Jom Phuket : My Day ( Hari Kedua )

Hari kedua, selepas makan malam yang mengecewakan, siang hari tu kami mencuba untuk merasakan sendiri masakan yang disediakan oleh orang tempatan di situ.  Pusing-pusing kawasan Patong tu, akhirnya kami berhenti di sebuah restoran kampung yang dipunyai oleh orang Muslim.  Restoran Assama . . .

Mula-mula tu pesan telur dadar, tomyam campur dan daging masak sambal . . . last-last yang tiba daging-daging hitam berlada … jadilah! Kami pun yang dah kebulur . . . tak kisah sangat apa yang tiba . . .

Dia punya daging hitam berlada punyalah sedapppppp . . . puas kami makan siang hari tu … Hassan pun makan telur sampai bising-bising kalau lewat suap…

Bila dah pedas tu. . .kena pulak dengan kopi ais yang pekat pulak …lagi masyuukkk rasanya …lega!!

Dalam dok ‘pulun’ makan tu, ternampak kabel-kabel yang tak tentu hala di atas kepala … berselerak! kalau ada part yang punah tu, jenuh la merepair ….

Dah abis makan, kami siap-siap barang berpindah dari Tina House ke Hotel Hyton Leelavadee.  Semalam di sini pada ‘low season’ tanpa sarapan dalam 1200Bath ( RM 120).  Low season ni jatuh pada bulan Mei hingga November kalau tak silap aku.  Time ‘peak season’ harga hotel semua berlipat ganda . . .

Aku puas hati dengan hotel nih.  Memandangkan kami datang dengan kereta, tempat parking kereta juga tersedia.  Kolam mandi pun ada.  Boleh la aku mandi dengan Hassan.   Bilik pun besar, toilet pun best.

Yang kurang bestnya, hotel ni jauh sikittttttt je dari kawasan ‘gempakgempita’ pantai Patong.

Lepas check in hotel+berendam sat dalam kolam dengan Hassan, kami ronda-ronda di sekitar pantai Patong.  2,3 bijik motor besar berdesuppp sebelah kami.  Bukan main laju lagiiihhh…

Bila aku lalu sekali lagi depan jalan pantai Patong, baru aku perasan ada motor besar untuk disewa.  Aku pun cuba tanya harga sewa bagi motor besar.

Kalau motor Yamaha R1 … sehari sewa dalam RM250…. fuhhhhh!!!

Last-last aku cilok ja Honda CBR 600cc …sehari dalam RM 80.00

jadilah …buat aku merasa naik motor besar ni.

Bagi yang teringin tu, kena pikir panjang jugak la sebab kalau nak sewa motor ni . . . kena tinggal passport kat Siam tu.  Anda berani?SILAKAN …hehe

dan lagi satu, tolong la tengok habis-habis condition motor tu sebelum sewa.  Hari last masa aku nak pulangkan motor tu, budak siam tu kata aku bagi jatuh motor sebab ada sikiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit scrashhh … kureenggg sungguh!

pucat jugakla awal-awal tu, sebab tengok budak siam tu macam berkeras dengan aku dok kata aku bagi calar motor dia.

Mujur last-last dia pun cool….selamat aku!!

Patutla ‘low season’ . . . sekarang ni musim hujan.  Sampai dalam hotel pun ada jual baju hujan.  ‘Ikan duyung’ nak berjemur macam mana.

Petang tu aku meronda sakan dengan Mama and Hassan … Bergaya dengan motor Honda CBR … haha!

Tapi abis laju pun aku bawak dalam 40kmj jerr ..wakakakaka…

Mat Hassan ada belakang au dok melompat-lompat …bahaya jugak kalau aku blah laju . . .

Hassan oh Hassan …

Advertisements

~ by razifembi on June 22, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: