Tenggelamnya Mentari Di Seberang Perak

Dah rasa macam pemandu bas ekspress pulak dah bila setiap hujung minggu aku ni terkejar-kejar berulang alik dari Penang ke Putrajaya dan sebaliknya.  Kereta aku ni pun rasanya dah patut kena tukar cat ke warna bas ekspress Konsortium.

Selalunya hari Jumaat aku cabut ke Putrajaya, malam Ahad baru aku bertolak balik Penang.  Sampai rumah jam 2-3 pagi.  Dapatlah aku pengsan sekejap dua tiga jam.  Belum sempat nak nyenyak dah kena bangun bersiap untuk ke tempat kerja.

Mujurlah aku ni jenis yang takdak perangai hendak mengambil cuti sakit sewenang-wenangnya.

Penat memang penat, itu tak kira lagi bab sengal-sengal belakang dan kejang kaki kanan bila dok tekan pedal minyak memanjang.  Tapi itu semua aku tak kisah asal boleh aku bersama dengan anak aku, Muhamad Hassan dan wife di Putrajaya.

Ahad lepas, sementara memandu melalui jalan Teluk Intan ke Setiawan, aku melalui Seberang Perak yang terhampar dengan lautan bendang ( sawah padi ).

Kebetulan pulak melintasi pada waktu matahari yang sedang terbenam, sinar cahaya matahari  yang redup menampakkan dirinya yang bulat tanpa silauannya.  Memukau mata !

Sudilah kiranya tuan puan meluangkan masa untuk Persembahan Tenggelamnya Mentari Di Ufuk Seberang Perak . . .

Sekian

Advertisements

~ by razifembi on November 9, 2009.

45 Responses to “Tenggelamnya Mentari Di Seberang Perak”

  1. No doubt you are talented Razif!

  2. Kecantikan alam semulajadi campur bakat semulajadi…….

  3. sorang bapa mithali ni…..rupanya org rmh kt Putrajaya?

    cantik2 la gambar tu, jeles akak ni…..

    • Orang rumah sekampung . . . tapi pak n mak mertua kerja sana . Bini tinggal sana berpantang …

      Biasa saja gambar tu, banyak yang kurangnya bagi siapa yang pakar dalam bidang fotografi.

      Tapi pemandangan sebenar memang sangat indah.

  4. nak tunggu entry “timbulnya mentari di seberang perak” lak.. hehey

  5. Saat2 indah yang kalau boleh tak boleh dilepaskan. Sama juga ketika munculnya mentari… Satu bonus kerana dapat merakamkannya.. 🙂

    • Rezeki pada hari itu . . .

      Tak dirancang pun sebenarnya. Dalam keadaan penat pun ada. Jadi taklah saya menggunakan tripod untuk shutter speed yg lebih perlahan. Guna tangan kosong dan berbekal ISO yang tinggi untuk elak blur …

  6. sila cat kereta anda kaler bas ekpress secepat mungkin,kekekekke.
    pengorbanan anda dihargai sesgt oleh isteri dan anak.

  7. sha terbaca tenggelamnya menteri di seberang perak.hahahaha..ingat samy vellu tenggelam tadi! tersalah baca. sori:P

  8. Erm..nak kena beli kamera canggih cam Razif punya jugak la… Cantiknya gambar pemandangan ciptaan Illahi…

    Hari tu, dlm perjalanan balik ke Pg dari Pk guna PLUS, kat Bkt Gantang, pemandangan senja amat memukau. Di langit ada seperti tulisan ayat Al-Quran. Warnanya indah menginsafkan. Abadikan dlm ingatan je lah..

    Bila wife habis pantang?

    • Lagi sepuluh hari lagi habis lah Puan .

      Kamera saya biasa sahaja dan murah . . . Bagi yang berduit macam Puan boleh mendapatkan Nikon d700 ke or D3 . . . Baru berstail.

      Hehe.

      Kalau kamera sentiasa di sisi . . . jangan lepaskan peluang. Snap jer gambar tu…letak kat blog …bley kongsi dengan kawan2

  9. Keindahan tiada tandingannya!
    terus jatuh cinta dah ni ;D

    jauhnya? dari penang-putrajaya?
    xpe, demi keluarga yang tercinta kan2?

  10. naik je lah bas cik remi…
    boleh tidur sepanjang jalan…

  11. cantiknya mentari tu…

  12. Subhanallah, pesonanya pemandangan matahari terbenam di kala sore. Direlung hati kita terasa syahdu menyaksikan ciptaan Allah ini.

  13. ..salam rf..agaknya perjalanan tuan membuat kenangan..suatu hari nanti pabila mhassan berlari-lari kecil..disatu pantai..mentari sedang membenam..rf akan terkenang waktu ini..akan teringat lirikan jelingan isteri yang menyambut ketibaan rf pada hari jumaat..sewaktu itu tidaklah terasa sangat lelah dan penat…kan?..:)..pakmat pernah mengalaminya..

  14. cat keter ke warne bas expres..
    ahaha..
    seyes lawak…

    yang 1st pict paling lawa…
    yang panorama pun lawa jgk..
    sume lawa..
    🙂

  15. cantikk gambar tu tuan… mesti lama menunggu tu.. tepek la lagi gambar cantik kt blog nie… eerr, cepat semayang maghrib, dh masuk waktu dah tu.. hehe

  16. di waktu senja di musim yang lalu..

  17. salam bro, nice sunset, tlg la ajr aku mcm ane nk dptkn sunset mtahari membulat mcm tu ek, aku buat xpnh nk jd,huhu..plish2 sifu

  18. rasanya nk kne blajar snap pic dgn abg. tp blom punya kamera mahal lg. hehe.
    abg ada fb?
    add la saya.

    • Ohhh tidakkkk … katakan tidak pada FB …

      takut terjerumus pulak dengan FB …cukuplah dengan blogging ini sahaja … hehehe..

      komitment pun dah bertambah …

  19. sengal2 kaki pun sempat petik gambo tu…;)

    • Rezeki jangan ditolak Mr Jambu … bukan senang nak dapat matahari bulat mcm tu …

      lagi pun kat seberang perak tu memang cantik … kalau ada masa and geng sure aku turun sampai ke bendang tu ..burung bangau pun ada

  20. Sama kes ngn abg aku. Tapi dia ulang alik dari Kl ke Sg petani. Dia keja kat KL. Kesian aku tgk dia. Tp nk buat mcm mana. Dugaan alam perkahwinan.

  21. wahh…cantik2…
    x pelah kalau penaat tapi tertunai tanggungjawab dan puashati…
    bandan penat pon boleh lupa…:)

  22. salam..
    good job…jauh berjalan…luas pengalaman tpi penat berjalan…

    🙂

    Salam kenal..

  23. Sungguh indah ciptaan Ilahi.
    Syukur kerana dapat berkongsi melihat gambar yang indah di blog ini.
    Seni fotografi tuan memang sangat mengkagumkan..

  24. Salam.. wah.. indahnya ciptaan ILLAHI tu.. teringin nak tengok pemandangan tu.. memang best pic2 yang incek razif amik ni.. teruja sesangat… (“,)

  25. Sentuhan yang membangkitkan ketenangan..Congrats

  26. cantik benar. beruntung saudara dapat menyaksi dan merakamnya

  27. Lamer x update journal bang…

  28. lama xupdate;)

  29. Hai, Cik Razif kita ni mesti gembira sangat menimang anak hingga lupakan anaknya di alam siber ini (journal ini lah)…

  30. Aslkm,ape khbr tuan rumah ?nice info web,keep blogging ok,kalau ade mase,please viist blog saye ni plak di http://sepontan.blogspot.com ,ok jumpe lg erk….

  31. nice photo bro!

  32. nice photo bro!

  33. Hey every one, can anyone help please.

    Why will not the hyperlinks on the top menu of the website webpage that post a comment work for me?

    Cheers

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: