Jom Singapura : SkyPark, A Great Day Robbery

Berkesempatan berkunjung ke negara jiran Singapura pada bulan Julai lepas.  Memang inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Singapura.  Disebabkan prosmosi yang ‘boombastik’ sejak akhir-akhir ini oleh perlancongan Singapura, aku pun ‘terlentok’ dan ‘terpoison’ ke sana.

Pergi ke sana dengan perkhidmatan penerbangan Tiger, syarikat tambang murah milik Singapura, macam Airasia jugaklah cirinya.

Yang bestnya tambang baby Mat Hassan lebih mahal daripada kami berdua . . . apa nak buat.  Mujurlah stroller Mat Hassan yang besaq gaban tu tak dikenakan caj.

Inilah bahagian atas Marina Hotel yang digembur-gemburkan oleh Singapura.  Bahagian atasnya terdapat hamparan dek seolah-olah seperti kapal di atas bangunan.  Kisah ” Horizon Swimming Pool” yang kononnya seperti berenang di penghujung lautan juga terletak di atas taman ini.

Kawasan yang dipanggil Merlion.  Ramai umat manusia bergambar kat sini.  Salah satu mercu tanda Singapura …

Sempatlah aku bergambar dengan berlatarbelakangkan Hotel Marina ni.  Di sebelah kanan gambar terletaknya Jambatan Helix yang baru dibina.  Jambatan bentuk macam susunan DNA . . . kalau aku tak silap …ha ha ha

Ada apa kat sini? ha ha ..ada jambatan je la ..yang berpintal-pintal . . . jangan peniinggg sudah jalan dalam jambatan ni.

Pujuk-pujok la hati ni, kata ni trip kali mesti menarik … bukan main jauh lagi kami berjalan dari kawasan merlion tu merentasi dewan dome ke Marina Hotel ni . . . dalam 3 -4 km juga la aku menapak.

Hassan baguihhh dok lena dalam stroller … pengsan!

Lencun baju aku …berpeluh … budak ni dengan wajah mandom ..baru terjaga ler tu .  Elokla Hassan . . . Ayah and Mama pun baru jer sampai kat atas Skypark ni.

sapa nak kira uban?

Bila sampai kat atas tu  . . . adik ipar aku kecoh-kecoh yang rambut semua orang tegak tergantung ke langit.  Entah apa sebabnya, nak kata cas elektrostatik semasa naik lif pun mungkin jugak.

Tapi ada satu rancangan ni tentang seorang jurukamera yang gemar merakam gambar kilat dan halilintar, menyatakan jika rambut kita tegak di tempat yang tinggi bermaksud akan berlaku hujan atau kilat seketika nanti.  Wallahualam.

Dek Skypark

Permandangan di atas Skypark.

Inilah dua gambar yang dimaksudkan sebagai Horizon Swimming Pool.  Kolam renang ini kelihatan seolah-olah terletak di penghujung horizon, kalau silap berenang boleh jatuh ke bawah hotel.

Berdasarkan gambar-gambar yang disiarkan dalam email, nampak memang menakjubkan.  kelihatan luas saujana mata memandang . . . tapi bila dah terbentang depan mata . . .kolam yang dikatakan seolah-olah keajaiban ni tampak sememehhh saja bagi aku . . . Kalau nak merasa mandi kolam ni, kena check in hotel ni dulu. . .

Kalau setakat pelawat macam aku, boleh main acilot hambat-hambat ajela kat atas Skypark ni . . . Bukannya ada apa pun yang MENARIK  kat atas ni . . .

Hati kecillll ‘mengamukkkk’ . . . Cehhhhhh!!!!  Buang karan buang duit . . .

Dan sebelum aku tutup kisah ni, aku nak bagitau geng-geng sebelum nak naik ke atas Skypark tu hampa kena bayaq sorang 20 dolar Singapura lebih kurang RM 47.00 . . .

Jadi hampa pikiaq la habis-habis sebelum nak naik tu . . . bukan apa . . . kalau hampa duit banyak sekali pun , aku rasa tak berbaloi sekali lawatan ke Skypark tu . . .

Tu bagi yang berduit, bagi yang kurang ber’uang’ macam aku ni apatah lagi . . . bila turun dari Skypark tu . . . aku jadi blank . . .

Apa yang aku buat kat atas sana . . .

Bila sembang dengan seorang pemandu teksi tentang pengalaman kami sebentar tadi . . . terus dia cakap

” Uhhhhh !!!! …itu The Greatest Day Robbery tuuu …. Dahlah mahal, takde apa pulak tu “

aku dengar dengan kecewa …

Advertisements

~ by razifembi on September 22, 2010.

9 Responses to “Jom Singapura : SkyPark, A Great Day Robbery”

  1. itu bukannye skypark tapi skypork.. hahahaha.. kapitalis di mana mana..

  2. Salam lebaran yang terlewat. Singapura tak seronok, Malaysia ada macam-macam yang Singapura tak ada.

  3. amat setuju …

  4. hampir menjadi org singapore dulunya, nasib baik tidak!
    kali terakhir pergi tahun 90an, saudara mara ramai disana tp mereka yg selalu turun Semenanjung…..hehe…mesti boring dok sana.

    note: tak berapa suka kesana, org s’pore jgn marah ye..

  5. baru ingat nak pergi. tapi ambil gambar dr bawah lagi cantik

  6. salam Mr Razi,

    fuhh, lama tak pegi singapore, kali terakhir pegi 1996. dgn family jalan-jalan, tu pun takda apa yang besh lagi.

    Lepas tgk gambar2 ni, rasa nak singgah next year, agak2 brp dah mr Razi abis budget?

  7. dah nk siap kasino tewww..

  8. Sebenarnya tempat yg awak pergi ni, sama mcm kita naik bangunan KLCC tuh. Tujuan apa bila kita naik tempat tinggi nih?Pada pandangan saya biasanya org nak tgk pemandangan sekeliling. Macam naik sky flyer..dalam sky flyer takde apa-apa tapi yg org ghairah tu sebab pemandangannya. Bagi photographer inilah peluang mereka ambil gambar, seperti yg awak rakamkan ni..tetapi mereka buat duit.Tetapi org mcm kita yg memang takde tujuan ke sana…rasa boring dan membazir. Pemandangan tinggi seperti ini..perlu berbayar. Duduk hotel,naik helipkopter,flight,sky flyer..semua perlu berbayar. Pendek kata takde yang ‘percuma’ kat dunia ni.

    So,terimakasih pada gambar2 yg awak rakamkan..sekurang2nya kita yg tak pernah pergi dapat juga tgk pemandangan S’pura. Kalau saya berpeluang ke sana….tujuan saya pasal nak ambil gambar tentang keindahan langit ciptaan-Nya.SubhanALLAH. Cantik..!Terimakasih share gambar yea..:-)

  9. Penyenangkan sekali liburan di SkyPark ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: