Jom Makan : Nasi Kandar Kampung Melayu

16 Oktober 2009 ( Jumaat ) – Hari Kelima

Hari ini seperti hari-hari sebelum ini, aku ‘ dihalau ‘ keluar lagi oleh Mak Guard yang bertugas kerana lama sangat aku menemani isteriku dan baby.  Mak Guard dan Pak Guard kat situ pun dah cam muka aku dan sudah berbuih-buih mulut mereka menasihatkan aku jangan temankan isteri lebih dari waktu yang ditetapkan.

Aku sengih jelah sebab memang aku yang bersalah dan ‘ketegaqq‘.

Last-last bila dah kena halau dan tak tahu mana arah nak dituju, aku teringatkan Nasi Kandar Kampung Melayu.   Terus aku bedal ke Kampung Melayu, Air Itam.  Aku ialah diantara ‘insan-insan istimewa‘ yang kalau rasa susah hati atau tak keruan mesti akan cari makanan.

Itu yang aku hairan . . . dengan insan-insan yang tak lalu nak makan bila dirundung masalah atau bila putus cinta.

Aku ni entahlah . . . susah hati ka, senang hati ka . . . kalau bab makan memang aku rela hati . . . hahaha!!

Mamak-mamak Nasi Kandar Kampung Melayu ni bila aku dok tangkap gambar depa bukan main lagi tersengih-sengih sambil ber’posing’.  Walaupun ramai yang beratur, tapi memang cepat dapat makanan kita.

Walaupun nasi kandar disediakan oleh mamak, namun minuman pula disediakan oleh pengusaha Cina.  Yang spoilnya sikit ialah restoran nasi kandar ini berdekatan dengan kedai sembelih ayam.  Jadi awal-awal datang mesti terhidu bau hapak ayam.

Nasi kandar Kampung Melayu ini hanya dibuka pada waktu pagi hari Isnin sampai Sabtu.  Ahad tutup.  Aku ‘tapau’ nasi kandar aku, balik makan kat rumah.

Perjalanan balik, aku tersenyum sorang-sorang dalam kereta mendengar celoteh K.E, Krill dan S.Y . . . Yang paling tak  tahan bila dengar Lagu Merapu Mat Salih.  Aduhhh !! . . . macam ni pun boleh . . .

Terima kasih kepada Sinar Pagi kerana aku sentiasa terhibur mendengar lawak spontan mereka.  Memang ngammmlahhh mereka bertiga.

Saja aku bungkus balik makan kat rumah kerana nasi kandar kalau dibungkus lama sedikit, kuah akan sebati dan meresap bersama dengan nasi.  Baru rasa macam ”feellll in the blank” bila makan.  Aroma dia pun naik semacam jerr . . . Kas-kas punya penangan . . .

Lagi satu, kuah kena kasi lebih bila makan nasi kandar ni.  Ada yang yang kata ‘banjir‘, ada yang kata ‘swimming pool‘ dan ada yang kata ‘ kuah campur‘.  Ikut sedap mulut masing-masing.

Tapi yang paling penting, sebelum makan pi basuh tangan dan bacalah bismillah.  Jom baby dah merengek, nak tukar pamper.  Sekarang baru aku tau susah nak jadi bapak.  Garu kepala.  Salam !

* Cuma nampaknya kali ini, aku makan sorang-soranglah tak berteman gayanya . . . orang umah pun dah mula berpantang . . .

Advertisements

~ by razifembi on October 19, 2009.

20 Responses to “Jom Makan : Nasi Kandar Kampung Melayu”

  1. best gilerrr…

  2. sha nampak sotong…sha nampak sotong!!! aduuuiii…nak jugak..(tgk cite papadom je yang mampu pon, nak gi sampai ke penang makan nasi kandar…erghhh…)

    * apa khabar wife dan baby?:)

    • Tapi ada orang yang tak lalu makan sotong …

      dan ada yang selera makan sotong tapi tak boleh makan .. orang kencing manis kritikal…hehhe

      wife and baby ok … ada masa akan update kan

  3. Aha..best nasi kandar. Teringat pasal ‘line clear”. Pegi penang rasanya kena pegi sana ler… 😀

  4. hepinye mamak2 tu. akak imagin ada peluh setitik dua masik ke dalam nasik …

  5. Bro Razif…
    uhurk3!!

    ape lg?..
    ejam pun dah lama x merasa nasi kandar nie…

    so, bila nak blanjer?..
    hee~~~

  6. errrmmm…sedapnya nasi kandaq kg melayu…yummmy!!!! my peberet!!

  7. salam…
    lama tak jengok blog razif ni sampai tak tau kisah org rumah dah bersalin ye? tahniah razif dah jadi bapak budak…..merasa la mkn sambil pangku anak!

    akak pun rindu nasi kandar…..lauk ayam madu…huhu..terlioq cek..

  8. Wah, nasi kandar!
    Telan air liur tengok sotong tu!

    p/s Gambar Mamak 3 orang yang paling atas tu macam dah nyanyi lagu bila larut malam pulak!

  9. wahh.. best tu tuan… lauk kegemaran kawan adalah kambing kuzi.. 🙂

  10. Baby sihat???

  11. dpt penangan kas-kas tu, mmg tidoq tk hingga. hehe.
    bila abg nk blanja mkn?
    bole tgok baby skali. hehehe.

  12. wahhh selera betul tengok. dapat lepas tengok papadom ri tu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: