Jom Masuk Hutan 3 : Berjalan Di Atas Titian Kanopi

Pagi itu, berbekal sebotol air mineral kami berdua meredah denai hutan untuk ke satu lagi tempat tarikan yang menarik setelah menyeberangi Sungai Tahan ke Pejabat Taman Negara.

Tempat yang dimaksudkan ini ialah Titian Kanopi yang tingginya terletak hampir 50 meter di atas pokok.

Salah satu cara untuk ke sini ialah dengan menaiki bot yang mengambil masa lebih kurang 10 minit atau satu cara lagi ialah dengan berjalan menyusuri denai hutan yang akan mengambil masa lebih kurang 40-50 minit untuk tiba di Titian Kanopi.

Di awal perjalanan memang mengasyikkan dengan pemandangan hutan yang menghijau yang disinari sinar matahari pagi.  Banir pokok-pokok merintangi jalan dan ada pokok  besar yang berukuran tujuh hingga lapan pemeluk lelaki dewasa.

Pokok yang cantik, tapi yang ‘sangapnya‘, bila ada manusia yang ‘buta perut’ mengukir nama mereka di batang pokok. tersebut.  Dah macam hendak menjadi penunggu pokok pulak.

Laluan denai hutan ke Titian Kanopi juga agak mudah diikuti kerana ada anak panah laluan ke sana.  Tapi bila semakin jauh ke dalam hutan, laluan tadi yang mendatar bertukar menjadi trek laluan ala ‘lori balak’.

Kena pulak ada kawasan berlopak dan berlumpur, aku harung jugaklah . . . Malam tadi entah-entah ada encik babi hutan berkubang kat situ pun bukan aku tahu.  Tapi mintak simpanglah . . .

Ada masa yang aku kena melongsor turun menuruni tanah tinggi berlumpur, merangkak dan melangkah mengangkang seluas-luasnya bila terjumpa dengan pokok besar tumbang yang merintangi denai.

Sekali fikir, terdetik juga ” inilah habuan takdak kerja pi cari kerja “. Hahaha !!

Jalan punya jalan, turun bukit panjat bukit akhirnya kalau dah terjumpa laluan kayu anak tangga tu tandanya anda semakin menghampiri kawasan Titian Kanopi.

Sabar.  Jangan berputus asa dan matikan niat hati untuk berpatah balik.  Kuatkan iman anda, kerana perjalanan anda sudah semakin dekat.

Itu kata-kata orang-orang macam akulah yang dah lama tak bersenam dan Perut Jalan Kedepan ( PJK ). Heheh !

Akhirnya.  Sampai juga di Pondok Titian Kanopi.  Punyalah penat sampai snap gambar terketaq-ketaq tangan.  Gambar pun blurrr.

Ni baru sampai ke ‘starting point’ Titian Kanopi, belum lagi melaluinya.  Tarikkkk nafasssss . . . . .pengsan

Bayaran yang dikenakan ialah RM5 seorang.

Dahaga tak payah cakaplah.  Betapa leganya dapat menghilangkan dahaga dengan sebotol air mineral.  Itupun mujurlah ada juga bawak air bekal, dapatlah juga minum menghilangkan haus.

Takdak air yang tertinggal dan terbazir di dalam botol seperti kebiasaan dilihat di tempat-tempat kerja.  Minum separuh, terbiar dan buang.

Di akhirat pula nanti macam mana pula nasib aku . . .

‘Wife’ aku, walaupun penat dan letih masih sempat lagi menghamburkan senyuman.  Hehe.  Aku faham erti senyuman itu.  Itu tanda penat sangatlah tu.  Nak bercakap pun tak terkeluar . . . tersenyum sahaja.

Tapi bila dah berada di atas Titian Kanopi, penat-penat semua hilang berganti dengan perasaan gayat pada mulanya.  Mana tak gayat, dahlah tinggi di atas pokok, titian tu pun bergerak-gerak, terbuai-buai kiri kanan dan melendut-lendut.  Kurus semangat aku!

Pokok dengan batang yang unik

Papan tanda 10 Meter maksudnya jarak di antara seorang dengan seorang haruslah 10 meter.  Ada di sesetengah tempat mengkehendaki kita berada 5 meter, bergantung kepada sejauh mana titian kanopi itu di tarik.  Makin jauh, jarak pun semakin jauh juga.

Tunggul pokok yang patah kelihatan dari atas titian

Tempoh hari, ada dua orang budak India yang berlari-lari dan melompat-lompat terkinja-kinja atas titian kanopi ni.  Titian ni punyalah beroleng-oleng kiri kanan, muka aku dah pucat . . . kaki pun dah rasa geli-geli gayat.  Mangkuk hayun betul budak-budak tu.

Last-last depa pulak bantai jerit panggil bapak depa pulak bila diri sendiri dah takut.

Aku.  Jangan komen bab perut tu . . . bukan senang nak capai tahap ni . . . Haha

Balik?  Bila aku fikir balik betapa jerihnya perjalanan ke Titian Kanopi melalui jalan darat, terus aku ambil keputusan balik dari Titian Kanopi ke hotel aku tumpang naik bot.  Dok dalam bot . . . melunjur kaki . . . lega !

* Malam-malam begini, tinggal sorang-sorang . . . teringat pada wife and baby Hassan dari kejauhan . . .

Advertisements

~ by razifembi on November 3, 2009.

16 Responses to “Jom Masuk Hutan 3 : Berjalan Di Atas Titian Kanopi”

  1. tak penah sampai lagi ke sana, teringin sungguh. cantik gambar.

  2. Tengok gambar sikit pun tak terasa penat, teringi ke sana utk cabaran. Seronok dalam gayat ketika berada di atas titian tu kot.

  3. eh, bukan wife dalam pantang ke? ke nieh posting kenangan?

    * cantik2 gambo2 nieh..geraaaammmm!!!

  4. Assalamualaikum.. Bro saya ada singgah kat u punya blogspot..
    Boleh email pd saya info & tip lawatan ke parapat, brastagi & medan..
    Insyaalah 30 Nov ni saya sekeluarga akan kesana.. Terima Kasih.

  5. salam Razif…
    Ni cerita zaman bila? zaman lps bersalin ke sebelum? meh datang Sabah, kita naik kanopi walk di Ranau, mau muntah hijau akak tp sib baik maintain cun bila sampai atas. Cuma masa jln kat jambatan tu mmg pucat lesi, ketaq seluruh bdn. Tapi seronok bila fikir balik…..

    • Puan, gambar last year nih . . .

      InsyaAllah ada rezeki kami sampai ke sana nanti . . .

      Kundasang . . . KK … Mamukan …Sipadan …. Haihhhh …terliur … mana tahu rezeki baby nanti …

  6. wah ak penah nek gak canopy walk tu. awal2 eksen tp bile tgk bawah cuak gak

  7. cantik sungguh!

  8. tringat memori masa pi dgn mak dulu. saja hinggut-hinggut titi tu bila mak nak lalu. muka dh pucat lesi dh. nway, sabtu& ahad ni nk ke tmn negara lagi.

  9. salam dari Kajang bro !

    Masuk utan nie best bro… aku pun mengidam gak nak masuk utan tapi bila terpandang perut yg mengunung… he he dua x lima gak la perut kita !

  10. salam.. memang best wat aktiviti camni… di tambah plak ngan mancing skali… uih.. best2… kalo dulu tahan jugak lama2, skrg mungkin akan kempis peparu.. stamina dh abess.. brape panjang kanopi gantung tu tuan?

  11. sungguh2 terpegun tengok gambar yang amatlah cantik…

  12. salam.. wah.. memang nice pic la.. bestnya dapat masuk utan.. lagi best de dslr tu.. semakin lama.. semakin jeles sy bila tgk pic2 yg indah ni..

  13. Lots of of folks blog about this topic but you said some true words!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: