Bukan Ustaz Akhill Hayy Lah, Tapi Ustaz Akhir Zaman

Gambar Hiasan

Mungkin anda tersalah dengar atau tersalah baca agaknya, bukanlah Ustaz Akhill Hayy yang ingin aku maksudkan tetapi yang sebenarnya ialah tentang satu istilah BAGI SEGELINTIR USTAZ yang disebut sebagai Ustaz Akhir Zaman.

Letak sahaja kopiah di atas kepala, orang akan panggil sebagai ustaz dan jikalau seseorang itu berserban atau bersongkok pula, maka akan dipanggil dengan gelaran Tuan Haji atau Pak Lebai . . .

Yang lebih glamor lagi ada yang berbangga apabila diberi jolokkan sebagai Ustaz Rock.  Kononnya lain daripada yang lainlah.  Kadang-kadang ada sesetengah ustaz ni, yang perwatakkannya luarannya pun dah kita tau, ustaz ni ustaz temberang sahaja lebih.  Lebih tak kurang boleh juga kita katakan ‘ustaz cari makan’ dengan menjual ilmu agama.

Gambar Hiasan

Yelah memang tak salah kalau mengambil sesuatu pemberian sebagai duit minyak atau hadiah saguhati.  Tapi kalau dah jadi macam bisnes sumber pendapatan, aku rasa ini satu penyelewengan besar dalam agama.

Selalu dan acapkali, ada juga terselit lawak-lawak yang berunsur lucah sebagai ‘penambah perisa‘ buat makcik dan pakcik ketawa sehingga menampakkan gusi.  Suka . . . !!

Kadang-kadang aku rasakan ustaz-ustaz sebegini  layak duduk di pasar-pasar malam atau pasar RokWok menjual ubat kuat daripada membicarakan soal agama.

Mungkin elok juga gelaran Ustaz Ubat Kuat pula diberikan.

Soal-soal seperti poligami, ‘lampu merah‘ bagi perempuan uzur, perihal tubuh badan wanita seperti ‘bumper‘ dan ‘nasi lemak‘ memang menjadi ‘makanan‘ para ustaz sebegini.  Aku ingin memetik kata-kata Allahyarham Muhammad Dahlan Bin Abdul Biang iaitu :

Bengkok jarum pedoman cita-cita.  Dekad akan datang, kau akan lihat agama di bibir, bukan di dada.  Bahasa Melayu diejek.  Budaya diganti tamadun lucah

Memang ini yang ingin aku katakan sebenarnya, bicara agama masa ini kebanyakkannya hanya meniti di mulut-mulut orang sahaja terutamanya pada golongan ustaz, tanpa mengamalkan apa yang dituturkannya itu kerana pada jiwanya kosong seperti manusia-manusia lain yang hidupnya seperti haiwan ternakkan.

Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., “ Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq “. H.R. Ibnu Ady

Ini belum masuk lagi bab orang yang mengaku dirinya Nabi atau Rasul dan tak kurang pula dengan yang dirinya yang mengaku menguasai kerajaan langit.  Haru-haru . . .

Nabi saw. bersabda, “Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari qiamat”. Arab Badwi ini bertanya pula, “Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu”? Nabi saw. menjawab, “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan hari qiamat”. H.R Bukhari.

*  ” Eh . . . ustaz pun kena tipu dalam skim cepat kaya ka?  Ustaz tak tahu ker benda ni haram . . . . ” . ” Hikhikhik . . . Aku pun nak hidup, biasalah tu kan Ustaz Akhir Zaman”

~ by razifembi on October 7, 2009.

25 Responses to “Bukan Ustaz Akhill Hayy Lah, Tapi Ustaz Akhir Zaman”

  1. salam
    betul tu bang…
    Agama hanya di bibir..
    Mencari makan dengan menjual bicara agama..
    Masihkah ada keikhlasan dalam menegakkan Agama Allah?
    (Hanya Tuhan yang tahu apa yang ada dalam isi hati mereka)

    Dalam politik pon sama je…

  2. sha takmo komen pasal ustaz dan ustazah.
    dulu kat sekolah, ada yang bias…sampaikan diri nieh terpinggit..
    dulu kat sekolah, ada yang malas…sampaikan diri nieh jahil…
    dilu kat sekolah, ada yang riak…sampaikan diri nieh rasa kerdil!

    bukan seorang dua, graduan universiti suci katanya…

    bila dah besar, mmg malas nak mengingati mereka.
    biar cikgu bahasa inggeris (yang kononnya ilmu kafir tuh), kurang2 pon boleh bantai2 tulis blog. nak tulis dlm bahasa arab? hentikanlah! kalau dah perangai macam tu!

  3. Zaman sekarang umat manusia adalah dalam keadaan ‘kemarau’ – ketandusan ilmu (agama) : pesan satu hamba Allah pada aku. Jadi mereka mencari tempat rujukan, silap langkah.. terjumpa rasul melayu dsb.. minta dijauhkan kita daripada mereka yang bertopengkan kopiah dan songkok ini.

  4. Cari jalan mudah untuk hidup senang. Permainkan agama. Bila ramai pengikut mula taksud, dakwa diri yang bukan-bukan. Yang jadi pengikut tu pun jahil juga. Sama-sama bodoh dan tolol. Haih orang Melayu…….

    • Itu lah, cuma yg saya musykill kan ialah

      sama ada individu itu macam Ayah Pin dan Rasul Melayu tu sengaja mengada-adakan cerita

      atau memang dia rasa dia betul-betul Rasul …

      atau kebarangkalian otaknya tak betul …

      sebab kalau orang biasa pun yg jahat pun tak lah seberani mengaku dia tu Rasul …

  5. no komen lah..

  6. Dunia dah hujung-hujung ni, macam-macam ada. Yang pelik dah jadi tak pelik sekarang ni.

  7. Salam.
    Ada benarnya kata-kata anda . Saya juga rasa tidak selesa bila ‘ustaz’ yang tumbah seperti cendawan diwaktu hujan membicarakan tentang kendiri insan, sedangkan hakikatnya diri sendiri tidak betul.

    Namun, kita diberi akal dan fikiran . Boleh berfikir mana yang baik dan sebaliknya .

    • Dalam sesetengah kuliah mungkin ada sedikit kesilapan daripada Ustaz, tidak mengapalah itu. Kesilapa yang tidak disengajakan.

      Cuma membicarakan SESETENGAH perangai ustaz . . . cakap tak serupa akhlak yang ditunjukkan . . .

  8. Salam.. tajuk yg mungkin sensitif bagi mereka2 yg terasa dengan entry itu.. apa yang saya harapkan.. semoga hidup kita masih lagi berlandaskan Al-Quran dan sunnah.. tapi.. peringatan hari ini.. menunjukkan kita semakin lalai dengan pegangan kita.. harap2 peringatan yg berlaku di dunia ini benar2 menginsafkan kita semua.. dan jangan ada yg berpura-pura di sebalik kealiman di luarannya..

    komen lari dari tajuk ke?

  9. xah lah..
    huahuau
    no komen

  10. hurmm…
    skang org senang sgt pecaya atau cepat sgt terikut. . .
    dulu ade sorang ustaz nie dtg campus ejam. . .

    beri2 ceramah. . .
    walaupun ianyatidak berbayar. . .
    dan kesimpulan cerita rupanya mahu pelajr2 join business MLM die. . .

    xde la..umpama mempergunakan agama sebagai “ayat2” atau “pancing” tuk pelajar join skali. . .

  11. bro..xtakut kena saman ke buh gambo hiasan tuh?
    he..he..he..

    • sekadar gambar hiasan . . .

      lagi pun artikel tiada kaitan lansung dengan mamat akhill nihh ..

      dan dia ingat dia punya saman sahaja . . .

      masa dia dok ceramah, dok kutuk2 orang lain takpa . . .

      kena kat batang hidung sendiri . . . mengelupur nak saman orang …

  12. Hadis dan Al Quran adalah sebenar2 petunjuk, kebenaran kata2 Rasulullah telah terbukti sejak zaman berzaman lagi. zaman sekarang, pandai hafal hadis dan quran..petah berbicara dan berpidato..daah boleh jadi ulamak! tapi hanya dengan menghafal aje..bukan memahami dan mengamalkan…itulah ustaz akhir zaman.

  13. slm…
    yang peliknya, org kita mudah terpengaruh dgn ucapan dan butir kata yang keluar dari mulut ‘ustaz’ ni…(bukan org atas tu ye) sedangkan sah2 dah tau hukum hakam.

  14. Ustaz ker ustazah ker…manusia biasa yang kadangkala kalah juga dengan nafsu dan bisikan syaitan. Kita ni…tak tahulah nak kata aper!

  15. mak kata; makin kuat agamanya makin kuat godaannya

  16. hurm, sabri bukan x setuju dengan cara penyampaian ceramah tuh..
    mungkin tu je yang dapat membuat orang lain rasa nak dengar ceramah
    tpi identiti buruk seorang ustaz akan menjejaskan imej islam..

  17. Interesting post. I thought to let you know that you website isn’t getting displayed properly on minimo browser on my pda.

    I hope that more and more number of web masters would reckon the fact that there is an ever growing number of users browsing webpages on the mobile.
    Best Wishes

  18. btl k agama d bbr shje…dlm hti mgkn lain..allah j thu…manusia x bleh lri dripada mmbuat kslpn..ada org lgi trk..org yg kta hrmt,snjg ttpi mkn rasuah,x amanah,mnpu….mcm2 lgi…mgkn kte l trk..mgmpt org lgi trk…fitnah lebih trk dri mmbnh,,,,,,…

Leave a reply to Ainur68 Cancel reply