Selamat Hari Bahagia Akhill Hayy

Aku mengucapkan Selamat Hari Bahagia kepada Ustaz Akhill Hayy dan juga kepada Waheeda.  Akhirnya gossip yang melanda mereka sejak sekian lama menjadi kenyataan.  Alhamdullilah syukur, pertemuan mereka akhirnya diikat sehingga lafaz akad nikah.

Dulu kehadirannya hanya sekadar di pentas-pentas ceramah kampung atau kerap juga di pentas ceramah parti PAS.

Dulu-dulunya lagi dia, Akhill Hayy juga merupakan seorang bekas penyanyi kumpulan rock D’riyadh.

Pasti ramai yang dah tahu, pernah sekali aku menghadiri ceramah yang diberikan beliau.  Bukan sahaja bakatnya dalam menyampaikan ceramah secara kelakar malah suaranya juga boleh menggegarkan dada.  Lunak, sedap dan tinggi . . .

Akhill Hayy ni memang lain daripada yang lain, ceramahnya banyak disulami dengan nyanyian, seloka pantun, cerita lucu dan serius.  Orang kata ada aura …

Dan kemana-mana saja ramai yang akan mengikutinya, bukan setakat ratusan malahan ribuan orang yang datang.  Yang menumpang untung sama termasuklah pakcik-makcik yang sibuk mendirikan gerai air, kacang, buku-buku agama dan burger.  Mujur takdak lagi orang yang menjual ubat kuat macam pagi-pagi kat Rokwok. Hehe …

Lagi sekali … dah tiga kali dah … aku ucapkan Selamat Hari Bahagia Akhill Hayy dan isteri.

Tapi itulah …

Disebalik kegembiaraan Akhill di malam ini …

Di saat ini, malam ini saat artikel ini ditulis mungkin ada yang sedang menitiskan air mata kesedihan disebalik air mata kesyukuran Waheeda . . .

Kepada bekas isteri Akhill . . . Maizawati Zainal, semoga tabah menempuh kehidupan yang mencabar ini.

“Tuhan itu sungguh Maha Adil, yang selalunya tak adil ialah kita”

Aku dapat ungkapan ini dari seorang kawan Cina.  Lama aku termenung …

* Semua gambar dari MStart Online.

~ by razifembi on August 16, 2009.

11 Responses to “Selamat Hari Bahagia Akhill Hayy”

  1. cepatnya bro! mane dpt pic2 neh? hebat2..
    hehe.. selamattt!

  2. wahh, gle la..harap2 dia tak abaikan bekas isteri + anak-anak dia dan semoga dia berbahagia disamping waheeda.. Hehe, dulu dok kutuk2, haa, skang dah bertemu jodoh!

  3. Mula-mula nafi lepas tu jadi……..

  4. salam

    Ustaz ni pun kaki TEMBAK kuat……
    mula NAFI gila….
    pastu kahwin….
    Dalam ceramah balun orang sakan sangat…
    Bila kena diri sendiri…pandai kata pula TAKDIR ILAHI
    awat kalau kena kat orang lain…tak mau kata perkara yang sama

    So lepas ni USTAZ ….pilih la..nak jadi Ustaz atau penghibur
    Kalau nak jadi penghibur…TABLIG DAN TARBIAH semua artis
    agar patut AJARAN ISLAM…suruh semua artis pakai TUDUNG dan jangan dedah aurat…
    seperti Maksud ALQURAN…”Peliharalah Dirimu dan Keluargamu dari API NERAKA”
    Maksudnya pelihara dulu orang yang hampir dengan kita…umpama keluarga dan rakan artis kita….
    Ini ustaz dok asyik berpolitik……

  5. rasa agak kecewa lak nengok pics ni!
    rasanya baru je berpisah, ntah ex-wife dia da abis edah ke lom…
    suami da kawin baru kan!
    if la dia sayang his wife & anak2, rasanya boleh je rujuk semula…
    apa pun tepuk dada, tanyalah akal anda!
    iman jgn dicampak gitu je… nnt mcm c ketam mengajar anaknya berjalan betul

    buat pasangan, moga anda berbahagia hendaknya
    hari ni hari kita, esok lusa belum tentu lagi

  6. hahahhhhaa….mcm sensara aje dua2 pengantin lama nie…coz dah mrosakan kbahagian org lain…

  7. jodoh ditangan Allah

  8. nasib baik razif tak kutuk2 dia dlm blog. kalau tak…..surat saman sampai depan pintu!

  9. jit…hang anak mak puteh kan…ingat2 lupa dah…dulu kecik2 kita rajin main tembak2 bawah pokok ceri..hahhaha…la ni dah besag hang nooo….

  10. nmb
    hbn
    njkb
    jbkj

Leave a reply to airina Cancel reply