Jom Relax : Kompilasi 9 Cerita

>> Cerita 1

>> Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
>> Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
>> “Atok buat apa tu? “.
>> “Atok bagi surat kat kawan atok, cu!” jawab atoknya.
>> Cucunya bertanya lagi, ” Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu? ”

>> Cerita 2

>> Suami : Kenapa Sayang menangis?
>> Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang . . .
>> Suami : Buku apa?
>> Isteri: Buku bank abanglah..

>> Cerita 3

>> Ada la seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu.
>> Budak : Derma ape bang?
>> Lelaki : Derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?
>> Budak : Nanti jap saya ambilkan atuk saya.
>> Lelaki : ?????

>> Cerita 4

>> 3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik.
>> Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti.
>> Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

>> Cerita 5

>> Seorang posmen yang datang menghantar surat

>> Posmen: “Assalamualaikum”
>> En. Sameon: “Walaikumsalam”
>> Posmen: “Ni rumah encik Sameon ye?
>> En. Sameon: “Ya saya”
>> Posmen: “Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni”
>> En. Sameon: “Buat susah aje encik nie! Apasal tak pos aje?!!”
>> Posmen: “Betul jugak yer!???”

>> Cerita 6

>> Orang Asli Dan Polis

>> Orang asli : selamat pagi tuan
>> Polis : “Selamat pagi”
>> Polis : “Apa hal?”
>> Orang asli : “Saya nak buat repot tuan”
>> Polis : “Fasal apa tu?”
>> Orang asli : “Kawan saya di baham harimau”
>> Polis : “Pukul berapa?”
>> Orang asli : “Dia tak pukul, terkam ”
>> Polis :”Habis?…”
>> Orang asli : “Tak habis, tinggal kepala..”

>> Cerita 7

>> Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya:  ” Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke  saya membaca macam orang lain?”
>> “Dah tentu, ” jawab doktor.
>> “Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.

>> Cerita 8

>> Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
>> Shan : Kenapa menangis?
>> Amin : Saya datang untuk ujian darah.
>> Shan : Awak takut ke?
>> Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
>> Mendengarkan penjelasan Amin, Shan pula menangis.
>> Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
>> Shan : Saya datang untuk ujian air kencing…

>> Cerita 9

>> Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.  Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat berkenaan.
>> Polis : “Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?”
>> Penjaga : “Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.”
>> Polis : “Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?”
>> Penjaga : “Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya!”

* Terima kasih kepada empunya cerita dan aku paling terhibur dengan kisah cerita nombor 5.

Advertisements

~ by razifembi on October 8, 2009.

17 Responses to “Jom Relax : Kompilasi 9 Cerita”

  1. Aku taknak test air kencing woooo.. kikikiki

  2. Lawak ringan yg menghiburkan… thnx Razif!

  3. boleh meregangkan saraf

  4. >> Cerita 2

    >> Suami : Kenapa Sayang menangis?
    >> Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang . . .
    >> Suami : Buku apa?
    >> Isteri: Buku bank abanglah..

    —> boleh bagi kat yang berkenaan…yeayy!!

    thanks razif, this made my day:P

  5. suka kisah yang di baham harimau….hehe..

  6. citer kedua mmg paling lawak..
    ahaha..
    banyak jgk ejam x pena dgr…hehehe..

  7. aku pun terhibur gak jip…
    tq 🙂

  8. dlm byk2 tu, gamba kat atas yg paling kelakar skali…kah3!

  9. yang last sekali tu buat akak tersenyum. hehe..

  10. cerita no 3 paling kawan suka dan buat kawan terharu… ada kena mengena crite tu ngan aku… waaa..

  11. eh silap… cerita NO 2!! waaa

  12. ngee~ sengal je cite hahaha
    ok, mengembalikan keceriaan slps menengok keje yg melambak2

  13. What a fun Ha Ha Ha ha. .

    gs

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: