Omar telah dibunuh kejam oleh pemuda-pemuda Parti Buruh.  Mayatnya kemudian diconteng dengan cat merah dan ditulis ” Jangan Mengundi Dalam Pihanraya “.  Hal ini menunjukkan pengaruh komunis dan sikap mengagung-agungkan Mao Tze Tung.

Namun disebabkan takutkan tindak balas orang Melayu, gangguan PRU dan rusuhan kaum berlaku, berita pembunuhan yang kejam ini telah ditutup selepas pihak kerajaan telah meminta pihak keluarga dan pemimpin Melayu kita bersabar.

Rupanya, bukan sekarang sahaja orang Melayu terpaksa bersabar atas tindakan orang lain, tetapi sejak dari dahulu lagi.

Itulah jasa dan pengorbanan orang-orang lama terhadap negara.  Berkorban hingga terkorban.

Pada 4 Mei 1969, ketika tiga orang mata-mata telah melakukan rondaan di Kepong, pinggir bandar Kuala Lumpur mereka mendapati terdapat sekumpulan pemuda Cina yang menconteng jalan dengan cat-cat merah.

Kumpulan mata-mata tersebut telah dicabar dan dibaling dengan kayu api, ketul-ketul besi dan besi-besi tajam kemudian pemuda Cina tersebut melarikan ke sebuah pasar lama.

Rupa-rupanya kumpulan pemuda tersebut telah bersedia dengan segala kemungkinan.  Satu pergaduhan telah berlaku, ekoran daripada itu satu tembakan telah dilepaskan oleh seorang mata-mata untuk mempertahankan dirinya.

Akibatnya seorang pemuda Cina yang berumur 24 tahun bernama Lim Soo Seng telah cedera dan dikejarkan ke hospital,  namun kemudiannya mati selepas itu.

Lebih memburukkan ialah apabila mereka yang ingin mengambil kesempatan telah mendesak polis agak satu perarakkan mayat diadakan pada 10 Mei 1969, iaitu pada tarikh hari pengundian.  Namun mereka hanya dibenarkan berarak pada hari 9 Mei 1969, mengikut jalan yang telah ditetapkan  dengan seramai 1000 orang sahaja.

Akibat dari campur tangan anasir-anasir jahat daripada komunis dan Parti Buruh, perarakkan itu telah melibatkan seramai lebih kurang 10 000 orang.  Mengikut pegawai-pegawai polis yang hadir, keranda mayat telah diisikan dengan senjata dan mayat lelaki tersebut telah diletakkan diluar.

Sambil berarak mereka telah menghina kerajaan, orang melayu dan memuji Mao Tze Tung.

Inilah detik-detik yang dapat aku ringkaskan sebelum negara dibakar.

TAR telah mendapat dugaan yang hebat, bukan senang hendak menjadi pemimpin seperti kata Tengku memang mudah menabur janji yang kosong daripada menunaikannya.  Kisah TAR difitnah bahawa Tengku bukan Islam sebaliknya Siam banyak melukakan hati Tengku.

Bahkan atas jasa beliaulah lahirnya Tilawah Antarabangsa, Masjid Negara, Persidangan Islam Antarabangsa yang pertama kalinya menyatukan negara Islam di seluruh dunia.

Kisah yang menjadi duri dalam daging iaitu kisah surat terbuka Dr Mahathir kepada Tengku juga banyak menghiris kalbu Tengku.  Di dalam surat yang ditulis oleh Dr. Mahathir ada juga benarnya, namun akibat daripada perbuatannya itu, Dr. Mahathir telah dipecat daripada UMNO.

Dan ketika aku membaca buku ini juga aku mendapati bahawa ada tindakan yang dibuat oleh TAR betul dan ada yang dirasakan kurang tepat.  Pada pandangan aku begitulah menjadi pemimpin, setiap tindakan akan wujud serba tidak kena pada pandangan orang lain.  Sukarnya menjadi pemimpin.

Aku juga mendapati apa yang diperkatakan oleh Dr Mahathir kepada Tengku ahirnya juga terkena balik kepada batang hidungnya sendiri ketika di era pemerintahan Dr. Mahathir sendiri.

* Di akhir kemuncak peristiwa 13 Mei berdasarkan statistik diberikan Tengku di dalam buku ini selepas tiga bulan dua hari  dari tarikh 13 Mei ialah 184 orang telah terbunuh, 356 orang luka, 753 kejadian membakar bangunan dan 211 kenderaan dibakar.

Artikel Esok : Falsafah Hidup Tengku Abdul Rahman

Advertisements

~ by razifembi on September 13, 2009.

28 Responses to “Jom Buku : 13 Mei Sebelum Dan Selepas”

  1. menanti artikel esok…

  2. ya, memang ada dalam koleksi bro..koleksi ‘rare’ lagi tu..yang pakai bahasa lama..

  3. duh.. koleksi ‘rare’….. nak baca gak….. kena cari nih… Menarik.. involving My Idol, Ayahanda Tun Dr M..

  4. Buku2 yang mcm ni yg patut kita baca..

  5. Wah…nak pinjam!!! Bolehlah.. syok ni buku ni. Dapat mana? Kat tingkat atas Chowrasta ke?

  6. hidup umpama roda… manusia tidak sempurna

  7. tak semua kehendak orang kita boleh penuhi….
    beratnya tanggungjawab seorang pemimpin…

  8. 13 Mei, banyak versi yang saya baca. Kalau ditulis oleh pembangkang, ini semua kerja ‘tangan-tangan kotor’ Mahathir dan beberapa orang Melayu yang sudah bersedia membawa peralatan semasa perhimpunan di rumah seorang pemimpin Melayu.

    Jika baca buku Tengku, ini versinya. Mana satu yang betul, saya sendiri tidak pasti. Namun, dalam analisis saya dahulu berkaitan hal ini, memang tiada ‘rusuhan kaum’ pada asalnya namun, dipercikkan oleh beberapa pemimpin yang mahu menendang Tengku. Orangnya? Tidak lain tidak bukan..orang yang kita ‘sayangi’ itu. Bekas PM kita sebelum Pak Lah.

    • Susah juga jika menafsirkan andai mengatakan tiada rusuhan kaum kerana, kerana ketika ada puak2 pro komunis dan tidak mahu mengakui pemerintahan Melayu.

      Mereka inilah yg sering mencetuskan perseteruan dan rasa tida puas dua2 pihak.

      • Itulah yang susahnya. Lagi memeningkan fakta pihak British yang ketika itu walaupun tidak lagi menjadi ‘pentadbir sah’ juga mempunyai laporan yang berlainan. Kalau rajin, cari pula versi tulisan seorang Cina tentang 13 Mei. Banyak perbezaan yang ketara. Dulu buat research fokus untuk hubungan etnik, dalam kes 13 Mei ni masih ada sisi gelap yang disorokkan.

  9. mcm tu laa hidup…
    ada kalanya kita terlalu nk jaga hati org lain…
    sampaikan hati sendiri terguris pon..
    tk ada sapa nk amik tahu….

    kalo nk tahu lagi pasal citer ni…
    CM syor pada Bro supaya dpt jumpa dgn Dr. Sivamurugan Pandian…
    Penganalisis Politik dari USM…dia boleh crita dgn rasional…
    lagipon kalo tk silap tajuk Masters or PhD dia 13 May itself…
    dia akan ulas dari perspektif yg lebih luas dalam bntuk akademik

  10. kisah 13 mei ni memang meninggalkan kesan buat negara kita. Timbul sifat perkauman yg akan menjejaskan keharmonian kegara, memang tidak mudah menjadi pemimpim kan…apapun thanks for info pasal 13 mei ni…bagus sangat.

  11. teringin juga nak baca buku ni tp takde dlm simpanan..di mana boleh dibeli.. kalau boleh nak beli semua versi nak buat perbandingan.sbb adakalanya penulisan sejarah ni banyak penyelewengan fakta.. semasa kejadian ni cikgu baru daftar masuk asrama di Kolej Islam PJ skrg jd UIA.. 2 minggu rasanya perintah berkurung, jd kuruslah sekejap sbb mkn sepiring nasi dgn sedikt saja ikan bilis goreng.. sbb stok mknn takde.

  12. ayah selalu cerita keperitan hidup masa 13mei.

  13. 13 Mei ni yg mewujudkan kelompok melayu bersatu di bawah naunagn satu pertubuhan yg awalnya dikenali sebagai 3 line. Namun oleh kerana tamak kuasa dan sebagainya, kumpulan ini sudah tidak boleh diharap untuk melindungi anak bangsa sendiri.

  14. menarik.
    buku tu ada tak menyiarkan surat Dr. Mahathir tu? harap Tuan dapat terbitkan di sini..

  15. kebetulan tgh baca novel Joss & Gold, Shirley Lim. time setting dia masa 1969, banyak cite ttng ideologi ideologi org melayu + cina. apa sbnrnya yg diorang nak masa ni. masing masing fikirkan kaum sendiri, xde pun yg fikirkan ttng MALAYSIA. sbb tu la jadi 13 mei ni.

  16. xhabis baca lg, tp after raya ni kena present pasal buku 2. ada 3part, baru baca 2nd part. 1st part yg ttg 1969. masa ni org melayu mmg tanak org cina. malaysia utk malay je. klu mcm tu xkn org cina nak balik china? dorg sendiri tatau nk pergi mana. + interesting part,ada unsur unsur 1Malaysia dlm diri protagonist, a Chinese. she said she is not chinese, but a Malaysian. tp for Malays masa tu, there is a chinese, indian, and malay. not Malaysians.

    maaf la. xpandai sgt nk kasi review.

    • Memang susah kiranya buat masa yg singkat untuk menerima mereka sebagai warganegara juga.

      Walaupun 10 orang mereka berkata saya ialah Malaysian, mungkin ada juga lagi 10, atau 100 yang berkata kami mahukan pemerintahan kami sendiri.

  17. ya!! menarik baca kisah sejarah 13 Mei ni. saya pun baru selesai membaca buku yang setebal 195 muka surat tu. Dapat juga maklumat tambahan tambahan berkaitan dengan peristiwa hitam ni. saya pun bercadang untuk membaca versi lain pula

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: