Yahudi Itu Tidak Semuanya Syaitan

” Saya tidak mahu megetahui apa-apa tentang perang di Gaza.  Saya tidak mahu melihat gambar kanak-kanak yang mati akibat terkena serpihan peluru atau saya tidak mahu tahu tentang jumlah kematian rakyat Palestin yang disebabkan oleh negara Israel” kata Yeela Ranaan, seorang ibu yang mana seorang anaknya kini berkhidmat sebagai seorang askar Israel.

Tetapi dia tiada pilihan.  Bunyi bedilan roket dan bom kedengaran bertalu kerana rumahnya hanya 3km daripada sempadan Gaza.  Bedilan roket-roket Hamas juga turut disasarkan ke komuntinya.

” Saya memilih untuk tidak ambil tahu.  Saya tidak dapat berbuat apa-apa tentang ini” katanya lagi.

Apabila Ranaan memikir tentang anaknya, seorang askar Israel, Dia juga terfikir tentang ibu-ibu Palestin dan anak-anak mereka di Gaza.

Hamas sangat ganas dan bodoh.  Saya tak suka tentang mereka.  tetapi saya tidak merasa marah terhadap mereka.  Saya faham kenapa mereka dipilih dan saya faham mereka bertindak begitu ”  Ranaan memberikan pendapatnya.

Ranaan yang tinggal di Ein Habsor, sebuah perkampungan pertanian telah dihujani roket-roket Hamas.  Akibatnya seorang murid dan seorang ayah kepada empat orang anak telah terbunuh.

Kata Ranaan lagi Israel telah meyebabkan rakyat Palestin menjadi ” dehumanise ” atau telah menyingkirkan kualiti kemanusiaan yang ada pada diri rakyat Palestin sehingga ke satu tahap mereka tidak lagi kisah siapa lagi yang mereka bunuh.  Adalah sukar untuk hidup bagi mereka yang hidup di Gaza.

Saya rasa mereka perlu ” dehumanise ” untuk mereka hidup di Gaza dan untuk menerima kezaliman dan keganasan perang seperti ini.  Israel berfikir Hamas ialah sebuah kumpulan pengganas dan apa sahaja yang Israel lakukan adalah OK.  Tetapi persoalannnya ialah, kenapa Israel juga berfikir mengapa ianya juga OK untuk membunuh rakyat Palestin ketika memusnahkan Hamas? “

Seorang askar Israel yang beruniform yang namanya tidak mahu didedahkan menyatakan,

Saya tidak pasti serangan ke atas Gaza akan menyelesaikan apa-apa, mungkin tidak.  Kami tidak akan dapat memusnahkan Hamas . . .

Pertubuhan ICAHD

ICAHD ialah satu pertubuhan orang Yahudi Israel bukan keganasan, pertubuhan yang secara lansung menentang pencerobohan rumah Palestin di kawasan yang ditawan.  Bukan setakat itu sahaja ICAHD juga membantu membina rumah-rumah rakyat Palestin dan juga turut membantu dalam bidang pendidikan.

ICAHD juga turut berusaha untuk membantu mencari keamanan diantara dua pihak yang bertelagah.  Statistik ICAHD menjangka sebanyak 24,145 rumah telah dirobohkan oleh Israel sejak 1967 di Tebing Barat, Timur Jurusalem dan Gaza.  Di Gaza sahaja sebanyak 4247 rumah telah dirobohkan sepanjang pencerobohan Israel baru-baru ini.

Sila klik sini untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

——————————————————————————————————————————————————

Inilah serba sedikit berita yang sempat aku kongsikan bersama Tuan Puan.  Di dalam setandan pisang yang busuk membusuk tidak mustahil untuk terjumpa dengan sebijik dua pisang yang elok.

~ by razifembi on August 16, 2009.

6 Responses to “Yahudi Itu Tidak Semuanya Syaitan”

  1. alamakkk…
    siap ada sambung laa plak..
    ingtkan ada panjang lagi…
    tgh xcited ni…
    cepat sambung…heheheh

  2. kalau saya bunyik dentuman petir pon dah menakutkan..ape lagi bom dan meriam..

  3. aiseyh…
    sambung…

    sinopsisnye sikit je…ehehe…

  4. alamak….
    macam seres je bro!
    tapi tu la yg nama islam pun bukan sumenya malaikat!

  5. bro..sambung cepat!!..

  6. Semoga cpt2 berakhir…. sebab tu kita kena byk bersyukur kan………

Leave a reply to qaseh Cancel reply