Kewartawanan : Perjuangan Yang Belum Selesai

Pernah ketika aku menulis satu artikel bertajuk Perkuburan Di Menara UMNO Pulau Pinang di blog lama relaxjom, aku telah disembur oleh seorang teman, Sharil A. Kadir, bekas wartawan jenayah Utusan Malaysia dahulu, apabila aku menyatakan pandangan seorang teman  aku bahawa nanti dia tidak akan membenarkan  anaknya nanti berkerja sebagai wartawan.

Dari segenap penjuru aku ditembak, marah benar nampaknya dengan kenyataan tersebut.  Walaupun aku tidak berlari, tapi cungap aku membaca komentar yang diberikan.  Mujur sahaja aku tidak berubah kaler hijau sahaja lagi . . . ha ha

Tapi inilah komentar yang aku sentiasa inginkan dan aku rasakan ikhlas yang hadir dari pembaca blog relaxjom.  Jarang-jarang, kadang-kadang . . . aku menerima komentar sebegini yang menghentam dengan ‘point’ berbisa.  Pedih memang pedih tapi aku terima dan berasa puas.

Hari ini isu ini timbul lagi apabila puak-puak wartawan diperlecehkan lagi.

Wartawan ini sebenarnya perosak masyarakat, ramai wartawan menipu dalam penulisan”, kenyataan oleh Timbalan Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu kepada seorang wartawan Berita Harian.

Aku menyedari, kamu menyedari dan jutaan rakyat menyedari bahawa kesahihan berita yang dibawa di dada-dada akhbar mahu pun di tv sekarang adakalanya berat sebelah, palsu dan lebih memualkan bila sesuatu berita atau kenyataan diputar belitkan atau disiarkan sekerat.

Seperti dalam satu lirik kumpulan Spider, Ayat mu ayat sekerat. Ayat mu tak cukup sifat. Ayat mu boleh buat orang sesat.

Dia Topik Panas

Tambah-tambah dalam bicara politik sekarang, berbagai-bagai perbezaan laporan.  Entah yang mana satu yang betul.  Sungguh malang atau bertuahkah kita dihidangkan laporan berita yang sebegini?

Petikan dari Thoreau, ” Bertuahlah mereka yang tidak membaca surat khabar, kerana mereka akan dapat melihat keadaan alam yang sebenar dan dengan itu dapatlah mereka mengenal Tuhan ”.

Lihatlah berapa banyak permohonan maaf dan kes saman jutaan ringgit akibat berita-berita yang disalah lapor secara sengaja atau tidak.  Baru-baru ini seorang akhbar Utusan telah diarahkan membayar RM150 000 kepada seorang ahli politik pembangkang.  Beberapa bulan yang lepas juga dua orang ahli politik yang telah melakukan fitnah di surat khabar telah memohon maaf daripada satu pihak yang lain.

Baru-baru ini Prof. Engku Aziz telah menggunakan istilah tulisan menggantikan mata pena bagi memberitahu bahawa tulisan itu lebih tajam daripada tajamnya mata pedang.

Pernah Menjadi Hot Topik Juga

Melalui penulisan, kebenaran dapat ditegakkan, mendamaikan pihak yang bertelagah dan melalui penulisan jugalah dapat membuatkan air mata menitis jatuh berjurai hatta dari seorang lelaki yang gagah sekalipun.

Melalui penulisan juga kebenaran dapat dipesongkan dan disembunyikan, boleh menjadi ” bom hidrogen” seperti kata Samy Vellu dan melalui penulisan jugalah dapat membuatkan air darah terpercik daripada insan yang lemah.

Ingat lagi tuan akan lelaki bernama Muntadar, seorang wartawan yang membaling kasutnya ke arah George Bush.  Walaupun bukan dengan penulisan, dengan kasut buruknya pun boleh menjatuhkan imej Presiden Amerika.

Hari ini atau esok beliau akan dibebaskan selepas hukuman penjara terhadapnya dikurangkan kepada setahun daripada tiga tahun setelah didapati berkelakuan baik.

Di mana pula pengganti keberanian wartawan seperti Abdul Aziz Ishak yang menyebabkan kemarahan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu Sir General Templer dengan menggelar Ishak sebagai Pemberita Tikus kerana liputannya tentang Hari Kemahkotaan Ratu Elizabeth Ke-2 yang menyemarakkan semangat anti penjajahan dalam kalangan orang Melayu, 1953.

Abdul Aziz Ishak telah menempah namanya dalam dunia kewartawanan dengan keberaniannya mendedahkan Raja Melayu yang tidak berpuasa semasa menghadiri Majlis Pertabalan Queen Elizaberth di London.

Perginya Allahyarham Abdul Samad Ismail baru-baru ini juga seumpama patah tidak tumbuh kembali.  Seorang yang kasar dan tegas tetapi tidak sombong.  Nilai kata-katanya dihormati lawan dan kawan.

Kebanyakkan wartawan-wartawan perjuangan  dahulu pernah ditahan sama ada oleh pihak British, Jepun dan di bawah ISA kerana apa yang mereka perjuangkan.  Mungkin inilah yang membezakan di antara wartawan makan gaji, wartawan gila nama dengan insan wartawan yang bergelar wartawan pejuang.

Kerja wartawan kerja merbahaya, tersilap tulis, bukan seorang, bukan ratusan tapi ribuan yang akan menjadi mangsa.  Malah mungkin berjuta-juta insan.  Itulah besarnya kebertanggungjawaban sebagai diri seorang wartawan.

* Makan boleh sebarang makan, tulis jangan sebarang tulis . . . janganlah sampai kezaliman menjadi kelaziman.  Kita bloggers pun sama juga.  Ada kebertanggungjawaban dalam menulis.

Advertisements

~ by razifembi on September 15, 2009.

30 Responses to “Kewartawanan : Perjuangan Yang Belum Selesai”

  1. salam ziarah incek razif.. entry yg buat sy sgt tertarik tntg media massa skang ni…memang kekadang saya rasa ada aje berat sebelah.. kekadang sy tertanya-tanye.. di mana hak kebebasan untuk kita bersuara… rasa2nya untuk lebih adil.. lebih baik baca dari kedua-dua belah pihak kan.. ermm.. saya tercari-cari akhbar yang sebenarnya akhbar yang mana sesiapa saja bebas untuk bersuara.. tak kisah lah dari golongan mana sekalipun, tapi semua berita2 sahih itu tercatat dalam satu akhbar.. rasa2nya ada ke?

    p/s: ada kad ghaye untuk incek razif… jika sudi.. sila2 la ambil ye.. (^__^)

  2. wartawan berat sebelah? Benda nie memang tetap akan terjadi selagi mana seseorang wartawan menulis untuk mencari makan. Antara benda yg aku dapat lihat antaranya, Akhbar utusan takkan memburukkan Umno kerana semua telah ketahui, Utusan dinaungi oleh umno. Pihak2 pembangkang sering mengutarakan hal ini. Tetapi mereka lupa, Harakah juga sebenarnya sangattttt berat sebelah. Ketika krisis pemimpinan PAS dua tiga menjak lalu. Harakah tidak langsung menyiarkan sebarang artikel dan pendapat dari pemimpin2 yg menentang Pemimpin perdana terutamanya Husam. Dialog bersama Tok Pa (Mustapha,Pesuruhjaya Terengganu) juga ditarik keluar dengan alasan pendapat peribadi dan tiada kena mengena dengan PAS aliran perdana.

    So, pada pendapat aku la. Susah nak cari wartawan yg benar2 bebas. Klau pikir logik bali, sapa yg hidup tak payah makan kan. hehe. 😀

    • Itu dari sudut kepentingan terhadap penerbitan akhbar masing-masing.

      Bagaimana pula dengan laporan berita palsu dan putar belit? Lain yang di cakap, lain plak yang di lapor.

      Media antarabangsa pulak lagi terang dan jelas. Memainkan peranan menjatuhkan sesebuah kerajaan. Sentiasa mahukan negara lain berada dalam kekacauan.

      Makan? pun ada macam-macam jenis makan . . . ada orang makan untuk hidup dan ada orang pula hidup untuk makan.

      Pasti ada beza …

      Tak logik manusia tak makan

  3. pada kawan… tak kisah la wartawan ke.. editor ke.. cikgu ke.. hatta segala apa jenis kerja pun… atau sapa2 saja.. kena ingat betul-betul.. kena yakin betul2.. kita akan dipertangungjawabkan nanti dihadapan Allah.. atas apa saja yang kita perbuat.. mana yang haq, mana yang batil.

    tak akan ada siapa yang akan terlepas..

  4. Yang penting, taukenya. Kalau tauke dah sunting hingga jadi ayat sekerat, nak buat macamana? Wartawan makan gaji, begitulah. Tapi wartawan HMetro yang kononnya buat liputan atau kerja siasatan fasal restoran berpelayan bikini tempoh hari, yang paling tidak beretika. Bila penguatkuasa siasat kes itu dan didapati tiada, baru mengaku mereka hanya naik setakat tangga sahaja. Apa kes? Senang2 je, mereka hanya minta maaf. Tak dengar pula tindakan susulan terhadap mereka. Tapi rasanya akhbar mereka laris hari itu dengan berita palsu yang hangat.

    • Betul tu. Kes tu senyap terus. Entah-entah ada ‘settle belakang’ kan?

      Hmetro ni da jadi macam surat khabar nyamuk … penuh iklan, bahannya banyak kisah seks, hantu, tahyul dan bomoh. Sebab orang melayu memang suka akan cerita begini.

      Lama dah tak beli ‘paper’

  5. tuan.. kekadang aku kasihan pada wartawan terkejar kejar ke san kemari semata mata nak dapatkan sesuatu laporan.. bila sampai kat edior atau ketua pengarang di rejecnya beria tu.. macam dapat penat jer..

  6. Satu kupasan yang menarik. Akak lebih kurang setuju ngan Faarihin tu.

    • Yang mana akak tak setuju dengan saya? semua? terpulang.. saya cuma luahkan apa yang saya terfikir aje.. setiap orang ada pendapat masing2.. nak ikut atau tak.. itu terpulang.. masing2 ada hak kan.. saya pun baru nak mengenal erti dunia sebenar.. mungkin terlalu mentah untuk memberi sebuah pendapat..

      kalau pendapat saya tak boleh diterima dan tak boleh diguna pakai… minta jasa baik encik razif.. padam aje komen saya itu.. di sini saya juga nampak sukar juga untuk bersuara apa yang kita rasa..

      • Hehe . . . salah faham jer tu Cik Faarihin.

        Maksud Ainur tu, dia cakap dia ‘lebih kurang’ memang setuju macam apa yang Cik Faarihin cakapkan tuh.

        Bukan tak setuju. Janganlah cepat …. perjuangan baru hendak bermula. Inilah asam garam dunia penulisan bloggers.

        Adakala di hentam dan di puji. Cik Faarihin jangan salah faham dengan Puan Ainur68, saya yang silap dalam hal ini.

        * relaxjom menerima apa saja pendapat yang difikirkan rasional dengan menggunakan bahasa yang baik.

  7. Wartawan suatu ketika dulu dipandang tinggi. Kalau pernah baca Memoir Said Zahari, pihak wartawan di Utusan pernah buat mogok apabila Ibrahim Fikri [kalau tak salah], orang yang diletakkan oleh UMNO untuk menerajui Utusan. Sebelum pengambil alihan ini berlaku, Utusan sebuah akhbar yang baik, memperjuang isu-isu masyarakat, menghentam tindakan politikus yang jijik dan buruk.

    Namun, setelah pengambil alihan berlaku, inilah jadinya. Utusan umpama mencium bonton UMNO, mahu tidak mahu wartawan terpaksa mengikut cakap yang di atas. Wartawan HM, Kosmo cari berita untuk lariskan akhbar. Sampai bila-bila pun ini akan berlaku selagi akhbar kita tidak bebas.

    Baik Harakah mahupun Utusan masing-masing berat sebelah. Hanya pihak yang mereka naungi sahaja yang ‘benar,telus, dan ‘baik’. Kononnya.

  8. “Utusan Melayu dilahirkan oleh patriot-patriot
    Melayu sejati yang mahu mengembalikan keagungan dan maruah bangsanya
    yang telah luput oleh angkara penjajahan. Para wartawan dan setiap
    pekerja lainnya yang bertanggungjawab menerbitkan lembaran-lembaran Utusan
    Melayu setiap hari adalah pejuang bangsa yang menggunakan Utusan Melayu sebagai
    senjata dan alat perjuangannya.”

    “Rakyat mempunyai hak untuk tahu semua perkara dan mereka berhak membuat keputusan,” demikian ujarnya. “Oleh itu, kerajaan tidak sepatutnya mengawal semua maklumat kepada rakyat.

    Said Zahari, wartawan yang mengetuai mogok 93 hari ketika itu yang membantah pelantikan Tan Sri Ibrahim Fikri, bekas Ketua Penerangan UMNO sebagai Pengarah Urusan akhbar Utusan.

    Namun tidak dapat disekat. Sejak itu Utusan telah menjadi wadah wacana yang mewakili UMNO dan mengetepikan perjuangan rakyat.

  9. disebabkan akhbar2 masing2 berat sebelah, sbb tu la saya baca kedua2 akhbar. berita harian pun baca, harakah pun baca…yg tak baca, ruangan hiburan je.

  10. Bukan akhbar di Malaysia ni sahaja yg berat sebelah. Di negara barat, akhbarnya pun berat sebelah. Sesetengah lebih teruk dari kita. Errr… tapi kalau timbang suratkhabar lama jual kat keling botol, lagi berat lagi bagus…haha.

    Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

    • Ahhh jual kat keling botol lagi nyekit hati … berat2 paper … dia amik 2, 3 kupang saja.

      Baik guna wat lapik apa2 … hehehe…

      Selamat Hari Raya juga buat Puan Sekeluarga

  11. salam..harini tak mau komen pasal entry ni..sebab takda idea hehehe..cuma nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin buat razifembi sekeluarga.

  12. syaril tu memang suka ‘menembak’. hehe marah nanti dia kat saya. katanya ada kebenaran. artikel juga ada betulnya. wartawan juga manusia. salute kepada wartawan yang berpegang pada etika.
    btw selamat hari raya

  13. hehehe…
    blog CM pon pernah kn terjahhh…
    dgn wartawan gak…
    wartawan TV3 lagi…
    kalo bro nk tgok…
    http://akupunyalife.blogspot.com/2009/06/akupunyalife-kena-terjahhhhh.html

    so…jgn marah dgn masyarakat…
    bila masyarakat beralih kpd media yg lebih telus & cepat….
    ….B L O G

  14. selamat hari raya cik razif. saje ucap awal sket. kang takut x sempat. almaklumla…raya kan sumorg sibuk 😉
    maaf zahir batin

  15. Tiada Salam Atau Ucapan
    Tiada Pesan Tanda Ingatan
    Suasana Penuh Keriangan
    ku Teringat Pada Seseorang
    Oh

    Di Hari Yang Berbahgia Ini
    Hatiku Kosong dan Sepi Sekali
    Betapa Manis Kenangi Lalu
    Menyambut Raya Bersama Denganku
    Oh

    Korus
    Tiada Bisikan Lembut Yang ku Dengar
    Hanya Suara Azan Sayup Bergema
    Masih Kurasakan Hangat Tanganmu
    Di Pagi Raya Bersalam Dengan Ku

    Tetamu Datang Tetamu Pergi
    Namun Tak Tiba Orang ku Nanti
    Hanya Sepasang Kurung Nan Biru
    Menjadi Teman Mengubat Rindu Ku
    Oh

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
    AMPUN DAN MAAF
    abghalim

  16. sekarang blogger pun dah jadi ‘wartawan tidak rasmi’ blog yang ramai pengunjung akan memberikan laporan yang meluasa liputannya. Samada benar atau bohong, kena soal dan jawab di akhirat nanti.

  17. Eid Mubarak kepada pengunjung blog ini. Sebenarnya tiada kebebasan akhbar yang mutlak atau freedom of speech di mana-mana negara dalam dunia.

    Seperti juga profesion lain, wartawan terikat dengan etika. Setidak-tidaknya ia memastikan seorang wartawan menulis berasaskan fakta. Namun seperti juga profesion lain, wartawan berdepan pelbagai godaan dan kadangkala tewas dan hanyut dalam dunia yang kian materialistik. Ada doktor curi ubat dan tidak menjalankan tugas dengan betul, tapi apakah kita kata semua doktor jahat? Ada polis yang rasuah, tapi ada juga polis tolong tolak kereta orang bila rosak. Ada cikgu acuh tidak acuh mengajar, ada cikgu yang komited. Ada politikus yang bersih, tapi lebih ramai yang bergelumang dalam lumpur. Ada wartawan yang beretika, ada yang tidak.

    Bagi saya, masyarakat kita mengalami kemerosotan dalam semua aspek kehidupan. Politikus tidak ada kualiti, mutu perdebatan dan perbahasan tidak mencerminkan wawasan demi kebaikan sejagat sebaliknya lebih samseng daripada samseng, institusi yang ada semakin tidak dihormati, guru-guru yang dulu disanjung kini dicemuh, masjid cantik tapi tidak dihuni, rumah besar tapi kosong jiwa, kualiti sektor awam merudum. Kenapa? Kerana kita bertuhankan wang. Kita mata duitan. Kita materialistik.

    Said Zahari tergolong dalam kategori wartawan yang berprinsip. Biarpun dilabel sebagai sosialis dan kemudian menjadi tahanan ISA di Singapura, Pak Said meneruskan perjuangannya. Namun perspektifnya berbeza dengan perspektif pemimpin negara ketika itu. Dengan negara diasak pelbagai isu dan masalah yang sekadar menjejaskan kestabilan sebuah negara yang baru merdeka, laporan akhbar yang sentiasa kritikal seolah-olah kerajaan terlalu banyak silap tidak akan menguntungkan sesiapa kecuali pihak luar yang berkepentingan.

    Kita harus sedar akhbar vernacular banyak memperjuangkan hak kaum masing-masing bahkan mencemuh serta menghina UMNO dan Melayu amnya…apa tindakan kita? Masih mahu bercakap kebebasan akhbar?

    Akhir kata, berdoalah agar negara Malaysia yang unik – tidak ada negara lain yang ada tiga kaum utama – dirahmati Allah, dijauhi anasir jahat dengan pelbagai agenda dan dikurniai pemimpin yang ikhlas dan berwawasan – dan setiap daripada kita berusaha menjadi manusia yang lebih baik, tidak langgar petak kuning ketika kesesakan lalu lintas, tidak membuang sampah di tempat orang, tidak double parking, tidak potong queue dan fahami sejarah dan jati diri bangsa serta melihat gambaran yang lebih besar!

  18. Thanks a lot for nice post. But I had difficulty navigating around your website as I kept getting 502 bad gateway error. Just thought to let you know.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: