Tenggelamnya Mentari Di Seberang Perak

•November 9, 2009 • 38 Comments

Dah rasa macam pemandu bas ekspress pulak dah bila setiap hujung minggu aku ni terkejar-kejar berulang alik dari Penang ke Putrajaya dan sebaliknya.  Kereta aku ni pun rasanya dah patut kena tukar cat ke warna bas ekspress Konsortium.

Selalunya hari Jumaat aku cabut ke Putrajaya, malam Ahad baru aku bertolak balik Penang.  Sampai rumah jam 2-3 pagi.  Dapatlah aku pengsan sekejap dua tiga jam.  Belum sempat nak nyenyak dah kena bangun bersiap untuk ke tempat kerja.

Mujurlah aku ni jenis yang takdak perangai hendak mengambil cuti sakit sewenang-wenangnya.

Penat memang penat, itu tak kira lagi bab sengal-sengal belakang dan kejang kaki kanan bila dok tekan pedal minyak memanjang.  Tapi itu semua aku tak kisah asal boleh aku bersama dengan anak aku, Muhamad Hassan dan wife di Putrajaya.

Continue reading ‘Tenggelamnya Mentari Di Seberang Perak’

Jom Masuk Hutan 3 : Berjalan Di Atas Titian Kanopi

•November 3, 2009 • 15 Comments

Pagi itu, berbekal sebotol air mineral kami berdua meredah denai hutan untuk ke satu lagi tempat tarikan yang menarik setelah menyeberangi Sungai Tahan ke Pejabat Taman Negara.

Tempat yang dimaksudkan ini ialah Titian Kanopi yang tingginya terletak hampir 50 meter di atas pokok.

Salah satu cara untuk ke sini ialah dengan menaiki bot yang mengambil masa lebih kurang 10 minit atau satu cara lagi ialah dengan berjalan menyusuri denai hutan yang akan mengambil masa lebih kurang 40-50 minit untuk tiba di Titian Kanopi.

Continue reading ‘Jom Masuk Hutan 3 : Berjalan Di Atas Titian Kanopi’

Republishing Blog Lama : Reflection

•November 3, 2009 • 2 Comments

( Usaha memindahkan sebahagian artikel dari blog lama (blogspot) ke wordpress )

Republishing Blog Lama : Reflection

Thursday, November 27, 2008

Photobucket

For a long long weeks I didn’t have a good rest such as last night. Wow ! my body was so energetic today.

I’ve been to a terrific days during my last trip to Putrajaya.

I went to Melaka and Pahang . . . And again it was WOW again . . .

I was really enjoy my days until I’m really broke …. kakakaka.

I present to you all my kawans, nahh my view of my eyes . . . hope you enjoy it !

Continue reading ‘Republishing Blog Lama : Reflection’

Jom Makan : Nasi Kandar Kampung Melayu

•October 19, 2009 • 20 Comments

16 Oktober 2009 ( Jumaat ) – Hari Kelima

Hari ini seperti hari-hari sebelum ini, aku ‘ dihalau ‘ keluar lagi oleh Mak Guard yang bertugas kerana lama sangat aku menemani isteriku dan baby.  Mak Guard dan Pak Guard kat situ pun dah cam muka aku dan sudah berbuih-buih mulut mereka menasihatkan aku jangan temankan isteri lebih dari waktu yang ditetapkan.

Aku sengih jelah sebab memang aku yang bersalah dan ‘ketegaqq‘.

Last-last bila dah kena halau dan tak tahu mana arah nak dituju, aku teringatkan Nasi Kandar Kampung Melayu.   Terus aku bedal ke Kampung Melayu, Air Itam.  Aku ialah diantara ‘insan-insan istimewa‘ yang kalau rasa susah hati atau tak keruan mesti akan cari makanan.

Itu yang aku hairan . . . dengan insan-insan yang tak lalu nak makan bila dirundung masalah atau bila putus cinta.

Aku ni entahlah . . . susah hati ka, senang hati ka . . . kalau bab makan memang aku rela hati . . . hahaha!!

Continue reading ‘Jom Makan : Nasi Kandar Kampung Melayu’

Kelahiran Orang Baru

•October 14, 2009 • 27 Comments

Alhamdulillah segala puji-pujian bagiNya.  Pada hari Isnin, 12 Oktober 2009 bersamaan dengan 23 Syawal 1430 Hijrah dan pada jam lebih kurang 6.45 petang anak kami selamat dilahirkan.

Berehat seketika.  Doakan kami sekeluarga sejahtera . . .

* Hari aku menjadi bapak dan wife menjadi ibu . . .

* Maaf, lupa sebut . . . kami dapat babyboy 2.6 kg and planning to name him as Muhamad Hassan xxxxxx . . . sempena cucunda Nabi S.A.W … InsyaAllah . . . yang xxxxx tu kena tanya House Minister@wife later . . . hehe