Pulanglah . . .

Raya pun dah semakin dekat, hari ini sudah hari Jumaat, lusa atau tulat menjelanglah hari yang berbahagia yang dinanti.  Lagu-lagu raya pun dah mula berkumandang.

Ada orang kena kurung, nak balik jumpa keluarga pun tak boleh.  Dan ada orang yang nak balik tapi tiket bas dan keretapi dah habis.  Naik bas lompatla jawabnya takpun kalau ada rezeki naik AA atau Mas.

Hati teringat pada rumah bukan sikit,

tapi sayang badan terlekat di kaki bukit . . .

Itu kisah orang kena kurung, nak pulang beraya.  Tapi ada kisah orang yang bebas, tak kena kurung tapi tak mahu pulang beraya . . . Ini bukan kisah pelik dan aneh.  Bukan cerita yang sengaja aku timbulkan.  Kerana ini juga cerita tentang sebahagian daripada kisah riwayat hidup diriku dulu-dulu.

Kisah dulu-dulu la masa aku budak-budak ribena yang perasan dah dewasa, dah pandai dan rasa macam dah tak disayangi … Tapi dulu-duluuuuuu la … dan taklah sampai aku tak pulang beraya.  la nii aku dah jadi budak baik.  Ahakkss.  Terbatuk …

Tapi jugak . . . .  bila teringat kisah lalu,

entahlah dah berapa banyak air mata mak aku,

yang aku telah ‘berjaya’ titiskan . . .

Gambar hiasan

Dalam kisah ” The Bucket List ” diantara hajat yang Jack Nicholson tulis  ialah ” To kiss the most beautiful girl in the world “.  Persengketaan di antara Jack dengan anak perempuannya dahulu membuatkan dia teragak-agak untuk bertemu kembali dengan anak perempuannya setelah sekian lama merajuk.

Adakah dia akan diterima kembali oleh anak perempuannya itu . . .

Tapi siapa sangka, rupa-rupanya anak perempuannya telah menerima dia dengan baik.  Dan siapa sangka hajatnya untuk mencium seorang perempuan antara paling cantik di dunia tercapai apabila mencium cucu perempuannya yang tidak pernah dia jumpa.

Jadi apa termenung lagi . . . usah memperjudikan kepulangan anda dengan lambungan sebiji buah dadu.  Pulanglah . . . jangan tertipu dengan perasaan kita !  Semua orang, ibu, ayah, abang, adik dan kakak sedang menanti kepulangan anda . . Mereka semua mengasihi kita . . .

Mak saya atas bot di Tasik Kenyir . . .

Jikalau masih lagi teragak-agak untuk pulang atau tidak, pejamkanlah mata anda, dan bayangkan wajah ibu anda.

Ibu mana yang tidak tua.  Bapa siapa yang tidak sakit.  Adik siapa yang tidak rindukan abangnya dan kakak siapa yang tidak kasihkan adiknya.

Pulanglah agar dapat melihat wajah ibu sebelum terlewat.  Melihat wajah ibu pun dapat kebaikan dan pahala . . .

Manusia mana hatinya tidak ditimpa sengketa ?

Jangan sampai terlambat.  Biarlah perpisahan abadi yang memisahkan kita, bukan sengketa lama.

* Bas, keretapi takdak, AA dan Mas mahal, tumpang saja lori mcm iklan raya tahun ni.  Dan tahniah juga kepada bekas-bekas tahanan ISA yang baru dibebaskan setelah sekian lama di kurung dalam Kem Tahanan di sebuah kaki bukit.

Advertisements

~ by razifembi on September 18, 2009.

16 Responses to “Pulanglah . . .”

  1. salam aidilfitri bang..

    betul, saya pun dulu tergolong dalam golongan “tak mau balik rumah”, bukannya tak mampu, bukannya ada persengketaan pun..tapi rasa kawan tu segalanya..

    walaupun baru 23, tapi sejarah kehidupan lampau yang ‘gelap’ adalah cikgu terbaikkan?

    notakaki: sekarang ni ada kat penang, pickup my sister. Esok pagi gerak balik sitiawan, jumpa my parent! Itulah pelengkap “Perjalanan Ramadhan” kali ni..

  2. Saya mahu pulang tapi disini juga ada kewajipan. Akan pulang juga nanti tapi bukan sebelum hari raya.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga ceria di hari lebaran.

  3. Salam Eid Mubarak Encik Razif & keluarga. Saya baru sampai rumah, uhu sesak dalam kesesakakan. Kalau biasa dari bandar pulang ke kampung tapi saya & keluarga dari ‘kampung’ ke KL raya nanti.

    Cakap soal pulang…ada sepasang atok dan nenek di belakang rumah saya ni saya lagi raya ni. Anak-anak dan cucu diorang tak balik. Dah 3 kali raya kalau tak silap. Diorang marak ayah diorang kawin lain selepas mak diorang meninggal. Atok tu bukan kawin perempuan muda pun, umur sebaya.

    Anak atok yang paling dekat, naik motor dalam 10 minit sampai tak pernah menjenguk sejak atok ni kawin. Marah sangat diorang agaknya. Kesihan atok ni. Masa arwah isteri dia ada dulu dekat-dekat hari raya rumah dia penuh dengan anak cucu. Sekarang sunyi sepi. Kami yang jadi jiran dia pun saya rasa.

    Salam Aidil Fitri!

  4. Salam,

    Ibu…hmmm, hanya tinggal gambar saja utk saya tatap. Skrg ni, ayah dan adik beradik saya adalah segala-galanya.

    pssst:saya suka iklan raya petronas. Ala, yg menantunya ntah apa-apa, siap suruh ayah mertua makan di meja yg berasingan. Sakit hati betul tgk org yg tak ada perasaan. Setiap kali saya tgk, mesti menitik air mata. Owhh…ayahku… 😦

  5. selamat hari raye 🙂

  6. tak pernah sekali2 teragak2 untuk pulang setelah merasa seriknya tidak dapat beraya dengan keluarga selama beberapa tahu. Tp pernah jumpa golongan yg taknak balik raya. Rasakan diri sudah tidak sama mentaliti dengan ahli keluarga:)

    Thanks for the posting. Good job.
    Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.

    * terima kasih kerana menyinggah:)

  7. salam lebaran..
    beraya diperantauan umpama tidak lengkap tanpa keluarga dan ibu bapa tersayang…
    meriah mcm mane pon makan..
    sambut bersama parent adalah paling bahagia..
    uh sebak la..hmm

  8. ..selamat hari raya, razifembi..posting anda telah membuat pakcik tua ini teringat seketika sewaktu muda-muda diklumpur..keseorangan dibilik dipagiraya..tak pulang kerna degil dan ego..sebak didada dan air dimata sewaktu azan raya diradio..akhirnya pulang juga, seminggu kemudian..kepangkuan ibu yg menanti penuh sabar..

  9. Bro,

    Kasih ibu kepada anaknya sememangnya tiada tandingan.

    Salam aidilfitri buat anda dan isteri. Maaf zahir batin.

  10. hmmm…budak la sgt ye cik razif. *terbatuk2

    selamat hr raya, taqabbalallah minna wa minkum

  11. hmmm…’budak’ la sgt ye cik razif? hehe

    ape pun, selamat hrai raya, taqabbalallahu minna wa minkum 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: