Jom Phuket : Syurga Urut & Seafood ( Hari Ketiga )

Budak Hassan ni dah lunyai aku ‘kerjakan’ di Phuket ni.  Ke sana sini Ayah &Mama usung.  Mujurla tahan lasak jugak budak ni.

Memang bersepah-sepah pusat mengurut ni di Phuket.  Pusing punya pusing, last-last terjumpa satu kedai facial+urut kat area night market Patong ni yang menawarkan harga yang murah. ( Patong Beauty Saloon )

Bukan saja murah, tempat pun best!!  Minah-minah dan kak long-kak long yang mengurut kat sini punya la ramah tamah dan mesra, patotla ramai jantan-jantan ‘tertewas’ di sini . . . ishk ishk !!

Punyalah baik dan mesra terhadap pelanggan, sampai Mat Hassan ni pun diaorang ‘facial’kan sekali !!

Aku pun ambil kesempatan cuci muka aku, siap sedut segala jadah lemak-lemak dan ‘white head’ kat muka aku ni.  Sampai tersumbat-sumbat tiub sucker tu . . .

Lepas tu, muka dicuci dengan koko krim dan diletakkan timun yang sejuk di seluruh wajah.

Punyalah nikmat masa tu . . . Dunia …Dunia !!

Harga untuk perkhidmatan ‘deep facial cleansing’ tu .. baru RM15 . . .

Memang sangat berbaloi !!

Saat aku menulis artikel ini, jiwaku meronta-ronta untuk kembali ke Phuket . . . hehe!!sorry ter’over’ plak!

Jauhi dan jangan menghampiri ZINA

Makan tengahari di Wai Restoran yang terletak di hujung sekali Pantai Patong.  Rata-rata Siam Phuket ni memang blurrrrrrrrr+blank abisss dengan bunyi-bunyi bahasa omputih.

Adakalanya lebih baik bercakap dalam bahasa Melayu dialek Kelantan, atau cakap sahaja Muslim restoran atau Halal food bila mencari makanan halal.

Janngan makan lobster kat area Arab Street . . . hampihhhhh!!! Carilah gerai seafood Siam.

Tak pernah aku tengok udang rimau sebesar lengan budak sekolah rendah.  Ni pertama kali aku tengok udang sebesar ini.  Subhanallah …Udang saiz RAKSASA . . .

Night market yang happening di Patong.  Di tengah-tengah jalan gerai jual makanan, di tengah-tengahnya bar-bar dan disko-disko yang penuh dengan sekalian umah manusia . . .

Ada satu tanda jalan berhampiran dengan hotel Baan Lamai, menunjukkan simbol orang mabuk yang merangkak melintasi jalan.

Hassan jumpa lagi dengan Bar Lady yang menjaganya semalam . . .  Alhamdulillah!! kami dipertemukan dengan orang-orang yang baik disepanjang percutian kami kali ini.

Advertisements

~ by razifembi on July 30, 2010.

4 Responses to “Jom Phuket : Syurga Urut & Seafood ( Hari Ketiga )”

  1. depa kasaq. sedap ke urut?

  2. Tukang urut mesra pelanggan satu hal, si Hassan pun lebih kurang je…..mungkin dia tgk ada iras2 org sana kot? hehe…tu yg Hassan layu….

  3. Spot on with this write-up, I truly think this website needs much more consideration. I’ll probably be back again to read some more, thanks for that info.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: