Ada Rahsia Pada Handphone

Hari ini hari pertama bekerja selepas bercuti seminggu.  Lama pulak rasanya cuti kali ini.  Puasa sebulan, rasanya kempisla sedikit perut ni dan rasa ringanlah sedikit rasanya badan untuk bergerak-gerak.

Tapi pagi tadi semasa hendak memakai seluar kerja, terpaksa jugaklah aku menarik nafas  dalam-dalam, untuk mengempiskan sedikit perut nihh.

Kalau tidak, siksa jugaklah bila hendak pakai seluar kerja. . . Mujurlah tak tercabut kancing seluar tu . . . haha!  Kurusss semangat aku . . .

Gambar hiasan.  Tak boleh lebih-lebih nanti Akhill Hayy saman.

Kisah kecurangan yang terjadi pada satu pasangan baru-baru ini memang tidak memeranjatkan sangat kerana sudah menjadi kelaziman waktu ini.  Kezaliman menjadi kelaziman . . . Apa yang hendak diherankan . . . Hari pertama dengar memang marah, masuk hari kedua dah lupa . . .

Sebenarnya hari ini kebanyakkan rahsia kita berada di dalam telefon bimbit dan komputer riba terutamanya.  Bila rahsia  peribadi menjadi berita utama, penyesalan menjadi sia-sia.

Lihatlah bagaimana gambar-gambar bogel yang terdapat di dalam  komputer riba  Edison Chan disiarkan tanpa kebenaran setelah komputer ribanya dihantar untuk diperbaiki.  Itu belum bukak bab gambar-gambar Elizabeth dalam telefon bimbit boifrennya lagi.

gambar hiasan

Budak-budak, kalau kita hendak lihat keletahnya maka buka sajalah beg sekolahnya.  Lihatlah segala macam benda rahsia yang dimiliki tanpa kita sedari.  Silap hari bulan ‘sarung getah’ cap durex pun boleh sesat dalam begnya.  Itupun kalau makbapak budak-budak tu tahu apa bendanya tu . . .

Jadi kalau ibubapa tidak pernah menyemak dan memantau beg sekolah anak-anak, maka janganlah pula terkejut jika ada jiran-jiran yang melaporkan perkara yang tidak enak yang dilakukan oleh anak-anak di belakang ibubapa.

Itu budak-budak, bagaimana pula dengan si bapak budak dan si mak budak ??  Aku mendapati ketelusan hubungan sesuatu pasangan adakalanya terletak pada keterbukaan telefon bimbitnya.

Yang pastinya kalau wajah pasangan anda dah biru-biru mukanya, pucat dan berasa tidak senang bila anda asyik membelek telefon bimbitnya maka tentulah ada sesuatu yang tidak kena.

Kalau ada mesej yang meragukan dengan nama kawan-kawan yang anda tidak pernah tahu, itu pun tandanya ada kemusyikilan yang wajar anda tanya.  Sebab itu kita perlu juga tahu dan kenal siapa kawan-kawan pasangan kita.

Anda boleh menarik nafas lega barang seketika jika pasangan anda tidak menunjukkan sebarang tanda dan simptom yang disebutkan di atas.

Tapi percayalah terdapat kebarangkalian yang besar juga bahawa kecurangan tidak sahaja berlaku pada pasangan golongan muda-mudi, malah terjadi juga pada orang ‘lama-lama’.

Ada seorang sahabat aku, Encek Roslin berkata ” Aku memang tak pi cari perempuan lain, tapi  kalau perempuan yang datang cari aku, aku tak tahulah apa yang akan terjadi ” disudahi dengan gelak besar.

Aku diam, sambil cuba memikirkan perangai ragam orang-orang tua . . . buang tabiat agaknya …

Istilah seperti pandai makan, pandailah simpan, falsafah hidup biar sedap, atau kata-kata perhubungan sekadar  mengisi masa lapang dan bini biarlah satu, kekasih biarlah lebih memang sering kedengaran jika berbual dengan mereka yang mengamalkan hidup sedemikian.

Nampaknya jalan raya lebih berbahaya daripada virus Ah1N1 . . . dalam banyak-banyak tips dan panduan, tiada lansung tips daripada pihak kerajaan agar pemandu membaca doa naik kenderaan sebelum bergerak menaiki kenderaan.

Advertisements

~ by razifembi on September 28, 2009.

32 Responses to “Ada Rahsia Pada Handphone”

  1. betul22..
    segala raahsie blh terbongkar..
    huahua..
    bhye ye handphone n laptop 🙂
    setia lah 🙂

  2. tp kan encik razif, kalau partner buat spotcheck kat hp, nanti dikatakan tak sporting pulak. dahlah ditudud tak sporting, ada yg jenis over acting plak akan kata tak percaya. macam mana nak check?

    sama macam budak2 sekolah tuh…sedangkan cikgu nak check beg pon lepas tuh dapat bahana, jgn terkejut mak ayah pun dapat bahana juga:)

  3. Salam,

    Nanti nak check la hp Encik Tunang. Kut terjumpa RAHSIA. Huhuhu. Na’uzubillahiminzalik.

  4. Sebab tu kena pakai telefon conkia.. tak payah ada kamera, tak payah ada memori kad.

  5. salam bro.
    betul tu.. aku kena buat “cleaning” kat laptop dan hp aku ni..

    • OoooooooOOOooo Tuan Mahid …. mau cleaning rahsia apa itu ya?

      tapi jaga2 …walaupun hardisk telah di delete dan di format … ada sesetengah software dapat mengembalikan data yg telah kita buang.

      recovery

  6. Salam ..

    Wahh.. n3 awak memang besh . Sedar tanpa disedari . Parents kena pantau perkembangan anak2 . Sebab itulah ilmu keibubapaan perlu dipelajari dan dipraktikan . Jangan hanya tahu buat anak tapi tak tahu jaga anak !

    Anak2 yang semakin dewasa , gunakanlah ilmu akal dan kebijaksaan yang anda perolehi dari guru2 anda. Jika Ibubapa tersasar dari landasan , bangkitlah dan jadikan pengajaran . Sambil berdoa moga Allah bukakan pintu hati mereka utk bertaubat . Sesungguhnya doa dari anak2 jua sangat bersih dan luhur jiwanya .

    Kecurangan suami & isteri semakin menjadi-jadi . Kepincangan bermula apabila masing2 membesarkan ego dari kewarasan . Mula2 untuk suka2.. lama kelamaan menjadi kesukaan dan akhirnya terus hanyut dibawa arus kemaksiatan . Malang sungguh !

    Pemanduan yang berhemah bermula dalam diri sendiri . Sentiasalah bersabar dan berlapang dada . Betul. Doa itu penting . Cumanya kita yang terlupa or buat2 lupa .

  7. yeah…sokong. . .

  8. guna hp biasa2 jela..takyah guna yg ada camera tuk elakkan benda2 camni..hehehe

    mcm2 hal dunia hari ni..

  9. kesian kat hp tu dizalimi..(salahguna)

  10. sarung getah tu budak2 main buat belon tiup2 kot…kui3

  11. gv me ur ym..

  12. Salam Raya
    gua punya henpon selalu masuk air…so jarang ada mesej inbox atau outbox…

    🙂
    salam kenal juga..

  13. ohh.. dimanakan dapat ku cari si dia yang jujur dan setia..?? pandai menjaga diri kala ada dan tiada…
    hmmm.. teringat satu kes ‘perang besar’ yang aku tengok bila pasangannya tersilap sent mesej ke aweksnya yg lain… huh! haru biru!

  14. Kalau nak check hp ker laptop ker…pandai2lah cover line! Hahaha…. Apa yang penting….kejujuran dengan pasangan masing2. Susah hidup kalau banyak rahsia nih. Kalau tak caya, cuba try test sekali!

    • hehehe … ada rahsia dalam hp …. rahsia no akaun bank, dan dll …

      • Ala..kalau tahu no akaun bank, tak der hal nyer. Bukan boleh withdraw duit pun. Kalau tahu rahsia PIN itu baru boleh kuar duit!

        • Hahaha, itu kalau En. Nama Tak Dak kata …

          macam mana pula dengan kes yang ‘duit’ hilang bila diminta no akaun …

          Kalau jatuh pada orang tertentu … adalah caranya yg kita tak tahu … mungkin orang dalam tu sendiri…

          Itu baru no pin . . . belum info2 yang lain …

          Anonymous nick apa n dr mana …

  15. Assalammualaikum Razif dan keluarga….
    Akak pernah suarakan pd suami tentang media elektronik skg ni yg tiada menyiarkan doa2 naik kenderaan dan seumpamanya (doa masuk tandas lagi la takde!) nak buat mcm mana? sendiri naik, sendiri mau ingat la kan……..

    Pasal kes bebudak sekarang ni…..nasib baik suami akak check beg anak tiap2 pagi sebelum ke sekolah dari tadika lagi. Bukan apa, kekadang terambil brg kwn la….mainan kwn la…handphone mmg akak tak benarkan hingga dia betul2 boleh di percayai.

    Kes curang suami isteri tu semua dugaan rumahtangga. Kalau takde yang buruk, mana nak datang baiknya?

  16. hehe…
    bagus entri ni..
    mcm2 adaa~~
    bisala,makin maju perngai makin teruk..

    p/s betul jgk,takde pun suh bace doa..

  17. Kalau kat sekolah pun Kak Long selalu cumpa macam2 rahsia kat telefon bimbit yang dirampas badan disiplin kerana dibawa secara sembunyi oleh pelajar.

  18. Dunia akhir zaman.. 1001 satu macam persoalan dan permasalahan.. dunia oh dunia

  19. gua tak kesah sangat kalo bini gua ada affair dengan lelaki lain. kalo dia suka, dia boleh pergi ikut lelaki itu saja. gua leh cari betina lain. itu hari gua sudah offer, kalau you ada lelaki lain, baik tinggalkan gua saja. apa susah, hidup mesti bebas berfikir, jangan jadi isteri, tapi hidup dikongkong suami. jangan jadi suami kalo hidup dikongkong isteri.

    gua pun, kalo gua ada betina lain, gua akan bitau bini gua saja yang gua sudah ada betina lain. burit pelir boleh dicari bang, bersepah merata2 sekarang ni. sumer orang berpura2 hidup macam orang islam macam tiada dosa jer. sendiri mau ingat la.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: