Falsafah Hidup Tengku Abdul Rahman

Ini bukan kisahlah anak-anak Ismet Ulam Raja, seorang hartawan di Isketambola yang meninggalkan banyak harta untuk anak-anaknya yang akhirnya telah berlaku perebutan harta yang amat dahsyat sehingga tak terbayang dek akal akan strategi yang akan digunakan.

Tuan-puan, gambar jejaka di atas sana bukanlah saudara Abdul Wahab, tidak juga saudara Abdul Wahib bahkan bukan juga saudara Abdul Wahub.  Tentulah beliau ialah bekas Perdana Menteri kita, Tengku Abdul Rahman Al-Haj.  Maafkan aku, bukan niat untuk mempersendakan Tengku.  Siapalah aku ini . . .

Menyambung kembali sedikit kisah semalam, tidak lengkap rasanya jika tidak menceritakan tentang falsafah hidup TAR seperti mana yang telah dinyatakan oleh beliau.

FALSAFAH HIDUP

Bagaimana pandangan anda tentang falsafah hidup Tengku Abdul Rahman seperti yang dinyatakan diatas ?  Adakah dengan menyatakan hak kebebasan seseorang manusia, kita dibolehkan untuk melakukan sesuatu yang dilarang oleh agama.

Terkejut juga ketika membaca topik dibahagian ini.  Hendak menyalahkan pemikiran sebegini pun serba salah juga kerana mungkin di ketika zaman Tengku Abdul Rahman kesedaran tentang agama amat kurang.  Lihatlah buktinya di dalam filem hitam putih Melayu lama-lama dahulu.

Antara benar atau tidak, arwah bapak pernah berkata bahawa ketika rusuhan 13 Mei meletus, Tengku ketika itu sedang bermain mahjong di satu tempat, kalau tak silap saya di Pulau Ketam.  Arwah bapak juga pernah menceritakan bahawa Tengku pernah menggelar Dr. Mahathir sebagai Firaun.  Begitu hebat sekali persengketaan anak-anak Kedah ini.

Di zaman ini, aku percaya akan ada ramai yang mempertahankan hak kebebasan Tengku bermain pertaruhan kuda atau dengan kata lain “judi lumba kuda”.  Mungkin ada yang kata bahawa di dalam Al Quran tidak ada disebutkan pertaruhan lumba kuda lalu ‘judi’ ini dibolehkan.

Aku mungkin insan yang mungkin kamu katakan labelkan sebagai jumud, konservatif, ortodoks, ketinggalan zaman.  Tetapi itulah aku . . .

Ohh! sebelum aku terlupa, kisah Tiga Abdul di atas bukan saja-saja aku letakkan, malah tiada niat aku lansung untuk mempersendakan Tengku Abdul Rahman.  Dialah Bapak Kemerdekaan kita.  Al-Fatihah buat Tengku.

Hanyalah sekadar perbandingan iaitu harta Ismet Ulam Raja itu seperti  Malaysia yang kaya raya dan Abdul Wahib, Abdul Wahab, Abdul Wahub itu seperti kaum-kaum yang terdapat di Malaysia, yang bersengketa pada satu ketika dahulu hingga kini untuk mengaut kekayaan yang terdapat di dalamnya.

Advertisements

~ by razifembi on September 14, 2009.

2 Responses to “Falsafah Hidup Tengku Abdul Rahman”

  1. Yg baik kita jadikan teladan, yg buruk kita jadikan sempadan. Tiada manusia yg sempurna. Kita yg tahu kena bgtau kepada yg tidak tahu. Ilmu yg baiklah. Sekarang, kita beruntung kerana ilmu amat mudah diperolehi. Kita juga mudah dpt ilmu agama. Antara hendak dan tak hendak sahaja.

    Semoga Allah mengampuni dosa kita semua, baik yg masih hidup, baik yg dah mati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: