Jom Phuket : My Day ( Hari Kedua )

•June 22, 2010 • Leave a Comment

Hari kedua, selepas makan malam yang mengecewakan, siang hari tu kami mencuba untuk merasakan sendiri masakan yang disediakan oleh orang tempatan di situ.  Pusing-pusing kawasan Patong tu, akhirnya kami berhenti di sebuah restoran kampung yang dipunyai oleh orang Muslim.  Restoran Assama . . .

Mula-mula tu pesan telur dadar, tomyam campur dan daging masak sambal . . . last-last yang tiba daging-daging hitam berlada … jadilah! Kami pun yang dah kebulur . . . tak kisah sangat apa yang tiba . . .

Continue reading ‘Jom Phuket : My Day ( Hari Kedua )’

Advertisements

Jom Phuket : Drive ( Hari Pertama )

•June 20, 2010 • 13 Comments

Nak pi … tak pi …. nak pi ….tak pi …. last-last aku sampai jugak di Pulau Phuket.

Bertolak dari Penang seawal jam 6.30 pagi menuju ke Bukit Kayu Hitam bersama satu lagi famili, singgah di RnR Gurun untuk minum sebentar.  Alhamdulillah cuaca pun elok.

Meneruskan perjalanan ke utara sehingga tiba di Changlun, terdapat kedai-kedai yang menguruskan siap-siap dokumen untuk ke Siam, kami berhenti untuk menguruskan “borang putih” untuk setiap passport.  Isi nama, tarikh lahir, nombor passport dan sain pada muka hadapan dan belakang “borang putih” tersebut.

Selepas itu serahkan salinan geran kenderaan untuk urusan insuran kereta kita semasa di Siam nanti.  Bayaran untuk kereta ialah RM 16 manakala untuk MPV ialah RM 25.

Continue reading ‘Jom Phuket : Drive ( Hari Pertama )’

Jom Masuk Hutan 5: Hassan Ke Deerland ( Kuala Gandah )

•March 20, 2010 • 12 Comments

(Warning!! Muatan Berat-banyak gambar.  Awasi kelajuan internet anda)

Lama tak berjalan-jalan, akhirnya peluang yang ada, aku bawak keluarga ke Kuala Gandah yang terletak di Lanchang.  Perjalanan selama dua jam dari Putrajaya tidak terasa kerana suasana di dalam kereta yang “meriah” dengan kehadiran Hassan.

Kejap-kejap budak Hassan ni buat-buat batuk, kejap terkentut pulak da ….

Sesekali aku yang tengah memandu, tersentak bila Hassan menjerit marah.

Keriau punya keriau . . . lepas tu ketawa berkekek-kekek last-last . . . . aku pun tak faham Hassan nih!! Memang nak kena ciomm ciomm gomoi dengan aku budak Hassan ni.

Tempat pertama yang aku lawat ialah Deerland.  Masuk ke situ ialah RM6.00 sahaja seorang.

Hassan masuk freee . . . tak cukup umur

Continue reading ‘Jom Masuk Hutan 5: Hassan Ke Deerland ( Kuala Gandah )’

Facebook : Akhirnya Aku Pun Join …

•March 13, 2010 • 13 Comments

Lama tak lama . . . hampir empat bulan aku menyepi dari menulis sebarang artikel . . . Sampai nak lupa dah login name and password wordpress aku nihhh . . . try punya try  password wordpress ni, mujur boleh masuk semula . .

Bukan tu saja, puas jugak la aku nak kena ‘study’ balik button-button wordpress ni …Jenuhh!! Aku dah lupa function dia …

Diam tak diam, malam tadi aku daftar akaun Facebook.  Entah angin monsun mana yang bertiup, tiba-tiba saja aku jadi gatai tangan nak join jugak member-member lain.

Continue reading ‘Facebook : Akhirnya Aku Pun Join …’

Tenggelamnya Mentari Di Seberang Perak

•November 9, 2009 • 45 Comments

Dah rasa macam pemandu bas ekspress pulak dah bila setiap hujung minggu aku ni terkejar-kejar berulang alik dari Penang ke Putrajaya dan sebaliknya.  Kereta aku ni pun rasanya dah patut kena tukar cat ke warna bas ekspress Konsortium.

Selalunya hari Jumaat aku cabut ke Putrajaya, malam Ahad baru aku bertolak balik Penang.  Sampai rumah jam 2-3 pagi.  Dapatlah aku pengsan sekejap dua tiga jam.  Belum sempat nak nyenyak dah kena bangun bersiap untuk ke tempat kerja.

Mujurlah aku ni jenis yang takdak perangai hendak mengambil cuti sakit sewenang-wenangnya.

Penat memang penat, itu tak kira lagi bab sengal-sengal belakang dan kejang kaki kanan bila dok tekan pedal minyak memanjang.  Tapi itu semua aku tak kisah asal boleh aku bersama dengan anak aku, Muhamad Hassan dan wife di Putrajaya.

Continue reading ‘Tenggelamnya Mentari Di Seberang Perak’

Jom Masuk Hutan 3 : Berjalan Di Atas Titian Kanopi

•November 3, 2009 • 16 Comments

Pagi itu, berbekal sebotol air mineral kami berdua meredah denai hutan untuk ke satu lagi tempat tarikan yang menarik setelah menyeberangi Sungai Tahan ke Pejabat Taman Negara.

Tempat yang dimaksudkan ini ialah Titian Kanopi yang tingginya terletak hampir 50 meter di atas pokok.

Salah satu cara untuk ke sini ialah dengan menaiki bot yang mengambil masa lebih kurang 10 minit atau satu cara lagi ialah dengan berjalan menyusuri denai hutan yang akan mengambil masa lebih kurang 40-50 minit untuk tiba di Titian Kanopi.

Continue reading ‘Jom Masuk Hutan 3 : Berjalan Di Atas Titian Kanopi’

Republishing Blog Lama : Reflection

•November 3, 2009 • 6 Comments

( Usaha memindahkan sebahagian artikel dari blog lama (blogspot) ke wordpress )

Republishing Blog Lama : Reflection

Thursday, November 27, 2008

Photobucket

For a long long weeks I didn’t have a good rest such as last night. Wow ! my body was so energetic today.

I’ve been to a terrific days during my last trip to Putrajaya.

I went to Melaka and Pahang . . . And again it was WOW again . . .

I was really enjoy my days until I’m really broke …. kakakaka.

I present to you all my kawans, nahh my view of my eyes . . . hope you enjoy it !

Continue reading ‘Republishing Blog Lama : Reflection’