Jom Phuket : Drive ( Hari Pertama )

Nak pi … tak pi …. nak pi ….tak pi …. last-last aku sampai jugak di Pulau Phuket.

Bertolak dari Penang seawal jam 6.30 pagi menuju ke Bukit Kayu Hitam bersama satu lagi famili, singgah di RnR Gurun untuk minum sebentar.  Alhamdulillah cuaca pun elok.

Meneruskan perjalanan ke utara sehingga tiba di Changlun, terdapat kedai-kedai yang menguruskan siap-siap dokumen untuk ke Siam, kami berhenti untuk menguruskan “borang putih” untuk setiap passport.  Isi nama, tarikh lahir, nombor passport dan sain pada muka hadapan dan belakang “borang putih” tersebut.

Selepas itu serahkan salinan geran kenderaan untuk urusan insuran kereta kita semasa di Siam nanti.  Bayaran untuk kereta ialah RM 16 manakala untuk MPV ialah RM 25.

Puas aku tunggu Mr. Roslin ni kat tepi highway Sungai Dua

Setelah selesai, teman saya uruskan penukaran duit RM ke Baht dan jangan lupa untuk isi siap-siap minyak sepenuh mungkin kerana harga minyak di Siam mahal berbanding Malaysia.  Jangan sampai melimpah sudah …

Harga seliter mencecah RM 3.20 . . . Hooooooo..

Sampai di pintu keluar Bukit Kayu Hitam, serahkan passport kepada Imegresen Malaysia untuk dicop dan terus ke Imegresen Siam.

Bagi yang tidak tahu, saya ceritakan sedikit prosedur untuk membawa kenderaan ke Siam.  Sapa yang dah terer tu boleh la share apa yang patut sebab ni 1st time aku bawak masuk kereta ke Siam.

Letakkan kereta dan semua orang kena termasuklah baby aku Hassan berjumpa dengan imegresen Siam untuk diambil gambar dan dicop passport.

Oh! sebelum terlupa, tolong sisipkan siap-siap wang seringgit dalam setiap passport untuk Imegresen Siam.  Jangan bagi duit lebih.  Siam ni tak bagi duit baki nanti!

Uruskan dokumen insuran kenderaan di kaunter hadapan.  Kemudian bila dah dapat ‘green light’ bawak kereta untuk diperiksa ( terpulang pada imegresen Siam ) dan kami teruskan perjalanan ke Phuket.

Kelapa sawit pun ada kat Siam nihh

Danok – Phatalung – Trang – Krabi – Phanga – Phuket . . . antara penunjuk jalan  sebelum sampai ke Phuket.

Senang cerita hampa beli ja GPS … amat-amat membantu.  Kat Siam ni tulisan semua dalam tulisan dia.  Pusing-pusing macam tulisan Tamil.

Kawasan Krabi yang dikelilingi bukit batu kapur.  Di sini kelihatan ramai orang Muslim yang berniaga.  Kalau sempat tu boleh berhenti seketika untuk menikmati ayam golek di kawasan sini yang dijual oleh peniaga Muslim.  Kalau cakap bahasa Omputih, jenuh! sepatah haram depa tak tau!  Last-last kena kecek jugak bahasa Melayu Kelantan … oklah kan!

Di dalam tandas-tandas stesen minyak sepanjang lebuhraya ada terdapat kotak-kotak seperti di atas yang turut menjual kondom dengan harga yang murah.

Bab ni yang buat aku rasa-rasa macam nak pengsan … haha!  Minyak seliter lebih kurang RM 3.20 . . . Lepas tu, minyak Siam ni ada macam-macam jenis . . . jangan salah pilih sudah.

Sambil mata tu dok tengok meter harga kat pam tu . . . urut-urutlah dada semoga tak semput lepas nihhh!!

Akhirnya kami sampai di Phuket dalam jam 6.40 petang . . . Punyalah sengal pinggang aku drive lama-lama . . .Sampai pun dah lewat, kami duduk di Tina House dengan harga RM50.00 semalam.  Jadilah buat lepas mandi and tidur malam ni.

Malam tu apalagi jalan-jalan cari makan kat Arab Street . . . cari seafood . . .

Amacam ?? macam menarik tak makan kat restoran ni?  Kedai Pak Arab Lubnan . . . penuh kiri kanan jalan ni dengan kedai Pak Arab . . . seafood lagi ….

Pak Arab Lubnan . . .

Mula-mula ingat nak makan udang size raksasa . . . tapi last-last terpilih lobster plak … Pak Arab kat atas dok rekemen kami masakan lobster ni . . . kononnya sedap kalau bakar dengan minyak zaitun dan tah apa-apa lagi …

Dengar Pak Arab ni cerita pun dah menyelerakan !!! Aduh . . .

Baby Hassan ni pun cuak tengok lobster ni … Pak Arab nih jual 100g dalam RM14 … kalau kat Malaysia boleh capai sampai RM 30.00 untuk 100g …

Bila aku suap saja isi udang kara ni … hampeh !! TAWAQQ . . .

Pak Arab ni sembang ja lebih . . . aku pun satu hal pi percaya Pak Arab masak masakan laut . . . Pak Arab ni memang jarang makan ketam dan udang . . . sampai ada yang kata makruh makan udang dan ketam …

Hassan and his Tuk Tuk and me as his driver . . . Sayang Hassan … Habis pipi Hassan semua orang tarik …

Berjalan balik dengan hampa . . . Takpalah Hassan, Ayah pujuk Hassan dengan bola cahaya untuk Hassan tokak.  Nanti kita jalan-jalan cari makan kat tempat yang best.

~ by razifembi on June 20, 2010.

13 Responses to “Jom Phuket : Drive ( Hari Pertama )”

  1. huh terbaik ah.. sampai c nie ja ka.. ka ada lagi part2 len??

  2. saya tunggu entri hari kedua plak.

    abg razif, rajin-rajinkan update. tempeq gmbaq hassan byk sket. hehe

  3. Hi Razif.. salam berkenalan.. terjumpa blog kamu yang ini.. Salam berkenalan… Happy blogging yerp/.//

  4. Harga minyak petrol lebih mahal dari Gasohol. Petrol dia ada pun RON 91. Gasohol ada 2 jenis iaitu Gasohol 91 dan Gasohol 95.

    Aku pergi Chiangmai pada 15/11/2010-18/11/2010, Harga Petrol 36.99 Baht, Diesel B5 28.99 Baht. Diesel biasa 30.99 Baht.

    Aku naik van Siam Toyota Commuter isi minyak lebih 1900 Baht untuk tangki penuh.

    Gambar pam minyak stesen minyak PTT, Biru itu diesel biasa, Kuning tu Gasohol 95, Merah tu petrol(Bensin di sebut di Siam) RON 91.

  5. drive kat siam boleh pakai lesen memandu malaysia tak

  6. kalo masuk sana geran kereta photostat aje atau kena perlu diakui sah (sebab geran ada pada bank)
    Terima kasih.

  7. geran photostat pun dah ok ….

  8. bro, prosedur nk msuk siam ngan keta malaysia sush x?klu pinjam keta kwn bwk msuk siam nk jln2 krabi bleh ke?mnta tolg ajr cra2 n prosedur

  9. bawa geran photostat …. kalau kereta pinjam ..xpasti mcm mana …

  10. geran photostat pun boleh tapi kena nama sendiri atau penama atas geran tue pergi skali kalau x,mmg x boleh masuk siam nanti psl kena declare kat kastam siam…kastam siam nak penama di geran yg declare n sign borang tue…

    • bro kata penama ats geran potostat kna ikt skali? cmna tu ea? klu sy pinjam van membe, dya bg copy geran kt sy, sy dikira penama la ea n sy kna ikt skali la kn, tu kn mksudnya?

Leave a reply to azri Cancel reply