Jom Masuk Hutan 4 : Kelah Sanctuary & Jeram Berkoh

Salah seorang pemandu pelancong yang berada di hadapan bot pancung kami untuk memandu arah bagi pemanadu bot yang duduk di belakang bot dan menolak bot daripada terlanggar tunggul dan batu.  Kawasan sungai adakalanya terdapat tunggul kayu dan batu yang berubah-ubah tempatnya apabila hanyut akibat arus sungai yang deras.

Hari ini merupakan hari terakhir kami berada di Taman Negara Pahang.  Masih lagi teruja dengan keindahan alam dan kedinginan suasana di tengah-tengah hutan belantara Malaysia.

Di kiri kanan kami penuh dengan kehijauan rimba.  Saat-saat yang mendamaikan dan mengkagumkan . . .

Pagi-pagi lagi kami telah bersiap seperti yang dirancangkan semalam.  Di jeti Kuala Tahan, selepas sarapan pagi dengan roti canai dan teh ais, lagi sekali kami menyeberangi sungai Kuala Tahan dengan bot ke seberang sana ke Pejabat Taman Negara yang terletak bersebelahan dengan Mutiara Resort.  Tambang bot sehala ialah RM1 seorang.

Dan juga jangan lupa mengenakan jaket keselamatan walaupun menyeberangi sungai hanya sebentar.

Hari semakin panas dan mengigit kulit.  Air sungai mengalir deras, tapi keruh macam teh susu.

Harga yang ditetapkan untuk perjalanan ke Kelah Sanctuary dan Jeram Berkoh ialah RM 120 ( atau RM 160 kalau tak silap aku ) untuk satu bot atau untuk empat orang berserta dua pemandu pelancong.  Jadi kalau anda datang berdua, bayaran yang dikenakan tetap RM 120.  Seelok-eloknya pakej di Taman Negara Pahang ini ialah untuk empat orang.

Bayar di Pejabat Taman Negara.  Pegawai Taman Negara inilah yang akan menguruskan bot dan pemandu pelancong untuk kita.  Dengar kata, bukan semua orang pemandu bot yang boleh ke Kelah Sanctuary kecuali yang telah diberikan lesen, kononnya lah.

Setelah pemandu dan kelengkapan telah sedia, kami mula bergerak perlahan-lahan menuju ke hulu Sungai Tahan.  Air sungai yang mengalir dari cabang sungai ini turunnya dari punca air sungai di Gunung Tahan.

Ketika kami mula memasuki cabang Sungai Tahan, air sungai semakin deras di sesetengah tempat.  Lagi banyak batu atau lagi besar batu di tengah sungai, lagi deras air sungai akan mengalir.  Bunyi air menghentam batu memang menggetarkan.

Adakala macam nak terbalik bot bila bot meredah jeram di laluan dan adakalanya rasa macam menggelungsur di atas air apabila bot meluncur laju menuruni jeram.  Suka pun ada . . . . kecut perut pun ada !!

Sesekali air sungai terpercik masuk ke dalam bot . . . Jadi fikir-fikirlah pakaian apa yang sesuai untuk trip ini.

Semakin jauh kami bergerak, suasana pun semakin sunyi.  Hanya bunyi-bunyi daripada irama hutan dan penghuninya sahaja yang berkumandang.  Sesekali bertemu dengan bot lain yang menghala pulang.

Air sungai yang keruh umpama teh susu di Kuala Tahan bertukar lebih jernih. kekuningan  Warna kekuningan akibat daun kering yang luruh jatuh ke dalam Sungai Tahan.

Air sejuk memang tak payah cakap.  Sesekali usik orang rumah dengan menitiskan air sungai di lehernya.  Apalagi menjerit kesejukkan.  Heheh !

Pokok-pokok bersimpang siur, menutupi sungai.  Suasana gelap.  Ada akar dan ranting pokok yang berjuntaian.  pandai-pandailah mengelak.

Kadang-kadang ada batang pokok yang agak besar merintangi sungai.  Dan aku telah lihat ada pokok yang jauh lebih besar dan tinggi daripada yang ini.  Sayup-sayup bila melewati di bawah pokok ini terasa betapa kerdilnya kita.

Akhirnya selepas lebih kurang 20-30 minit perjalanan, kami tiba di Kelah Sanctuary.  Seakan-akan tahu ada pelawat yang hadir, ikan-ikan mula menghampiri pinggir sungai tanpa rasa takut.  Jelas kelihatan ikan-ikan berenang-renang di gigi air.

Tapi sayang kelibat ikan Kelah tidak kelihatan sama sekali.  Yang hadir hanya ikan-ikan Jelawat, Lampam dan lain-lain.

Makanan ditaburkan di permukaan air, ikan-ikan pun berebut-rebut . . . air berkocakan !!

Sesiapa yang ingin berenang bersama-sama ikan boleh berbuat demikian jika ada kemampuan berbuat demikian.  Walaupun aku meminati sungai dan laut, tapi malangnya aku adalah insan yang tak cekap berenang.

Orang rumah aku kata pada diri aku ” A diver that cannot swim ” satu kisah di Pulau Perhentian dulu.  Haha . . berenang tipu-tipu bolehlah . . .

Setelah beberapa ketika kami bergerak ke Jeram Berkoh.  Mudik ke hulu lagi . . . lagi hulu . . .

Tiba di satu kawasan yang cetek dipenuhi batu-batu, bot kami berhenti kerana sudah tidak boleh dimudiki lagi kerana kawasan di situ airnya sangat cetek dan penuh berbatu.

Kawasannya redup kerana rimbunan dahan-dahan pokok yang merimba menutupi sungai.

Pemandu-pemandu pelancong kami berehat di sini.  Jeram Berkoh terletak jauh lagi di hulu.  Maknanya kami perlu meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki.

Apa lagi ‘menapak’ lah kami perlahan-lahan menggunakan denai yang sedia ada di tepi sepanjang sungai.  Semakin lama semakin kuat bunyi jeram . . .

Jalan punya jalan, tak sampai-sampai . . . ” Jauh jugak Jeram Berkoh nihh ” bisik hatiku . . . takut sesat pun ada juga, maklum hanya kami berdua ketika ini di dalam belantara . . . bateri GPS E90 aku pun dah kaputtt !!  Jenuhhla ..!!

Akhirnya kami sampai di Jeram Berkoh.  Peluhhhh jangan cakap . . . memang lencun pakaian aku.  Yang lebih mengecewakan ialah keadaan Jeram Berkoh itu sendiri.  Air deras jangan cakaplahh . . .

Macam mana aku nak mandi nihh . . . kalau aku terjun dalam sungai ni gerenti esok lusa aku masuk surat khabar . . .

Last-last sekali aku ‘celup-celup’ saja kaki aku dalam arus sungai tu.  Tu pun rasa macam nak terpelanting kaki aku di tolak arus.

Tapi bukanlah tak cantik tempat Jeram Berkoh ini.  Memang cantik . . . Indah khabar dan indah rupa . . .

Habis bila sudah puas tengok, sudah puas rendam kaki . . . janganlah lupa masih ada lagi perjalanan 30-40 minit perjalanan balik dengan berjalan kaki.  Rasa macam nak lekang kaki berjalan tadi pun belum hilang . . .

Penat berjalan kaki semalam ke Titian Kanopi pun belum hilang . . . memang trip kali ini banyak ”memecahkan lemak-lemak” aku . . . hehehe

Last-last, penat-penat aku berjalan, aku bantai mandi kat tempat pemandu-pemandu bot tu berhenti tadi.  Jadilah . . .

Patutla pemandu pelancong tu bantai tidur dalam bot sahaja . . . bijak bijakkk . . . !!

* Lama dah aku tak berjalan-jalan, orang rumah aku pun dah sarat mengandung.  Semoga tips kali ini dapat berkongsi dan membantu bagi pelancong-pelancong yang baru hendak ke Taman Negara Pahang.

Advertisements

~ by razifembi on October 3, 2009.

26 Responses to “Jom Masuk Hutan 4 : Kelah Sanctuary & Jeram Berkoh”

  1. Amazing. Tempat yang macam nilah yg saya teringin pergi. Sy juga meminati sungai, laut dan pulau2. 😀

    kalau dibenarkan memancing di Kelah Sanctuary hehe… makin seronok.

  2. sha tgk dalam tv diorg mandi kat kelah sanctuary tuh dengan ikan. boleh ke?waaaa…nieh yang sha suka! orang rummah anda sangat sporting utk berjalan bersama2…nywayz razif, congrats utk baby tuh ye!

  3. MasyaAllah…sungguh cantik ciptaan Allah.katak_ayu dah lama tak mengaktifkan diri masuk utan…i love challenging activities….last buat when I was in college..I missed those crazie thingsss……

  4. wahh.. best2.. kawan sangat obses dengan nature… kalo ada tempat mau sahaja diredah.. Huh! kalo casting kat sungai tu mesti best.. mau dapat ikan berbakul2. Tuan, jemputlah ke Kenyir.. bermalam kat boat house ke.. panjing ikan sampai patah tangan.. hehe

    • 2004, kerap ke Kenyir, sebab tinggal sekejap di kawasan sana.

      Tapi tak pernah tidur kat boat house . . .

      dan saya tidak berapa minat memancing. Cuma dulu selalu folo ikut orang memancing … lagi pun tak berapa berbakat memancing ikan ni ….

  5. wah kalau bawak mesin mancing boleh tak?

  6. Subhanallah…cantiknyer! Akak ni duduk jer kat Pahang kih kih kih,
    sampainya tidak! Nanti nak ajak hubby sekali. Tapi sure dia frust kalau tahu tak leh memancing.

  7. Seramnya tengok arus air kat jeram tu!

  8. Mak Ooi, berani Razif bawak wife yang dah “full term” tu ke tempat gitu. Jangan dik ooi. Bahaya. Lepas ni jgn buat lagi. Kalau dah tujuh bulan, naik kapalterbang pun dah tak dibenarkan lagi apatah lagi ke tempat sebegini..

    Dengar le nasihat kak yang dah beranak lima ni..

    • hehe …soryy sebab ini posting Jom Masuk Hutan 4 . . . terlupa plak nak bagi tau …trip ni pergi last year … nov …

      wife aritu mujur dapat lepat jugak flight even dah 7 bulan …hihi

      kalau bini dah sarat, saya tak bawak wife kat tempat mcm ni … apa2 susah …

      lama xdengar cerita … beli Alphard ..boleh la tumpang

      • Tau tak pe…nasib baik cerita lama. Kalau tak emak Razif pun berletiaq sama kot..

        Sekarang tgh sibuk membela arnab pulak. Seronok mengadap arnab hingga lupa makan dan blog PPB. haha.

        Alphard tak sampai lagi. masih dlm upgrading, tambah bodykit, dvd dll. nak tumpang, boleh…tapi Razif ni pemalu sgt. nak pinjam buku, malu. nak mai openhouse, malu. iskh..iskh..iskh.., tak de hidung apa.. hehe.

        Accord yg nak dijual ada saya masukkan dlm http://www.mampu.my….

        • Halamakk … nanti jangan last-last jadi hidangan di atas meja sudah Puan arnab tu . . .

          Takpun jadi sate pun sedap … heheh

          Fullamakkk … banggalah Puan berjaya!

          link yg Puan berikan tu broken ….tak lengkap

          • Alamak, silap taip.. mampu tu web kerajaan.. entah apa ada dlm otak saya masa saya tulis tu..

            Patutnya http://www.mudah.my

            Arnab tu, saya baru belajar bela dan baru sikit je. Nak tahu lebih detail boleh tgk dlm blog http://arnabzamrud.blogspot.com. Singgahlah.

            Daging arnab mmg sedap. Tapi lebih seronok bila dijadikan binatang kesayangan. Manja sangat.. hilang tension dibuatnya.

  9. fuiiii…romantika de amor kat dalam hutan tu…:P

  10. salam.. wah.. bestnyer snap pic kat dlm hutan.. banyak panorama2 indah kat situ.. (^__^)

  11. wah… beshnye…
    kalaulah ejam berkesempatan..
    hurmmm.. .

    tringin skali pergi mane2 singai or air terjun. . .

  12. Sampai hati.. hang pi tak ajak aku!!!!!!!!!!!!!!!!

  13. Kalo nak pi lain kali ajak aku ok! Dah lama tak ber XPDC neh

  14. kami sedang melakukan kajian pada pengaruh pemborosan kertas pada kerusakan hutan,,, kasih komen di http://ahnku.wordpress.com/2009/10/11/cintai-lingkungan-dengan-efisisensi-kertas/ ya?? kita tunggu sebuh solusi baru untuh bangsa…

  15. cantiknya……..

  16. eleh..kpg aku lgi juta enam tpt yg lbh cantik dari 2..yg datar2 mcm tu x main le beb.klu u tau air tjun “niagara” …haaa mcm 2 le dia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: