Jom Ubat : Bukan Ubat Kuat, Tapi Baik Untuk Kesihatan Seksual

Bukan aku meniaga atau nak promosikan ubat kuat yang tak tentu hala macam iklan di atas . . . Cuma baru-baru ni terlajak aku ke sebuah farmasi untuk mendapatkan stok ubat bitreen aku yang dah nak habis.

Hari tu, nak jadi cerita . . .  mulut aku ni gatal bertanya banyak sangat kat Salegirl farmasi tu . . . daripada nak beli ubat bitreen aku tersapu sekali ubat-ubat lain . . . adoii bocorrr wallet aku !!

Kenyang makan ubat le aku lepas ni . . .

Bila aku tanya salesgirl yang aku panggil KakCeh tu vitamin apa untuk kuku dan rambut terus KakCeh tu angkat satu botol vitamin Zink bagi kat aku . . .

Lepas tu entah apa yang diterangkan tentang botol ubat tu kat aku pun aku tak berapa jelas . . . cakap punyala laju!!

Bila dia tengok aku macam tak beberapa minat . . . terus KakCeh tu bisik-bisik kat orang rumah aku sambil tersengeih-sengih …

Rupa-rupanya zink ni dapat meningkatkan kesihatan seksual yang seterusnya . . . suami .. isteri dan dot dott

hampa paham-pahamlahh . . .

Ni info yang dapat aku google dari internet :

Jika dilihat dari sudut kesihatan seksual kaum lelaki, zink adalah sangat penting untuk kesihatan zakar dan prostat. Kelenjar prostat mengandungi lebih zink jika dibandingkan dengan organ-organ lain di dalam badan. Penambahan zink akan menghasilkan peningkatan dalam kadar testosterone bebas di dalam darah. Pada masa yang sama, penambahan ini akan menyebabkan peningkatan pada syahwat, mengurangkan keletihan, dan juga memperbaiki kesihatan seks. Kekurangan zink pada lelaki boleh menyebabkan hypogonadisma, di mana zakar mengecut dan kehilangan fungsi.

Satu lagi impak menarik tentang zink ialah air mani juga mengandungi kandungan zink yang tinggi, 700 kali lebih banyak dari plasma darah. Sebabnya tidak jelas namun dengan setiap pancutan, seorang lelaki dewasa akan kehilangan 0.7mg zink bagi setiap ml air mani. Jika tahap zink tidak diganti, kesannya ialah seseorang itu boleh kehilangan tenaga syahwatnya.

Buat abang-abang dan pakcik-pakcik pelanggan setia ubat kuat di tepi-tepi jalan tu mahupun di RokWok tu . . . berhenti-hentilah . . .

Lepas ni boleh cuba makan zink pulak.  Murah pun murah . . . dan yang paling penting SELAMAT !! kalau tidak tak pasal-pasal keluar akhbar esok hari.

* Teringat ‘dolu-dolu’ aku pi makan ubat cina yang takdak kelulusan KKM, memang hilang segala sakit-sakit urat aku, tapi akibatnta sampai aku terkencing-kencing dalam seluar jadinya . . . Cilakakkk sungguh !!
* Thanks. Semua gambar dari internet.
Advertisements

~ by razifembi on August 8, 2010.

One Response to “Jom Ubat : Bukan Ubat Kuat, Tapi Baik Untuk Kesihatan Seksual”

  1. saya naka tanya sebab apa bila air mani bila klimaks tidak terpancut tapi meleleh sahaja…adakah kea mengena dengan prosttat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: